Tuesday, May 31, 2011

Ancaman Iblis...




"Kemudian Aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur"Al-A'raf; 17


-anak.soleh-

Saturday, May 28, 2011

Pengajaran dari Gambar... =)



"Dan bandingan orang-orang Yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) Yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat Yang tinggi, Yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa Yang kamu lakukan"

Baqarah, 2;265



-anak.soleh-

Friday, May 27, 2011

.:Hijab & Wanita:.







*HIJAB IS MY CHOICE!!*

*GIVE OUR FREEDOM!!*

*HIJAB IS OUR RIGHT!!*

*LONG LIVE WITH HIJAB!!*

*DO NOT TAKE OUR RIGHTS!!*

*DO NOT ROB OUR HUMAN RIGHTS!!*

Assalamualaikum. Seperti yang anda lihat gambar2 diatas serta slogan2 yang dilaungkan oleh kaum wanita. Disana wanita2 ini berjuang untuk dapatkan hak mereka. Hak untuk memakai hijab @ tudung. Ya, mereka mengadakan demonstrasi membantah tindakan kerajan France mengharamkan pemakaian hijab disekolah. Di satu tempat yang lain, wanita yang berhijab di pandang hina, seolah-olah mereka itu pengganas. di satu tempat yang lain, wanita yang berhijab dianggap tidak moden, otak lupuk, mundur, tak pandai ikut fesyen and etc.. Hurm..

Sebenarnya, bagi mereka Hijab itu satu kewajipan bukannya simbol pakaian agama. Mereka sanggup bangkit menyuarakan rasa hati mereka. Di satu tempat lain, syarikat-syarikat swasta mengharamkan pemakaian hijab. Jika mahu bekerja, mesti pakai skirt, atau seluar slack ketat beserta kemeja singkat. Yang paling penting, NO HIJAB!! Hurm..


Tetapi, di satu kawasan lain didalam dunia ini, ada wanita muslim yang dengan sengaja mengendahkan arahan Memakai Hijab. Sedihkan? di barat sana, para wanita muslim berusaha keras cuba menyuarakan ketidakpuashatian mereka terhadap arahan yang mengharamkan Hijab tapi di satu ceruk dunia yang lain(narrow kan skop kita di Malaysia) ramai wanita Islam yang tidak memakai hijab. Katanya belum sampai seru, belum ada keinginan, masih muda, hijab fesyen kolot, dan ada juga yang suka bagi alasan, tak pakai hijab tak semestinya hati jahat. Hurm.. Memang betul tak pakai hijab tak semestinya hati jahat TETAPI, it shows that u r openly direspect what Allah ask u to do. kan?


Saya rasa arahan memakai tudung itu sudah diketahui UMUM. malah orang bukan islam pun tahu, BAHAWASANYA wanita Islam WAJIB memakai tudung. Sedihkan, ketika ada satu group wanita mempertahankan hak mereka untuk terus memakai Hijab, ada pula satu group wanita lain(yang beragama ISLAM) cuba mengatakan memakai hijab itu satu tndakan menzalimi mereka dan hjab itu fesyen yang ketinggalan zaman. HELLO?? Hijab tu sememangnya bukan satu fesyen, tetapi satu kewajipan. Kewajipan yang disuruh Allah sejak zaman Nabi Muhammad SAW sehinggalah kiamat. tetapi masih ada wanita yang tidak mengendahkan suruhan ini?
Bila dengar lagu Sami Yusuf- HIJAB, hati rasa sedih dan sayu. Betapa kuat dan tabahnya para muslimah di eropah dan dibarat mempertahankan hak mereka. Mereka digelak, dicaci, dianak tirikan dan bermacam-macam lagi ujian yang mereka terima but still they are strong. Mereka berlawan, semangat mereka tak luntur kerana meraka yakin hijab itu memang satu kewajipan yang mesti merek pertahankan. Mereka bangga memakai hijab. tetapi satu kumpulan di Malaysia ni rasa malu memakai hijab. Astargfirullah. Ya Rabbi, Bantulah kami!
Mohon maaf jika kata-kata agak kasar. Saya cuba meluahkan perasaan. Kenapalah mereka-mereka yang bergelar Islam masih tidak mengendahkan suruhan memakai Hijab. Tidakkah mereka tahu bahawa nyawa mereka tu tiada jaminan. Bila2 masa saja ajal boleh datang. Kalau mereka ditakdirkan mati ketika free hair?? Nauzubillah. Saya tak kata mereka yang tak bertudung ni jahat, cuma saya katakan disini mereka yang tak bertudung itu, seorang yang tidak hormat kepada suruhan AlLAh SAW. Kalau seorang hamba didapati tidak hormat pada rajanya, pasti kepala dipancung. Jadi bagaimana pula seorang hamba yang tidak menghormat aahan ALLAH, Tuhan mereka? Fikir2kanlah wahai sahabatku.. Moga entry ini ada manfaatnya buat semua kaum Muslimah dan juga Muslimin, Insyaallah. Sekian dahulu.. =)

video

What goes through your mind?
As you sit there looking at me
Well I can tell from your looks
That you think I’m so oppressed
But I don’t need for you to liberate me


My head is not bare
And you can’t see my covered hair
So you sit there and you stare
And you judge me with your glare
You’re sure I’m in despair
But are you not aware
Under this scarf that I wear
I have feelings, and I do care

CHORUS:
So don’t you see?
That I’m truly free
This piece of scarf on me
I wear so proudly
To preserve my dignity...

My modesty
My integrity
So don’t judge me
Open your eyes and see...
“Why can’t you just accept me?” she says
“Why can’t I just be me?” she says
Time and time again
You speak of democracy
Yet you rob me of my liberty
All I want is equality
Why can’t you just let me be free?


-anak.soleh-

Wednesday, May 25, 2011

Langkah Pertama! =)


Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.

Sedang berjalan pulang dari joging petang tadi, minda melayang mencari-cari kata-kata hikmah yang beremosikan nada semangat & motivasi. Lama terfikir..sambil kaki terus melangkah melaju kehadapan mengejar waktu senja yang makin datang melabuhkan tirai malam.

"In every success, there will be a first step that we have to take. If we feel afraid from taking the risk to start it, we will always be at the back without knowing what unexpected things become expected in front of us"
Ayat tu bukan versi asal. telah diolah semasa saya menulisnya kembali dalam entry ni. But, it make sense kan? Setiap kejayaan yang kita capai, pasti kita telah pun mengorak langkah pertama untuk mencapai kejayaan itu. Contohnya, kita ada niat nak dapatkan lesen kereta. Tapi untuk dapatkan lesen, kita kena berani pegang stering kereta, kena berani bawa kereta. Kalau kita takut nak pegang stering tu sampai bila-bila, alamatnya kita tak akan dapat belajar bawa kereta. kan?


Contoh lain, kita ingin kuruskan badan. Tetapi untuk mencapai misi kuruskan badan tu, kita kena melalui macam-macam ujian. contohnya kena kurang makan. kalau sebelum ni makan nasi tu macam segunung banyaknya, sekarang kena makan tak sampai setengah tapak tangan pun. kalau dulu petang-petang boleh tidur atau melayan movie, tapi sekarang tak dah. kena rajin bersenam. pergi gym, joging, swimming, skuashing or etc. So kalau kita malas nak buat semua itu, or in other words kalau kita tak berani ambil first step untuk berubah gaya hidup kita itu, pasti kita tidak akan berjaya mencapai misi untuk kuruskan badan tu..


So dengan contoh-contoh diatas, make sense lah kata-kata tu kan? jadi apa perubahan yang anda ingin lakukan dlm hidup anda? nak jadi rajin berdakwah? nak mencapai kejayaan dalam pelajaran? nak naik pangkat? nak jadi terkenal?nak kaya? atau apa saja impian anda, disetiap keinginan itu kita kena(WAJIB) ambil first step! kalau kita tak berani, alamat kita jadi ibarat tunggu bulan jatuh keriba lah..Percuma saja impian yang sebegitu.

Pernah dengar kan "Man Jadda, Wa Jada" - Siapa yang berusaha dia berjaya! Nabi Junjungan kita pun pernah bersabda:

"Muslim yang kuat itu lebih naik dari muslim yang lemah"

Kuat dari segi apa? tak kisah lah, kuat dari segi fizikal ke, mental ke, iman ke atau apa saja, yang penting kuat itu lebuh baik dari lemah! Allah pun bersifat dengan Al-Qawiyun. Yang Maha KUAT!!

Jadi apa kena mengena kuat dengan langkah pertama? haha. yelah untuk berani mengambil langkah pertama itu, kita kena kuatkan diri kita. Dari segi mental dan fizikal. untuk jadi pandai, kena kuat semangat belajar! nak jadi kaya, kena kuat bekerja! nak jadi orang soleh, kena kuat beribadah! nak jadi berilmu, kena kuat membaca!

So kesimpulannya, BERANIkan dirimu wahai teman untuk mengambil langkah pertama.Dimana saja anda berada, jangan lemah! Baby yang merangkak tu, kalau tak berani untuk belajar berjalan, tak kan dapat berjalan sampai bila2! =)

Sekian dahulu. Wassalam!


-anak.soleh-

Tuesday, May 24, 2011

Blog Menghina Islam- http://makcikhajjahsittalwuzara99.wordpress.com/

Assalamualaikum. Terkejut saya, bukak2 je blog ada satu post terbaru dari satu blog yang saya follow. Post mengenai blog somebody yang menghina Islam. AstargfirullahalAzim. Cubalah kalian semua tengok:

http://makcikhajjahsittalwuzara99.wordpress.com/

Tak sangka, kita selalu marah bila orang barat menghina Islam. Orang Denmark, US, Europe and Etc tapi rupa-rupanya di Malaysia ni pun ada. Secara terang-terangan lagi. Beraninya dia menghina Junjungan Besar Nabi Muhammad, Menghina Allah, Menghina Kaabah! Berani betul dia mencabar kekuasaan Allah. Astargfirullah. Moga Allah memberi dia jalan pulang yang lurus.


Dia mengaku Islam, tetapi entahlah. Mungkin dia tu sekutu Zionis kot. Orang yang tidak menghayati ilmu agamanya, macam tu la kesannya. Suka-suka je dia menafsir ayat Quran ikut kehendak hatinya. Menafsir hadith mengikut kemahuan hatinya. Moga dia akan sedar suatu hari nanti.


"Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya dan Allah Telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka Mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?"
Al Jatsiyah 23


Sekian dahulu. Wassalam.


-anak.soleh-

Monday, May 23, 2011

Welcome to the real world Hazim.. =)




Moga Allah sentiasa melindungi Abdul Hazim. Anak buah pertama. Kehadirannya merupakan berita yang gembira. Keceriaan terselah diwajah-wajah mereka yang bergelar keluarga. Moga kegembiraan ini akan berkekalan, dengan seizin Allah SWT. Tepat 11.34 malam pada 20 mei 2011, lahirlah insan kecil ini kedunia kerajaan Allah ini. Allah Maha Esa. Maha Hebat ciptaan Nya. Bayi comel ini membesar dalam rahim ibunya selama 9 bulan. Makannya, minumnya, perkumuhannya, penceraannya sebelum ini dilakukan si ibu. Kini tiba giliran sikecil ini untuk melakukannya sendiri. Moga Rahmat dan Kasih Sayang Allah sentiasa meliputi tubuh kecil ini. Dalam Surah An-Nahl ayat 78 Allah berfirman:

"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu Dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur"

Benarlah firman Allah, secara perlahan-perlahan Dia kurniakan pendengaran, penglihatan serta akal kepada si kecil itu. Mata bayi yang agak kabur akan menjadi jelas secara berperingkat. Pendengarannya juga akan menjadi lebih baik dari hari ke hari. Subhanallah. Masyaallah.

Sekian dahulu. Moga Allah merahmati kita semua. Ameen. Selawat dan Salam kukirimkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Puji-pujian kepada Allah atas rezekiNya dan juga Nikmatnya yang dikurniakan. =)

-anak.soleh-

Wednesday, May 18, 2011

maka nikmat Allah mana yang kamu DUSTAKAN?

"Maka Yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, Yang kamu hendak dustakan?"


Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh. Semoga dipagi hari yang serba indah dan nyaman ini(salah satu nikmat Allah yang tidak terbalas-Kurniaan waktu pagi yang indah),kita berada dalam keadaan sihat walafiat.

Alhamdulillah ala kulli nikmat. Segala Pujian untuk Allah atas segala nikmat. Nikmat. ma makna nikmat? apa itu nikmat? Nikmat ialah segala yang dikurniakan oleh Allah. boleh jadi nikmat itu hadir dalam bentuk kepayahan, kesenangan, keperitan dan sebagainya. Dalam surah Ar-Rahman, Allah SWT berfirman, dalam bentuk persoalan - Maka Yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, Yang kamu hendak dustakan? Allah tekankan diantara nikmat-nikmat. Ia menunjukkan kata jama' atau plural. Hakikatnya, begitu banyak nikmat Allah yang kita dapat. Nikmat yang terbesar ialah apabila kita dikurniakan Al-Quran Karim. Lihat maksud ayat 1-2 dari Surah Ar-Rahman:

"(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya. Dia lah Yang telah mengajarkan Al-Quran"

Didalam ayat diatas, Allah memperkenalkan diri-Nya sebagai tuhan yang maha Pemurah. Yang tidak henti-henti mengurniakan nikmat kepada hamba-hambaNya. Sifat Ar-Rahman Allah meliputi segala sesuatu - Manusia(Muslim atau Non-Muslim), Haiwan, Tumbuh-tumbuhan dan segala makhluk dilangit dan juga dibumi.

Bayangkan bagaimana Allah memberi makanan kepada semua Makhluk ciptaanNya bermula dari sekecil-kecil makhluk hinggalah sebesar-besar makhluk. Anda cuba bayangkan, berapa banyaknya jumlah makhluk ciptaan Allah SWT. Betapa Maha HEbatnya Tuhan, dengan kekuasaanNya, dengan keagungan KerajaanNya Dia mentadbir semua makhlukNya tanpa kecacatan sedikitpun. Didalam surah Hud, ayat 6:

"Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk Yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah Yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya"

Maka nikmat Allah yang mana kamu dustakan? tetapi hakikatnya rasa syukur itu susah untuk kita amalkan. Lihat saja apabia kita dikurniakan nikmat, apabila doa kita dimakbulkan kadang-kadang kita lupa untuk mengucapan kata yang cukup mudah - Alhamdulillah. Sedangkan sebelum kita dapat mencapai keinginan kita, tak henti-henti kita berdoa, Ya Allah kurniakanlah aku...kurniakanlah aku.. Manusia itu mudah lupa kan? Samalah diri yang sedang menulis ini. Cukup senang lupakan nikmatA llah. Bila diri diuji, baru terhegeh-hegeh cari Allah, minta doa setiap waktu. Astargfirullahal Azim.. 'Maka nikmat Allah yang mana kamu dustakan'...

Untuk bersyukur itu kadang-kadang lebih susah dari sabar. Bila ditimpa ujian, mulut akan berkata sabar...sabar. Pasti ada hikmahnya. Hati akan mudah kembali kepada Allah. Ye lah, sebab kita nak minta pertolonganNya. Tetapi, bila diberikan nikmat...hurm.. Terus ingat nak enjoy. Nauzubillah Min Zalik. Moga kita semua terlindung dari sifat buruk seperti itu.

Jadi, marilah kita kembali bermuhasabah. Ingat kembali, betapa nikmat Allah itu sangat banyak. Melimpah ruah.Cuba lihat diri anda dari 5 tahun lepas sehingga kini. Banyak tak nikmat yang kita dapat? Agak-agak dah berapa ribu ringgit kita dah habiskan sepanjang 5 tahun ni?

Moga saya dan juga anda yang sedang membaca dapat mengambil pengajaran dari tulisan yang tak seberapa ini. Moga disana ada manfaatnya kepada Ummah, insyaallah. Wassalam.=)

Maka Yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, Yang kamu hendak dustakan?


-anak.soleh-

Friday, May 13, 2011

no title

"Seseorang telah datang kepada Rasulullah SAW, lalu bertanya: 'Ya Rasulullah, sedekah yang mana yang pahalanya paling besar?' Lalu jawab Baginda: 'Sedekah yang kau lakukan saat engkau sihat, kedekut, takut tertimpa kemiskinan, dan sangat ingin menjadi kaya, lalu engkau tidak menundakannya sehingga nafas sampai dikerongkong sehingga engkau hanya mampu berkata: 'Harta ini(kuwasiatkan) untuk si fulan, harta ini(kuwasiatkan) kepada si fulan, dan harta ini(kuwasiatkan) untuk si fulan.'"

Hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dalam kitab Riyadusolihin.


Sekadar ingin berkongsi hadith. Moga ia berguna untuk kita semua. Ketahuilah bahawa kita mempunyai kewajipan untuk mengisi 'akaun bank' akhirat kita. Ketahuialh jua bahawa harta yang dianugerahkan kepada kita ini bukan milik mutlak kita. Ianya kepunyaan Rabbul Jalil, Rabbul Alamin- Allah SWT. Ketika kita dianugerahkan sedikit rezeki, sedarlah, didalam harta itu ada hak orang lain yang perlu kita penuhkan.


'Dan pada harta-harta mereka, (ada pula bahagian Yang mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin Yang meminta dan orang miskin Yang menahan diri (daripada meminta)'
Az-Zariyat, 19


Perhatikan pula ayat ini, dipetik dari Surah Ali Imran ayat 3:

'Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa Yang kamu sayangi. dan sesuatu apa jua Yang kamu dermakan maka Sesungguhnya Allah mengetahuinya'

Satu lagi hadith yang menarik. Riwayat AAl-Bukhari dan Muslim:

'...Sesungguhya, tidaklah engkau menginfakkan sesuatu dengan tujuan mencari reda Allah, melainkan engkau akan mendapat pahala kerananya, bahkan makanan yang engkau suapkan kemulut isterimu sekalipun'


Jadi, marilah kita beriman dengan Ayat Allah dan juga Sunnah Rasulullah. Moga hidup kita diberkati, dilindungi Allah dari keburukan dan dimaafkan Allah atas segala maksiat dan dosa yang kita telah lakukan.....


Wassalam.


-anak.soleh-

Tuesday, May 03, 2011

Ikhlas


Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.
Alhamdulillah Allah masih memberi kesempatan untuk menulis kembali setelah sekian lama menyepi kerana sibuk bekerja di Pesta Buku. Tapi hakikatnya itu bukanlah alasan untuk kita berdakwah. aduh...

Pesta buku- satu pengalaman yang menarik dan pastinya memenatkan! keluar pagi pulang lewat malam. hal ini berterusan sehingga 10 hari. Barulah diri ini rasa bagaimana letihnya seorang ayah dan ibu yang keluar bekerja demi mencari wang buat keluarga tercinta. Alhamdulillah Allah memberi satu pengalaman yang sangat bermakna. =)

Semasa di PWTC, sempat juga berjalan ke kedai-kedai lain. Antaranya booth Alam Raya Ent., Nufairs, Telaga Biru, Pelima dan macam-macam lagi. saya ada beli satu buku yang bertajuk 'ikhlas'. Tulisan Dr Yusuf Qardhawi. Seorang ulama' yang hebat. Beliau mengupas makna Ikhlas yang merupakan rukun dakwah yang kedua Ikhwanul Muslimin. Didalam buku tersebut, menurut Imam Hasan Al-Banna, beliau mendefinasikan ikhlas sebagai berikut:

"hendaklah seorang muslim menyengajakan perkataan, perbuatan dan jihadnya semata-mata kerana Allah, mencari keredhaannya dan mengharap pahala yang baik tanpa mempedulikan harta, kemewahan, pangkat, kesulitan, kemajuan mahupun kemunduran. Dengan demikian, ia akan menjadi pejuang pemikiran dan akidah bukan pejuang kekayaan dan kesenangan"

Begitu panjang lebar Imam Hasan Al-Banna menjelaskan maksud Ikhlas. Hakikatnya ikhlas itu amat penting. sehinggakan jika suatu ibadah itu dilakukan tanpa kewujudan ikhlas, ia akan tertolak. Allah tidak akan menerima ibadah itu kerana ia tidak disertakan dengan niat yang ikhlas kerana Allah SWT.

Ikhlas tu senang ke? Semudah mulut yang menyebut perkataan I K H L A S ? Hakikatnya ikhlas itu satu perkara yang sukar. Bila ditanya kepada seorang ulama apakah amalan perbuatan yang paling berat? dia menjawab amal perbuatan tersebut ialah ikhlas.

Ada ulama' yang lain pula berkata, 'suatu pekerjaan yang sulit dan berat dilakukan didunia ini adalah ikhlas. Sudah beberapa kali saya berusaha keras mematahkan riya' (lawan kepada ikhlas) dari dalam kalbu namun ia berjaya tumbuh dalam bentuk yang lain'.

Ikhlas itu ibarat semut hitam yang berjalan diatas batu yang hitam diwaktu malam yang kelam. Anda mesti pernah mendengar analogi ini kan? Begitu sukarnya ikhlas itu. mata manusia sukar untuk menilainya. Hanya Allah sahaja mampu menilainya.

Kesimpulannya, ikhlas itu bagi saya ibarat 'Nyawa' kepada sesuatu ibadah itu. jika nyawa itu hilang dari 'jasad' ibadah kita, maka ibadah itu dikira MATI. Tiada nilainya disisi Allah. Moga kita semua termasuk dikalangan hamba-hamba Allah yang melakukan amal perbuatan yang disertakan dengan niat ikhlas Lillahitaala. Wallahualam. =)


-anak.soleh-