Sunday, April 07, 2013

ibadah itu indah

Panjangku menghela nafas
Memikirkan akan diri yang kian tertewas
Tewas kepada nafsu yang bebas
Tanpa dipayung amal yang ikhlas

Aku melihat diriku dicelahan mereka
Gerombolan manusia yang penuh noda
Menyeret derapan kaki tanpa rela
Memasuki rumah api yang menyala

Dicelahan manusia yang asing
Aku juga melihat aku yang terasing
Leka bersujud kepada Dia yang tiada asing
Ditebing sungai syurga yang tiada kering

Aku meratapi diriku yang berada disana
Namun terbit keriangan melihat aku yang disini
Terbit dihati rasa kesal dan hina
Lalu bangkit refleksi memujuk diri


Lalu ingatanku berkisarkan FirmanNya
Ceritera cinta dikitab yang mulia
Dua jalan yang diilhamkan pada kita
Jalan yang suci atau yang ternoda

Oh! Indahnya merasai kelazatan ibadah
Menghina diri dikeratan tikar sejadah
Meneliti kalam agung kiriman Allah
Inilah jalan mereka yang bergelar Abdullah

Ku menyusun azamku rapi dan kukuh
Bersama iltizamku mencari Cinta Abadi
Akanku tempuh tanpa langkah yang rapuh
Titi bahagia menuju Dia yang Hakiki


Ash-Shams : 8-10

naina

Saturday, April 06, 2013

Wednesday, March 06, 2013

Langkah Bermula!

Mengorak langkahan kaki
Bagai menyeret peti besi
Membayangi nasib diri
Kelak mungkin binasa nanti

Gentar dan takut yang membaluti hati
Lalu menggagali setiap cubaan diri
Dirimu mulai mati dari berlari
Kau karam di lautan ukiran sendiri

Bagai ikan di kali yang kontang
Kau menidakkan azam yang datang
Jasmani mula lemah longlai
Sudahnya rohanimu wafat dan lalai

Lalu dia datang bersama tali persaudaraan
Mengajarmu menongkah deras kehidupan
Didasari manik-manik Islam dan Iman
Kau memijak dunia terus kehadapan

Kiranya kau tahu erti kecekalan
Andai saja kau mengerti nilai keberanian
Pasti dan mesti terpapar satu jawapan
Akan hasil tuai usahamu yang dibayangi Quran

Puji-pujian tersembah suci pada Tuhan
Kau kini merasa manisnya keberanian
Kini kau belajar dari kesilapan
Teruslah berjuang demi Islam dan Iman

Naina

Tuesday, February 05, 2013

Jalinan Kasih



Lahirnya kasih dan cinta

Bukan hikayat bukan ada-adaan

Terbitnya cinta kerana Maha Pencipta

Sucinya kasih sulaman Nur Iman

Mereka bukan sama

Mereka berlainan

Namun mereka bertemu di persimpangan

Bagaikan sepohon pokok yang rendang

Mereka ibarat dahan-dahan yang mewarnai

Mereka bersatu kerana kalimah Ilahi

Mereka bertemu kerana Cinta Sang Nabi

Nama mereka harum terukir didada Kitab Ilahi

Pertemuan agama dan cinta

Maka termaktublah kisah mereka

Dua kaum yang berbeza

Berbeza kisah berbeza halnya

Arakian terjalinlah jalinan kasih

Masihkah maujud insan-insan gaya mereka?

Sanggup memberi tanpa menerima?

Berkongsi atap dan harta?

Tertawa dan bergenang air mata bersama?

Persoalannya siapakah “mereka” yang diceriterakan?

Malaikatkah atau Anbia’kah?

Mereka hanyalah jelmaan manusia gaya kita semua

Merekalah kaum yang mulia

Merekalah yang bernama Kaum Muhajirin dan Ansar

Wahai Allah Maha Kuasa

Moga Ummah kami cerminan khuluk "mereka'

Saturday, January 05, 2013

Iqra'


Iqra’!
Satu kalam suci
Dikhabar dari Sang Ilahi
Buat fahaman insani
Akan hakikat pertaruhan duniawi
Juga bekalan dialam ukhrawi


Iqra’!
Bacalah wahai manusia!
Bersama sebutan namaTuhan
Bersama fakulti akal dan iman
Mentadabur lukisan alam
Mencari hakikat Tuhan dan ciptaan
Disebalik potret kehijauan hutan
Zikir hatimu mengangumi keEsaan


Iqra’!
Disebalik tinta zafran Al-Quran
Terselimut nur Ilmu Tuhan
Buat melodi hati insan
Merasai kehadiran
Allah sang Ilmuwan
Sebagai teman diperjalanan
Berkelana menuntut tafsiran Suci Al-Quran
Buat pegangan akal dan iman
Moga-moga beroleh ketakwaan

Iqra’!
Indah sungguh sabda sang Nabi
Tuntutlah ilmu wahai insani
Bermula dari kelahiran bayi
Keakhiran dikubur mu nanti
Semoga nukilanku ini
Bisa mengukir Cinta buat Ilahi
Agar beroleh kebahagian hakiki
Dari Pemilik hati dan ruhani

 -Naina-

Monday, December 24, 2012

Permohonanku

Wahai Tuhan
Dengarkanlah permohonanku ini
Permohonan yang terbit dibalik muara hati
Permohonan yang berkait hidup dan mati
Wahai Tuhan
Lemahnya sang hamba
Andai bisa dianalogi
Diriku bagai ranting kayu
Hancur rapuh dilanggar ribut
Oh Tuhan
Acapkali ku menangisi noda tanganku sendiri
Namun tangisan itu bagai menitik didedaun keladi
Ia bagai sungai yang mengalir lesu
Tanpa sebarang kesan dihati
Hanya pengucapan taubat terbit dibibirku
Namun tiada panahan dihatiku
Wahai Tuhan
Maluku malu
Akan jalan yang sedang kulangkahi
Dipenuhi arang hitam
Bauan busuk yang berterbangan
Busuk bangkai yang meloyakan
Hasil dari dosa-dosa yang terus terukir
Terukir oleh tanganku yang hina
Tuhan
Aku tahu kau digelar Penyayang dan Pengampun
Namun tidak ku lupa
Akan gelaran Kehebatan dan Kekasaran Azab-Mu
Memikirkan api yang membakar kulitku
Membuatkan ku takut oh Tuhan
Kecil tanganku menadah
Meminta dan merayu Kasih-Mu
Meliliti tubuh kerdil ini
Memintal Ampunan dan Rahmat-Mu
Agar aku sentiasa segar didalam dakapan Cinta-Mu
Sudilah Kau terima Roh ini wahai Tuhan
Agar girang hati ini dilimpahi Redho-Mu..
Oh Tuhan!


Naina