Monday, August 13, 2012

Hijrah & Paradigma


Melalui denai-denai hari
Ditemani siulan angin dinihari
Meraba-raba bayang ku sendiri
Entah kemana ia berlalu pergi

Ku merenung derapan tapak kakiku
Terpalit seribu satu kulat jahiliyah
Kesepian hati yang tidak berubat
Oh dimana kekuatan yang aku impikan

Ketika Dia memanggilku didalam alunan Azan
Aku menyendiri tidak mengendahkan
Sendiri terkaram di pusara duniawi
Lemas dirasuk nafsu sendiri

Mereka terus melangkah pergi
Dalam kembara suci mengejar cinta Ilahi
sedang aku bagai lumpur dijalanan
jijik dipandang usahkan disalam

Hatiku kian malap
Jiwa ku kian gelap
Bagai ruh yang tersesat dimalam kelam
Hilang punca hilang senyuman

Termenungku termenung
Mengimbau kembali hari-hari silamku
Adakah Tuhan sudi menerima ku?
Adakah Tuhan masih memandangku?

Iktibar Hijrah Sang Nabi..
Ku mulakan kembara cinta ku sendiri
Mencontohi keperibadian kekasih Ilahi
Meneladani aksara para sahabi

Oh Tuhan.. Rupanya Kau tidak lupa
Rupanya Kau tidak leka
Membuka pintu CahayaMu bagi yang meneroka
Melimpahkan Kasih CintaMu pada yang meminta

Kini ku bahagia
Dalam dakapan Ilahi
Hijrah itu segalanya
Yang aku cari dan temui..
Alhamdulillah Ya Rabbi.

Wednesday, August 08, 2012

Tetamu dari Bumi Suci..


Bismillah Pembuka Bicara. Kalam Suci diAgung-agungkan serta diBesar-besarkan. Puji-Pujian di ulang-ulang khusus kepada-Nya, agar roh ini sentiasa terpalit dengan rasa syukur dan cinta, hanya kepada Yang Esa. Allahuakbar, Alhamdulillah, Subhanallah. Sesungguhnya sebaik-baik bekal ialah Taqwa dan sesuci kalam ialah Kalamullah.

Semalam aku turut serta berjemaah di Masjid Nurul Hidayah Seri Manjung. Alhamdulillah, kami diberkahi dengan kehadiran seorang anak muda berumur 18 tahun dari Bumi Suci lagi Mulia, Bumi Palestin. Beliau dinamakan dengan Imam Yusof. Dadanya terisi dengan kesucian 30 Juzu' Al-Quran dan ditemani juga dengan hiasan 700 permata hadith yang indah dan benar. Beliau memimpin solat Tarawih kami dan turut berkesempatan untuk berkongsi sedikit cerita yang dibawa dari Bumi Palestina.

Sedih dan sayu mendengar cerita Imam Yusuf. Rumahnya yang tersergam kukuh dirobohkan dengan sewenang-wenangnya oleh Zionis Laknatullah. Lebih sadis apabila matanya sendiri menyaksikan rumah itu dirobohkan. Tidak cukup dengan itu, badannya dipukul hingga menyebabkan dia sakit terluka. Dan sakit itu masih terasa hingga keharini. Allahuakbar. Itu kisah saudaraku, saudaramu, saudara kita. Dia ummat Muhammad. Dia merupakan saudara seagama kita. Kita disini bahagia bergembira, dia disana sakit terluka. Allahu, Allahu.

Satu hari aku memakai baju T-Shirt dengan bermesejkan (Gaza need our support now). Lalu aku disapa kawanku, cantik baju. Dia tulis ape tu? Lalu aku membacakan untuknya dan aku bertanya, tahu tak isu Palestin? Pernah dengar tak Name Palestin? Jawapannya agak menyedihkan. 'Pernah dengar tapi tak pasti apa yang berlaku'. Tapi aku tak menyalahkannya. Dia salah seorang orang awam yang tidak didedahkan isu ini. Jadi tugak kitalah untuk menyampaikan!


Alunan suaranya sungguh merdu dan mendayu. Ketika memasuki rakaat keempat (jika tidak salah), Imam membaca ayat ini:

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) Dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan Sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang Yang khusyuk;
 (Iaitu) mereka Yang percaya Dengan yakin Bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan Bahawa mereka akan kembali kepadaNya."  
Al-Baqarah, 45-46

Kemudian beliau membaca juga ayat ini:

"Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa Yang terbunuh Dalam perjuangan membela ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang Yang hidup (dengan keadaan hidup Yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar: 

(Iaitu) orang-orang Yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali."

Mereka itu ialah orang-orang Yang dilimpahi Dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang Yang dapat petunjuk hidayahNya."

Al-Baqarah; 154-157

Mendengar ayat-ayat ini dibacakan oleh beliau, membuatkan ku terfikir, 'dia seolah-olah memujuk dirinya sendiri dengan membaca ayat-ayat ini. Subhanallah. Maha Suci Allah yang Maha Hidup dan Terpuji. Aku doakan moga beliau, dan semua kaum muslimin dan muslimat di Palestin akan terus kuat memegang Tali Allah. 

Mungkin inilah kali terakhir kita dapat berjumpa Imam Yusuf. Atau mungkin suatu hari nanti Allah akan pertemukan kita kembali. Siapa tahu? :)


Status FB.. :)

Assalamualaikum. :)

Sejenak aku terfikir, mcam2 gelagat dan karenah manusia. Bila aku on FB, aku suke scroll tgok new feeds rakan2 aku. bermacam-macam jenis status boleh ditemui. Aku tidaklah ingin mengkritik mereka, cuma terfikir, kebanyakkan apa yang mereka tulis itu tidak mendatangkan apa2 makna kepada orang yang membaca.

I'm Lonely,,
Jom Makan..
Jom g mandi..

Dan ada juga yang suke tanya soalan yang dia sendiri tahu jawapannya..

Harini aku jena saman, perluke aku g bayar ye?
Harini birthday mak aku, perluke aku wish ye?
DLL...

Ada pula suka update ape yang dia buat...

Sekarang tgh tgok movie sekian sekian..
now i'm jalan2 dgn sidia..
now tgh makan nasi..

ade juga yang suke berita aib diri sendiri. Bagai membuka pekung didada..

arini aku g dating ngn pkwe aku.. Bestnye Uols..
harini aku tido dr pg smpai ke ptg..
wah bestnye dpt tgo awek seksi..

Ade juga yang guna FB utk lepaskan geram.

Bengong btul mamat ni..
bodo btul parti X ni..
Parti Y ni mcm haram


Adoi.. Tak salah untuk anda update sebarang status. Cuma biarlah kata2 yang tertulis tu melambangkan diri anda, kene dgn usia anda, mencerminkan peribadi anda. Biarlah sesuatu yang berilmiah dan memberi manfaat kepada pembacanya. Setiap manusia mempunyai pelagai ragam dan cara. Masing-masing bahagia dengan cara masing2. So let it be la. Cuma terkenang hadith Rasulullah SAW-

Hendaklah kamu berkata baik ataupun just diam je.. :)

Tuesday, August 07, 2012

Menulis mengenai Ammi ku.. :)

Bismillah Ar-Rahman wa Ar-Rahim :)

Dalam banyak-banyak perkara yang ingin ku tulis ketika ini, topik yang paling ku suka ialah menulis mengenai Ammi ku. Mama, Ammi, Mami, Mak, Ibu dan pelbagai lagi pangilan yang tersedia untuk ku memanggilnya. Dia Ammiku, yang sangat ku sayangi. Aku tidk pernah bosan melihat wajahnya. Biar pun wajahnya sudah dimamah usia, namun bagiku dia sangat menawan. Makin hari sayangku makin berkembang bagai bunga Morning Kiss yang bekembang diwaktu pagi.

Berada disisi Ammi membuatkan ku gembira. Setiap kali berpeluang meletakkan kepalaku diribanya, aku akan terfikir, adakah ini kali terakhir peluang ku untuk bermanja dengannya? Aku sangat suka memegang tangannya, Kulit tangannya, biarpun sudah dimakan usia, masih licin dan lembut.

Ammi ku sangat suka berzikir. She like to hold a tasbih and make zikirs. Masa tengok tv ke, masa menunggu mata pejam ke, Ammi pasti akan berzikir ditemani Tasbih kegemarannya. Tasbih yang digunakan sejak sekian lama. Aku sangat mengangumi dia.

Ammi suka ajak aku temannya bershopping barang dapur. This is the moment i waiting for. I have the opportunity to hold her hands in public! :) We will walk to the shopping centre behind our house and i like to usik2 her. She will start to tell me all the story. Mulalah dia komplen tu, komplen ini. i will just keep my ear open and listen to her. If i need to say anything, i will voice out, hoping that i could make her feel calm and ease.

People will say I'm anak mak. I dont care. Instead i'm proud to be called like that. At least i know, i'm doing good with my Mom. She is my Rose Flower. I always pray for her. May Allah give her a long life. I want the opportunity to take care of her when she is in her old age.

Ammi, I love you as much as you love me. I know that u love me, but what i dont know is, how deep ur pove to me. May Allah bless you Ammi. May Allah place you in His Jannah. may Allah protect you from any disasters and harm. :)


Tuesday, July 31, 2012

kau peduli?


Duhai hati yang terkunci mati
Mengapa tidak di diaminya dengan belas kasih?
Agar ia terus mekar dibasahi rasa cinta dan sayang
Meneliti dan merasai keperitan yang tercipta disekitarnya

Disana wujud seorang anak kecil
Sungguh luar biasa darah mudanya
Mainannya hanyalah senjata dan batu
Melempar kerikil kecil kearah parasit penjajah dibumi tercintanya
Demi mempertahankan maruah kehidupan

Disana juga wujud adik kecil bertemankan tangisan darah
Meratapi kehidupan ibunda yang berakhir dimedan perang
Berlumuran darah dan dendam
Apa yang tinggal? Apa yang diwariskan?
Hanyalah sekeping memori indah dihari-hari dahulu
Kini dia keseorangan bak anak ayam kehilangan ibu

Masih berkisarkan anak kecil
Yang masih merah kulitnya,
Dililit kemas tali pusatnya,
Bertemankan si lalat hitam berkilat
Sungguh asyik menari-nari diatas ‘bangkai’ badannya

Jadi soalnya, dimana kau dimana dia?
Kau gah di Istana, dia pedih di neraka
Kau girang di mahligai, dia sunyi di muara
Kau bertemankan ayah bonda
Dia ditinggalkan keluarga
Kau menangisi drama di kaca telivisyen
Dia menangisi drama kehidupannya
Kau puas kekenyangan
Dia puas kelaparan
Kau ditemankan mainan
Dia pula bertemankan senjata

Oh hanya saja kau peduli akan mereka
Mengirim sepucuk doa rahmat
Mengingati mereka dalam hari-hari hidupmu
Andai saja kau bisa menghulurkan dua tiga butir berasmu
Agar mereka bisa jua merasai kehidupan yang didiamimu
Mereka dahagakan kasih, kau dimanjakan sayang
Jadi mengapa tidak berbahagi kasih itu agar mereka turut tertawa bersamamu
Wahai diri, pedulikah kau akan nasib mereka?

hakim.halim



Wednesday, July 18, 2012

janganlah kamu berputus asa dengan Rahmat Allah! :)

Assalamualaikum WBT.
Tergerak hati saya untuk menulis mengenai Taubat. Beberapa hari lpeas saya berkesempatan mendengar ceramah berkaitan taubat dari Imam Suhaib Webb dan juga Ustaz Nouman Ali Khan. Alhamdulillah, mereka sama-sama hebat dan pengisian juga sangat baik. Topik taubat dikupas dengan baik dan mudah untuk difahami. terselit juga sedikit humor dari mereka. Alhamdulillah :)

Saya sangat tertarik dengan satu ayat Al-Quran yang dipetik dari surah Az-Zumar. Ayat ini sangat dalam maksudnya. Ia bersifat sangat rapat kepada sesiapa yang mendengarkannya. Allah SWT memilih perkataan-perkataan yang sangat halus dan tinggi maksudnya. Maha Suci Allah yang menurunkan Al-Quran kepada Hamba-HambaNya. Ayat yang dimaksudkan ialah:

"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu Yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana Sesungguhnya Allah mengampunkan Segala dosa; Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"

mutiara ini dipetik dari surah Az-Zumar ayat 53

Subahanallah, lembutnya Allah memanggil kita - 'wahai hamba-hambaKu'. Tahukah anda, Allah pernah memanggil Nabi kita, Muhammad SAW dengan panggilan hamba seperti yang kita boleh temui didalam surah Al-Isra' ayat 1. Allah SWT berfirman:

"Maha suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin)"

Jadi, boleh disimpulkan disini, paggilan wahai hambaKu itu satu panggilan yang sangat mulia. Bayangkan, Allah menggelarkan "hamba" itu kepada Insan yang paling mulia dan suci iaitu Nabi Muhammad SAw dan juga menggelarkan mereka-mereka yang sentiasa melakukan maksiat dengan gelaran yang sama juga. Hal ini kerana, kita semua ini Hamba Allah dan Dia sangat mengasihi kita. Allah tidak sesekali meninggalkan hamba-hamabNya walaupun hamba-hambaNya itu kerap melakukan maksiat. Apa yang Allah katakan kepada mereka-mereka yang bergelumang dengan dosa? - Janganlah kamu berputus asa dengan RAHMAT ALLAH! 

Seumpama seorang dermawan berkata kepada orang ramai, wahai orang-orang kebanyakkan! Sesiapa yang ingin harta datanglah berjumpa denganku. Tidak kisahlah jika kamu musuh atau kawanku.


Allahuakbar. Betapa Maha Baiknya Allah. Allah sentiasa memberi ruang dan peluang kepada sesiapa sahaja untuk bertaubat dan kembali kepada-Nya. Jadi tidak timbullah isu 'aku ini banyak sangat dosa, taktau la Dia sudi nak maafkan aku' atau 'boleh ke aku berubah, dosa aku dah melambung tggi' atau apa-apa saja alasan demi alasan yang kita gunakan selama ini. Saksikanlah, betapa Allah tidak kisah, langsung tidak kisah akan dosa-dosa kita walau setinggi mana, kerana Dia hanya ingin melihat kita kembali dan tidak berputus asa denganNya.


Ada satu hadith menceritakan tentang bagaimana perumpamaan mengenai orang yang bertaubat. Nabi Bersabda "Allah suka akan orang yang bertaubat seperti seorang musafir yang menjumpai semula untanya semula dipadang pasir". Tahukah kita bagaimana perasaan seorang musafir yang kehilangan unta dipadang pasir? Amat susah hati kerana tiada kenderaan yang boleh digunakan untuk melalui pasir yang panas membara. Jadi bayangkan jika dia menjumpai semula utanya. Pasti dia girang gembira kan?


Allah juga menyukai orang muda yang suka bertaubat! Itulah petikan hadith dari Baginda Muhammad SAW. Marilah! Marilah! Jom kita sama2 bertaubat dan kembali semula kepada Allah. Kita sedang melalui satu jalan dan destinasinya ialah Akhirat. Jadi pilihlah jalan yang memberi kebaikan kepada kita. Pilihlah jalan yang dilalui Rasul-Rasul Allah, Orang-Orang yang soleh, bukan jalan yang membawa kepada kebinasaan! Allahuakbar. Saya berdoa agar kita semua termasuk didalam golongan hamba-hamba yang diredhoi Allah. 



 Ihdinas Siratal Mustaqim! :)

Monday, July 02, 2012

Kuntuman Bunga


Sekuntum
Ya, sekuntum yang disulam cahaya keindahan dan keserian
Mekarnya dengan sinaran mentari
Disirami pula dengan wahyu Ilahi
Tetapi ketika mekar dirimu,
Ada pula yang dipenuhi hasad dan dendam
Memerhatimu dari jauh
Mencari peluang dan ruang
Hingga akhirnya kuntuman itu rebah
Layu dipusara ciptaan pemilik-pemilik hati yang busuk
Wahai kuntuman merah, bangunlah
Jangan kau terus layu dek bujukan hati-hati yang sakit itu
Jangan kau terus menuruti  ajakan dan godaan hati-hati itu
Kau bayangan Tuhan di muka bumi ini
Kau pewaris si Humaira,
Kau penyambung tradisi  si Khadijah,
Kau wanita ciptaan Allah
Kau bukan pemuas nafsu si buas
Kau ialah kau – penyeri duniawi dengan nilai kesolehanmu
Yang wujud sekian lama tanpa kau sedar.
Oh wanita! Bangunlah! Jangan kau terus hanyut terleka
Jangan kau mati dipusara ini,
Teruskanlah tradisi Ummul-Mukminin
Jangan kau gadai maruahmu kepada Makhluk-Makhluk bayangan Iblis!
Ayuh bangkitlah wahai Wanita! Bangkitlah!