Saturday, November 26, 2011

Bagaimana mencintai Rasulullah SAW diabad ke-21? :)



Dimulakan dengan menyebut Nama Allah, moga penulisan ini diberi keberkatan dan dijauhkan dari niat2 yang serong ketika menulis entry ini. Bagaimana mencintai Rasulullah SAW diabad ke-21? Satu tajuk (dalam bentuk persoalan) yang agak berat untuk saya (seorang yang masih kerdil dalam bidang ilmu-rasanya takkan pernah hebat kerana ilmu Allah itu sangat Luas) kupaskan. Tetapi saya cukup tertarik dengan persoalan ini. Ya, kita sebagai Ummat Rasulullah SAW yang hidup sangat JAUHHHHH selepas wafatnya baginda Ar-Rasul SAW. Logikkah untuk kita mencinta, merindui, mengasihi seseorang yang hidup lebih 1400 tahun dahulu? Sedangkan wajahnya pun kita tak pernah lihat, keperibadiannya pun kita tidak pernah tenungkan. Sukar bukan?

Anda biasa dengar bukan hadith Nabi mengenai betapa Baginda sangat rindu akan ummatnya yang belum wujud lagi diketika baginda masih hidup? Begini bunyinya:


Suatu hari, ketika Rasulullah dalam perjalanan pulang dari Haji Wida’,baginda menangis.Sahabat pun bertanya:”Kenapa kamu menangis wahai Rasulullah?”, Baginda menjawab: “Aku merindui saudaraku”, Sahabat bertanya: “Bukankah kami ini saudaramu wahai Rasulullah?”,Baginda menjawab:”Kamu semua bukan saudaraku tetapi sahabatku,Saudara ku ialah mereka yang datang selepasku,beriman kepadaku walaupun tidak pernah melihatku,Aku merindui mereka,kerana itulah aku menangis”

Wahai sahabat, cuba tanyakan diri anda, bagaimana Rasulullah SAW boleh merindui kita, mencitai kita sedangkan Baginda tidak pernah melihat kita, tidak tau keperibadian kita. Bagaimana Rasulullah SAW sampai menangis kerana begitu kasihkan dan rindukan kita? Sehinggakan Baginda menggelar kita IKHWAN (saudara). Saya tanyakan kepada anda, antara Sahabat dan Saudara, yang mana lebih mesra bunyinya? Saudara itu bermaksud satu hubungn yang sangat rapat. Hubungn anda dengan adik beradik anda, Rapat bukan? Itulah perhubungan yang Nabi wujudkan antara kita dan baginda. Subhanallah. Hadith diatas sangat bermakna bukan?

Saya tanya anda, pernahkah anda tiba2 menangis kerana rindukan Rasulullah SAW? Suatu hari Nabi Muhammad SAW membacakan ayat yang pernah dibacakan oleh Nabi Ibrahim. Ayat tersebut dipetik dari Surah Ibrahim, ayat 36:

"..sesiapa Yang menurutku (dalam Islam Yang menjadi peganganku) maka ia adalah dari golonganku; dan sesiapa Yang menderhaka kepadaKu (dengan menyalahi ugamaku), maka Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (kiranya ia insaf dan bertaubat)"

Maka Rasulullah SAW menangis yang teramat kuat. Sehinggakan Allah mengutuskan Malaikat Jibril untuk turun dan bertanya kepada Rasulullah SAW (pastinya Allah SWT maha Mengetahui segalanya). Ketika Jibril bertanya kenapa Rasulullah SAW menangis, Baginda menjawab sambil menangis; "Ummatku, Ummatku, Ummatku ya Jibril" Jibril naik dan berceritakan kepada Allah SWT. Allah memeirntahkan Jibril turun kembali dan mengatakan kepada Rasulullah SAW, "katakanlah padanya ya JIbril bahawa Kami(Allah) akan meredhoi Ummatmu ya Muhammad dan Kami tidak akan menzalimimu"

Bayangkan wahai sahabat, betapa Risaunya baginda kepada kita. Betapa Cintanya baginda kepada kita. Saya memperkatakan, Rasulullah SAW banyak kali menangis kerana Ummatnya, kerana mengingati Ummatnya, kerana rindu ummatnya. Tetapi kita pula? Masih memperkatakan tidak logik untuk merindui seseorang yang hidup 1400 tahun dahulu. yang kita tidak pernah pun jumpa dan lihat?

Anda pasti tahukan kisah Nabi ketika di Thaif. Ketika baginda dibaling batu oleh penduduk Thaif kerana ingin berdakwah kepada mereka. Dan ketika malaikat yang menjaga gunung turun dan memberi tawaran untuk menancurkan gunung2 supaya penduduk Thaif mati ditindih. Anda tahu apa jawapan Baginda? "Walaupun orang-orang ini tidak menerima Islam, saya harap dengan kehendak Allah, pada satu masa nanti anak-anak mereka akan menyembah Allah dan berbakti kepadaNya.

Subhanallah. Maha Suci Allah yang menciptakan seorang Nabi yang sangat penyayang kepada Ummatnya. Jadi, berbalik kepada persoalan saya diawal entry tadi, "Bagaimana mencintai Rasulullah SAW diabad ke-21? Bagi saya, perkara yang pertama yang perlu kita lakukan ialah, beriman dengan sepenuhnya dengan Nabi Muhammad SAW. Kerana, salah satu rukun iman kita ialah, beriman dengan Rasul bukan? Bacalah dan cuba amalkan Sunnah2 Baginda kerana Baginda pernah bersabda, "sesiapa yang tidak mengikuti Sunnah ku, bukan dari kalanganku". Selain itu, cuba anda beli Syamail Muhammad. Sebuah kitab hadith yang dikumpulkan oleh Imam Tirmidzi berkaitan keperibadian Rasulullah SAW. Bagaimana baginda berjalan, bagaimana baginda ketawa, bagaimana rupa baginda yang lebih dari kecantikan bulan. Dan bermacam lagi.

Selai itu, tanamkan azam untuk membaca Sirah Baginda Rasulullah SAW. Jika buku A Doctor in the House kita mampu habiskan, buku tokoh2 barat kita mampu habiskan kenapa bukan buku Sirah Nabi kita sendiri. Bukan tokoh2 itu yang akan memberi syafaat kepada kta, tetapi Baginda SAW yang akan berdiri menunggu kita di Akhirat yang memberi Syafaat kepada kita. Semoga Allah mempermudahkan kita untuk terus mengamalkan Sunnah Rasulullah SAW dan seteursnya kita terpilih untuk menjadi Ummat yang mendokong risalah baginda SAW. :)

‎"Merekalah yang mendokong aku dan yang menolong aku
Merekalah yang mengangkat namaku
Mengingatkan perihal aku ketika manusia melupakanku"


p/s: tanyakan diri anda soalan ini: Apakah wujud rasa cinta, rindu dan kasih akan Nabi kita Muhammad SAW? Atau baginda hanyalah seseorang yang hidup 1400 taun dahulu dan perasaan-perasaan ini tidak wujud pun didalam diri kita? Wallahua'lam. :)

-anak.soleh-