Wednesday, February 29, 2012

cerita tentang sahabatku..

-Sahabat cermin kepada Sahabatnya-
Ku mulakan penulisan ini dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh. Moga kalian sentiasa berada didalam keadaan yang selesa, hati yang berbunga, perut yang terisi dengan kelazatan makanan, minda yang tenang dengan kecintaan kepada Pencipta kepada Alam ini. Allahuakbar.

Terdetik hati ini untuk menulis mengenai seorang sahabatku. Seorang sahabat yang tidaklah hebat sehingga terkenal dikalangan orang-orang sekelilingnya, seorang sahabat yang bukanlah mempunyai banyak harta, seorang yang sederhana urusan hidupnya tapi somehow aku sangat kagum padanya.

Beliau seorang yang gigih bekerja. Dari jauh dia datang untuk mencari rezeki. Seorang yang sudah kehilangan ayahnya. Jadi dialah anak yag diharap ibunya untuk menampung keluarganya. Dari pagi sampai kemalam dia gigih bekerja. Tidurnya? Aku kira purata sehari dia hanya tidur 6 jam. Selebih Jam nya digunakan untuk bekerja tanpa henti. Bayangkan bagaimana letihnya beliau. Lebih mengagumkan aku, beliau sangat bercita-cita tinggi. Sangat passion dengna ilmu. Oleh sebab itulah dia bertekad untuk menyambung study nya. "aku juga ingin berjaya seperti kamu hakim, jadi sebab itulah aku ingin sambung belajar aku, walau hanya part-time" - itulah kata2nya padaku. Ya, kerana bukan rakyat malaysia, jadi die mempunyai peluang yang tipis untuk belajar di IPTA. Jadi beliau terpaksa meaburkan duit hasil titk peluhnya di sebuah IPTS.

Bayangkan duit gaji bulanannya dibahagi untuk studynya, untuk keluarga dikampung dan juga untuk menyara dirinya. "Aku letih sangat harini hakim" katanya bila aku bertemunya. Sudah pasti dia letih. FIzikalnya digunakan untuk bekerja, mindanya juga digunakan untuk belajar. Subhanallah, hebat bukan sahabat saya?

"kamu tak cuti ke. Aku lihat setiap hari kamu bekerja" tanya ku suatu hari. "mana ada cuti hakim, melainkan kalau ada kelas, jadi aku cuti". Bila dibandingkan dengan hidupku, Jauh betul bezanya. Aku dianugerahkan dengan masa terluang yang bayak. Tak sepeti dia. Namun masa2 terlunag itu selalunya terisi dengan perkara2 melalaikan. Aduh, malunya...

Kepada sahabtku, Moga kau terus berjaya dalam hidupmu. Sesungguhnya kau sentiasa beribadah kepada-Nya kerana setiap perkara yang bermanfaat itu ibadah.

anak.soleh :)

Saturday, February 18, 2012

Zekr Qur'an : Free Software. Suitable for all Muslim :)

Free Quranic Software! Anda boleh search anything within the Quran. For example, anda nak cari ayat berkaitan Ibubapa. So search "parent" and segala verses berkaitan ibubapa akan terpapar. Anda juga boleh mainkan alunan ayat quran tersebut. :)

http://zekr.org/quran/en/quran-for-windows



anak.soleh :)

Monday, February 13, 2012

lembutku kenang kasihmu ibu...

Suatu hari, aku bersama ahli usrah dan murabbiku makan tengah hari di satu cafe. Tiba2 datang seorang makcik cleaner untuk mengambil pinggan kotor diatas meja depan kami. Lalu murabbi ku bertanya kepadaku, cuba bayangkan jika makcik itu ibu kita?




Allahuakbar, pasti akan menitis air mata jika melihat ibu kita yang sudah pun melebihi usia setengah abad membuat kerja2 seperti itu. Pasti sebak hati melihat ibu yang kita sayangi membuat kerja2 berat demi mencari rezeki buat keluarga. Tetapi disatu sudut yang lain, terdapat juga anak2 yang tidak berhati perut menghantar ibubapa mereka yang sudah tua dan tidak berdaya ke rumah2 orang tua. Adalah ini sesuatu yang patut dan adil? Setelah belasan atau puluhan tahun mereka menjaga kita, berpenat lelah memenuhi segala kemahuan kita, keluar rumah diawal pagi pulang lewat petang demi mencari rezeki buat kita, tidakkah kita rasakan balasan yang kita beri kepada ibubapa kita itu terlalu zalim?

Bagi mereka yang duduk jauh dari ibubapa, berapa kerapkah anda menghubungi mereka melalui kemudahan2 telekomunikasi dalam masa sminggu? Adakah anda membiarkan mereka ternanti-nanti telefon dari anda?

Ketahuilah, terdapat sahabat2 dikalangn kita yang tidak mampu lagi melihat raut wajah ibubapa mereka, mereka tidak lagi dapat merasai belaian tangan ibubapa meraka.. Anda yang masih lagi mempunyai nikmat bersama ibubapa anda, adakah anda utilize nikmat itu dengan sehabis mungkin?

Bagi saya, anak itu Hamba kepada ibubapa meraka. Apa saja arahan ibubapa yang tidak bercanggah dengan syariah Islam, wajib dituruti anak2. Memang fitrah seorang hamba - wajib mengikut segala arahan tuannya.

Dimasa zaman Rasulullah SAW, seorang sahabat ingin mengikut Rasulullah SAW untuk berjihad. Maka Rasulullah SAW bertanya kepadanya samada dia mempunyai sesiapa dirumah? Dia menjawab bahawa ibubapanya masih ada. lalu Rasulullah SAW menyuruhnya pulang kerumah dan minta izin dr mereka dahulu. Jika mereka benarkan untuk berjihad barulah lelaki itu dibenarkan Rasulullah untuk berjihad. Allahuakbar. Lihatlah tauladan yang ditunjukkan Baginda Ar-Rasul SAW. Baginda meletakkan hak ibubapa itu lebih utama dari berjihad.

Didalam satu hadith yang lain, Rasulullah SAw prnah ditanya oleh seorang sahabat, apakah amalan yang paling disukai Allah SWT? Lalu Rasulullah SAW menjawab pertama solat diawal waktu, kemudian berbuat baik kepada ibubapa dan yang terakhir berjihad dijalan Allah. Lihatlah turutan amalan yang disukai dan digemari Allah SWT. Allah meletakkn berbuat baik kepada ibubapa itu lebih disukai sebelum berjihad dijalan Allah SWT. Begitu muliakan kedudukan ibubapa kita?

kasih ibu..

Pernahkah anda duduk berseorangan dan memikirkan bagaimana susahnya ibu anda menjaga anda seawal bulan pertama anda berada didalm Rahimnya? Pernahkah anda bertanya kepada ibu anda atau kakak anda bagaimana peritnya melahirkan anak? Subhanallah, sakitnya tidak boleh digambarkan. Begitu sakit. Bayangkan satu benda sebesar kepala bayi dikeluarkan dari lubang dubur anda yang sebesar lima puluh sen? Sakit tak agak2nya?

ibu sifatnya penyayang. kita?
Didalam hadith lain, Rasulullah SAW bersabda, berbuat baiklah kepada ibu bapamu, nescaya anakmu akan berbuat baik kepadamu. Dan bersikap jujurlah kepada ibu bapamu, nescaya isteri kamu akan bersikap jujur kepada kamu. Jika kita derhaka terhadap ibubapa kita, pasti suatu hari kelak, anak2 kita membalas semula pebuatan itu kepada kita. Percayalah..

Akhir kalam, renungi hadith ini, “Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.” - Riwayat at-Tirmizi.



Lembut kukenang, kasihmu ibu
di dalam hati ku kini menanggung rindu
kau tabur kasih seumur masa
bergetar syahdu, ooh di dalam nadiku
9 bulan ku dalam rahimmu
bersusah payah, oh ibu jaga diriku
sakit dan lelah tak kau hiraukan
demi diriku, oh ibu buah hatimu
tiada ku mampu, membalas jasamu
hanyalah do’a oh di setiap waktu
oh ibu tak henti kuharapkan do’amu (2x)
mengalir di setiap nafasku (2x)
ibuuuuuuuuuuuuuu……….. (3x)
Lembut kukenang, kasihmu ibu
di dalam hati ku kini menanggung rindu
engkau tabur kasih seumur masa
bergetar syahdu oh di dalam nadiku
indah bercanda denganmu ibu
di dalam hati ku kini slalu merindu
sakit dan lelah tak kau hiraukan
demi diriku, oh ibu buah hatimu
tiada ku mampu, membalas jasamu
hanyalah doa oh di setiap waktu
oh ibu tak henti kuharapkan doamu (2x)
mengalir di setiap nafasku (2x
ibuuuuuuuuuu…….. (3x)
“Allahummaghfirlii waliwaa lidayya warhamhumaa kamaa rabbayaanii shaghiiraa”

Lagu 'Kasih Ibu' Ost Hafalan Solat Delisa


-anak.soleh- ^__^

Friday, December 23, 2011

terkenangku akan keperibadian si dia...

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. :)

Kata orang, bila kita mencintai seseorang tu,pasti kita selalu menyebut-nyebut mengenai si dia. Hati selalu merindui dia. kalau ada surat yang si dia kirimkan, pasti tak jemu-jemu kita membeleknya walau sudah remuk pun surat tu dek kerana kita mengulang-ulang membacanya. Pasti kita suka menceritakan kebaikannya kepada orang lain. Pasti kita berasa senang hati bila mengingatinya. Kan?

Begitulah apa yang dirasai saya diwaktu ini. Hati ini ingin sangat bercerita tentang kebaikannya. Sangat hebat perwatakannya. Rasa rindu hati ni nak bertemunya. Surat dari dia? Banyak sudah diterima. Sudah puluhan kali diulang baca. Tak juga jemu2 diri ini membacanya. :)

Siapakah orangnya? Dialah Baginda Ar-Rasul SAW. Selawat dan Salam dikirimkan padanya. Ya, hati ini teringin bercerita tentang kebaikannya. Ingin sekali saya mengambarkan perwatakan dan akhlak baginda Ar-rasul. Mungkin tidak layak kerana diri ini tidaklah sehebat Sahabat-Sahabat Baginda. Abu Bakar, Umar, Abu Hurairah...Semuanya hebat. Iman mereka sangat mantap. Diri ini? Apa yang ada. Cuma rasa Cinta dan Rindu yang mendalam saja yang saya ada.

Suatu hari, selepas kewafatan Nabi Ar-Rasul SAW, datang seorang Badwi berjumpa Saidina Umar. "wahai Umar, ceritakan kepadaku Akhlak Nabi SAW", tanya sibadwi tu. Jawapan Umar sambil menangis,"wahai sifulan, pergilah kau menemui Bilal dan tanyalah kepadanya".

Jadi sibadwi itu terus pergi menemui Bilal Bin Rabah. Soalan yang sama dilontarkan. Jawapan Bilal sambil menangis, "pergilah kau menemui Ali. Aku tak sanggup menceritakannya". Pelik si badwi itu, tetapi terus juga kakinya melangkah menemui Saidina Ali.

Bertemu saja Saidina Ali, soalan yang sama dilontarkan. "wahai Ali, ceritakan kepada ku Akhlak nabi Muhmmad SAW". Ali pun menjawab, "wahai sifulan, ceritakan kepada ku keindahan dunia ini". Si Badwi itu bersuara, "bagaimana aku boleh menceritakan keindahan dunia ini, tidak ku mampu". Ali pun berkata, "begitulah jua Akhlak nabi, tidak mampu Aku untuk menggambarkannya. Pergilah kau menemui isteri Baginda, Saidatina Aishah".

Bertemu saja Saidatina Aishah, badwi itu bertanya soalan yang sama. Aishah bingung untuk menjawab. Bagaimana bisa dia menggambarkan? Akhirnya die bersuara, "Kana Khuluquhu al-Quran" (sesungguhnya, akhlaknya Al-Quran). Badwi itu bersuara, macam mana aku ingin mengetahui Akhlak baginda, takkan aku nak baca satu Al-Quran baru tahu bagaimana Akhlak Baginda.". Aishah pun berkata, "bacalah surah Al-Mukminun, ayat 1-11". tetapi Si badwi itu masih tidak berpuas hati. Jadi Aishah akhirnya menceritakan pengalamannya sebagai seorang isteri Nabi yang tidak mampu dilupakannya.

"suatu malam, ketika itu aku dan suamiku sudah terbaring diatas katil. Kami sudah pun berada didalam selimut. Tiba-tiba Baginda SAW meminta izinku untuk menemui Tuhannya sebentar. Lalu aku mengizinkannya. Selepas beberapa ketika, aku tersedar dari tidurku dan ketika itu sudah pun masuk waktu Subuh. Gelisah Aishah melihat suaminya tidak berada disisinya. Lalu aku pergi membuka pintu rumah dan aku mendapati suamiku tidur diluar pintu rumah. Aku terkejut lalu membangunkan suamiku. AKu bertanya mengapa kau tidur disini ya Rasulullah. Nabi menjawab, "ketika aku pulang kerumah, kau sudah pun tidur. aku khuatir tidurmu.terganggu, jadi aku tak sanggup mengetuk pintu"

Subhanallah. Maha Suci Allah. Betapa indahnya, mulianya Akhlak baginda AAr-Rasul SAW. Baginda begitu berlembut dengan isteri Baginda. Hatta untuk mengetuk pintu pun baginda tidak sanggup kerana dikhuatiri akan menggangu tidur Aishah. Benarlah sabda baginda SAW, "Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku"

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ

:)

-anak.soleh- :)

Saturday, December 17, 2011

lakonan ragam manusia dipentas dunia.... :)

disiplin juga haiwan ya? :)


....

Lelaki muda berbaju biru, wanita tua berbangsa india yang muram, pakcik peramah yang tersenyum disebalik raut wajah berkedutnya, pemuda india yang menemani ibu tuanya menunggu bas, sikecil yang girang diatas riba bondanya, wanita melayu muda yang mendengar lagu dari blackberrynya, sepasang suami isteri yang berpimpin tangan masuk ke shopping mall, lelaki india tua yang tidur ditepi jalan, peminta sedekah yang tidak henti-henti merayu orang sekeliling, lelaki tua yang begitu masam mukanya.

.......

jejaka kacak yang berjalan penuh gaya disebalik kacamata ray-bannya, sekumpulan gadis berpakaian mencolok mata bergelak tawa di satu sudut ruang, sekawan teruna sibuk menghisap rokok di koridor yang sibuk, wajah wanita yang mempamerkan emosi marah pada anaknya, kereta yang lalu lalang di jalan itu, bas yang laju melalui disebelah wanita bersama ibu tuanya…

.........

Jurujual yang kelihatan sibuk mencari pelanggan, penjual keropok yang ceria mukanya, casher yang tidak henti-henti merungut akan hal teman sebelahnya, kanak-kanak yang girang mencari baju baru disatu sudut, kelihatan wajah kurang ceria seorang ayah mengeluarkan duit di kaunter casher, si ibu yang menenangkan anak kecilnya yang menangis.

...

Ya, semua situasi diatas pasti akan berlaku disekeliling anda ketika anda keluar berjalan. Ibarat wayang gambar yang bermain, mereka disekeliling anda terus bergerak melakonkan watak masing-masing tanpa mengira sesiapa saja berada disisi mereka. Ketawa, tangisan, senyuman semua akan terpancar diwajah mereka. Muka yang manis, muka tang pucat, kusam, masam, sedih dan segala 1001 wajah bermain dikiri kanan anda. Pelbagai watak yang berlakon didalam lakonan dunia. Watak baik si dia yang menolong seorang tua yang buta melintas jalan, tidak dilupakan watak si dia yang meragut seorang ibu tua ditepi jalan yang sibuk. Anda memegang watak apa? Siapa yang menentukan watak anda?...

......

Dia yang berada disatu sudut, melihat kearah satu susuk tubuh memakai baju biru berseluar jeans dibali cermin muka, kelihatan wajahnya sedang muram mimikirkan masalah-masalah yang ada. Tetapi tiba-tiba teringat watak wanita tua yang masam menunggu bas, watak jurujual yang sedih menunggu pelanggan, watak siayah kusam mengeluarkan duit belanja dikaunter, wajah siibu tunggal yang cemas melintas jalan yang sibuk bersama 3 anak kecilnya… Terus wajah lelaki berbaju biru berseluar jeans itu kembali senyum. Tiada lagi wajah muramnya. Kerana dia tahu, setiap orang punya masalahnya masing-masing. Setiap karakter mempunyai takdir masing-masing yang telah pun ditetapkan oleh si-Pengarah jalan cerita dunia ini. Jadi, apa perlunya wajah sedih muram kecewa itu? Teruskanlah melangkah kerana diakhir jalan itu nanti, pasti kau akan merasai rehat yang panjang. Itulah rumah persinggahan kau menunggu masa tiupan kuat dari sang Malaikat menandakan tibanya waktu genting yang menentukan kemana kan kau pergi.. Sama ada ke kanan atau ke kiri. Kau tentukan!

apakah yang di'fikirkan' oleh ayam ni ye?

anak.soleh :)

Friday, December 02, 2011

beginilah sepatutnya reaksi kita .. =)

Anda Sayang Rasul? :)

Assalamualaikum Warahmatullah Wa Barakatu. Innalhamdulillah. Segala Puji bagi Allah, Pemilik kerajaan langit dan bumi. Pencipta segala yang wujud didunia. Penyemai rasa cinta kepada Hati-Hati manusia. Subhanallah, jika ingin ditulis segala kehebatan Allah, pasti tidak mampu saya nukilkan. Terlalu Banyak! Masyaallah, tidaklah semua itu terjadi, tanpa ke-izinannya yang Maha ESA. :)

Saudaraku yang dikasihi,
Jika ada teman2 anda yang melakukan mungkar, apakah tindak balas yang anda akan lakukan? Adakah dihati anda akan wujud perasaan ingin menyisihkan diri mereka dari hidup anda? Adakah anda akan merasakan, diri mereka yang terjerumus dengan kemaksiatan itu hina? Sehinggakan anda merasakan keperluan untuk menjauhkan diri dari mereka? Dan seterusnya membiarkan saja mereka terus asyik didalam "kenikmatan" maksiat itu? Adakah ini yang anda ingin lakukan wahai saudaraku?

Ya, mungkin anda merasakan diri mereka yang leka dengan maksiat duniawi itu tidak perlu diendahkan. Mungkin ada yanag akan mengatakan seperti ini, "alah, mereka yang pilih jalan tu, biarkanlah mereka". Nauzubillah, Minta kita dijauhkan dari berfikir seperti itu. Tahukah anda bahawa Rasulullah SAW amat dekat dengan pesalah2? Tahukah anda bahawa Nabi Muhammad SAW tidak menyisihkan pelaku maksiat? Tahukah anda Rasulullah SAW tidak pernah menghina orang2 yang melakukan maksiat? Subhanallah, hebatnya keperibadian Rasulullah itu. Baginda tidak pernah menyisihkan pelaku maksiat bahkan Baginda sentiasa mendekati para pelaku kesalah.

Inilah yang sepatutnya kita ikuti. Dizaman ini, kita perhatikan masyarakat menyisihkan pelaku-pelaku kesalahan. Mereka yang melakukan kesalahan ini dibiarkan tanpa ada yang sudi mendekati dan memimimpin kembali ke Jalan Sirotul Mustakim. Orang-orang yang baik ini merasakan diri mereka suci dan bersih tanpa dosa. Mereka tidak memperdulikan orang lain yang terjerumus kelembah maksiat. Inikah yang dikatakan Ukhwah Muslimin? Seorang Muslim itu seharusnya saling mengasihi sesama saudaranya. Mengasihi disini merangkumi Skop yang sangat luas. Menegur sahabat yang melakukan kesalah juga sebahagian dari kasih sayang.

Perkara yang paling penting, jangan merasakan diri anda sudah mulia kerana anda rajin melakukan Ibadah dan menjauhi maksiat. Hakikatnya, anda tidak pernh tau apakah kesudahan hidup anda, sama ada mati dalam keadaan Hina atau Mulia. Kan?

Jadi, seharusnya kita sebagai seorang yang bergelar Muslim, Mukmin, mestilah mendekati sahabat2 yang melakukan maksiat. Mereka mungkin tersilap atau terlupa, jadi tanggungjawab kitalah untuk mengingatkan mereka kembali. Jangan pernah merasakan diri anda hebat dengan ibadah2 yang anda lakukan kerana dikhuatiri ia akan berakhir dengan Riak dan Ujub seterusnya meleburkan pahala2 ibadah anda. Mahukah anda menjadi seperti itu? Nauzubillah min zalik. Akhir kata, mari kita hayati kisah ini. Moga disana ada manfaat yang boleh kita ambil, Insyaallah :)


Dalam riwayat Muslim disebutkan bahwa Abu Hurairah r.a berkata, Ketika kami sedang duduk bersama Rasulullah Saw, seorang laki-laki datang seraya berkata, Wahai Rasulullah, binasalah aku!

Rasulullah bertanya, Apa yang terjadi padamu?

Laki-laki itu menjawab, Aku telah melakukan hubungan suami-istri dengan istriku padahal aku sedang berpuasa Ramadhan.

Lalu Rasulullah Saw bertanya, Apakah ada seorang hamba sahaya yang kamu merdekakan?

Dia menjawab, Tidak.

Nabi bertanya lagi, Mampukah kamu melakukan puasa selama dua bulan berturut-turut?

Dia menjawab, Tidak.

Nabi bertanya lagi, Apakah kamu mampu memberi makan sebanyak enam puluh orang miskin?

Dia menjawab, Tidak.

Abu Hurairah berkata, Nabi Saw terdiam sejenak lalu pergi. Pada saat kami masih dalam keadaan terdiam seperti itu, beliau datang membawa sekeranjang kurma seraya bersabda, Mana orang yang bertanya itu?

Laki-laki itu menjawab, Aku di sini.

Nabi berkata, Ambillah kurma ini dan bersedekahlah dengannya.

Lalu laki-laki itu berkata lagi, Wahai Rasulullah, apakah sedekah ini harus aku berikan kepada orang yang lebih miskin daripada aku? Demi Allah, tidak ada satu keluarga pun di antara dua distrik perkampungan ini yang lebih miskin dari aku!

Mendengar jawaban dengan kata-katanya ini, Rasulullah tertawa hingga tampak gigi gerahamnya seraya bersabda, Berilah keluargamu makanan dengan kurma ini.

-anak.soleh- :)

Saturday, November 26, 2011

Bagaimana mencintai Rasulullah SAW diabad ke-21? :)



Dimulakan dengan menyebut Nama Allah, moga penulisan ini diberi keberkatan dan dijauhkan dari niat2 yang serong ketika menulis entry ini. Bagaimana mencintai Rasulullah SAW diabad ke-21? Satu tajuk (dalam bentuk persoalan) yang agak berat untuk saya (seorang yang masih kerdil dalam bidang ilmu-rasanya takkan pernah hebat kerana ilmu Allah itu sangat Luas) kupaskan. Tetapi saya cukup tertarik dengan persoalan ini. Ya, kita sebagai Ummat Rasulullah SAW yang hidup sangat JAUHHHHH selepas wafatnya baginda Ar-Rasul SAW. Logikkah untuk kita mencinta, merindui, mengasihi seseorang yang hidup lebih 1400 tahun dahulu? Sedangkan wajahnya pun kita tak pernah lihat, keperibadiannya pun kita tidak pernah tenungkan. Sukar bukan?

Anda biasa dengar bukan hadith Nabi mengenai betapa Baginda sangat rindu akan ummatnya yang belum wujud lagi diketika baginda masih hidup? Begini bunyinya:


Suatu hari, ketika Rasulullah dalam perjalanan pulang dari Haji Wida’,baginda menangis.Sahabat pun bertanya:”Kenapa kamu menangis wahai Rasulullah?”, Baginda menjawab: “Aku merindui saudaraku”, Sahabat bertanya: “Bukankah kami ini saudaramu wahai Rasulullah?”,Baginda menjawab:”Kamu semua bukan saudaraku tetapi sahabatku,Saudara ku ialah mereka yang datang selepasku,beriman kepadaku walaupun tidak pernah melihatku,Aku merindui mereka,kerana itulah aku menangis”

Wahai sahabat, cuba tanyakan diri anda, bagaimana Rasulullah SAW boleh merindui kita, mencitai kita sedangkan Baginda tidak pernah melihat kita, tidak tau keperibadian kita. Bagaimana Rasulullah SAW sampai menangis kerana begitu kasihkan dan rindukan kita? Sehinggakan Baginda menggelar kita IKHWAN (saudara). Saya tanyakan kepada anda, antara Sahabat dan Saudara, yang mana lebih mesra bunyinya? Saudara itu bermaksud satu hubungn yang sangat rapat. Hubungn anda dengan adik beradik anda, Rapat bukan? Itulah perhubungan yang Nabi wujudkan antara kita dan baginda. Subhanallah. Hadith diatas sangat bermakna bukan?

Saya tanya anda, pernahkah anda tiba2 menangis kerana rindukan Rasulullah SAW? Suatu hari Nabi Muhammad SAW membacakan ayat yang pernah dibacakan oleh Nabi Ibrahim. Ayat tersebut dipetik dari Surah Ibrahim, ayat 36:

"..sesiapa Yang menurutku (dalam Islam Yang menjadi peganganku) maka ia adalah dari golonganku; dan sesiapa Yang menderhaka kepadaKu (dengan menyalahi ugamaku), maka Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (kiranya ia insaf dan bertaubat)"

Maka Rasulullah SAW menangis yang teramat kuat. Sehinggakan Allah mengutuskan Malaikat Jibril untuk turun dan bertanya kepada Rasulullah SAW (pastinya Allah SWT maha Mengetahui segalanya). Ketika Jibril bertanya kenapa Rasulullah SAW menangis, Baginda menjawab sambil menangis; "Ummatku, Ummatku, Ummatku ya Jibril" Jibril naik dan berceritakan kepada Allah SWT. Allah memeirntahkan Jibril turun kembali dan mengatakan kepada Rasulullah SAW, "katakanlah padanya ya JIbril bahawa Kami(Allah) akan meredhoi Ummatmu ya Muhammad dan Kami tidak akan menzalimimu"

Bayangkan wahai sahabat, betapa Risaunya baginda kepada kita. Betapa Cintanya baginda kepada kita. Saya memperkatakan, Rasulullah SAW banyak kali menangis kerana Ummatnya, kerana mengingati Ummatnya, kerana rindu ummatnya. Tetapi kita pula? Masih memperkatakan tidak logik untuk merindui seseorang yang hidup 1400 tahun dahulu. yang kita tidak pernah pun jumpa dan lihat?

Anda pasti tahukan kisah Nabi ketika di Thaif. Ketika baginda dibaling batu oleh penduduk Thaif kerana ingin berdakwah kepada mereka. Dan ketika malaikat yang menjaga gunung turun dan memberi tawaran untuk menancurkan gunung2 supaya penduduk Thaif mati ditindih. Anda tahu apa jawapan Baginda? "Walaupun orang-orang ini tidak menerima Islam, saya harap dengan kehendak Allah, pada satu masa nanti anak-anak mereka akan menyembah Allah dan berbakti kepadaNya.

Subhanallah. Maha Suci Allah yang menciptakan seorang Nabi yang sangat penyayang kepada Ummatnya. Jadi, berbalik kepada persoalan saya diawal entry tadi, "Bagaimana mencintai Rasulullah SAW diabad ke-21? Bagi saya, perkara yang pertama yang perlu kita lakukan ialah, beriman dengan sepenuhnya dengan Nabi Muhammad SAW. Kerana, salah satu rukun iman kita ialah, beriman dengan Rasul bukan? Bacalah dan cuba amalkan Sunnah2 Baginda kerana Baginda pernah bersabda, "sesiapa yang tidak mengikuti Sunnah ku, bukan dari kalanganku". Selain itu, cuba anda beli Syamail Muhammad. Sebuah kitab hadith yang dikumpulkan oleh Imam Tirmidzi berkaitan keperibadian Rasulullah SAW. Bagaimana baginda berjalan, bagaimana baginda ketawa, bagaimana rupa baginda yang lebih dari kecantikan bulan. Dan bermacam lagi.

Selai itu, tanamkan azam untuk membaca Sirah Baginda Rasulullah SAW. Jika buku A Doctor in the House kita mampu habiskan, buku tokoh2 barat kita mampu habiskan kenapa bukan buku Sirah Nabi kita sendiri. Bukan tokoh2 itu yang akan memberi syafaat kepada kta, tetapi Baginda SAW yang akan berdiri menunggu kita di Akhirat yang memberi Syafaat kepada kita. Semoga Allah mempermudahkan kita untuk terus mengamalkan Sunnah Rasulullah SAW dan seteursnya kita terpilih untuk menjadi Ummat yang mendokong risalah baginda SAW. :)

‎"Merekalah yang mendokong aku dan yang menolong aku
Merekalah yang mengangkat namaku
Mengingatkan perihal aku ketika manusia melupakanku"


p/s: tanyakan diri anda soalan ini: Apakah wujud rasa cinta, rindu dan kasih akan Nabi kita Muhammad SAW? Atau baginda hanyalah seseorang yang hidup 1400 taun dahulu dan perasaan-perasaan ini tidak wujud pun didalam diri kita? Wallahua'lam. :)

-anak.soleh-