Friday, December 23, 2011

terkenangku akan keperibadian si dia...

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. :)

Kata orang, bila kita mencintai seseorang tu,pasti kita selalu menyebut-nyebut mengenai si dia. Hati selalu merindui dia. kalau ada surat yang si dia kirimkan, pasti tak jemu-jemu kita membeleknya walau sudah remuk pun surat tu dek kerana kita mengulang-ulang membacanya. Pasti kita suka menceritakan kebaikannya kepada orang lain. Pasti kita berasa senang hati bila mengingatinya. Kan?

Begitulah apa yang dirasai saya diwaktu ini. Hati ini ingin sangat bercerita tentang kebaikannya. Sangat hebat perwatakannya. Rasa rindu hati ni nak bertemunya. Surat dari dia? Banyak sudah diterima. Sudah puluhan kali diulang baca. Tak juga jemu2 diri ini membacanya. :)

Siapakah orangnya? Dialah Baginda Ar-Rasul SAW. Selawat dan Salam dikirimkan padanya. Ya, hati ini teringin bercerita tentang kebaikannya. Ingin sekali saya mengambarkan perwatakan dan akhlak baginda Ar-rasul. Mungkin tidak layak kerana diri ini tidaklah sehebat Sahabat-Sahabat Baginda. Abu Bakar, Umar, Abu Hurairah...Semuanya hebat. Iman mereka sangat mantap. Diri ini? Apa yang ada. Cuma rasa Cinta dan Rindu yang mendalam saja yang saya ada.

Suatu hari, selepas kewafatan Nabi Ar-Rasul SAW, datang seorang Badwi berjumpa Saidina Umar. "wahai Umar, ceritakan kepadaku Akhlak Nabi SAW", tanya sibadwi tu. Jawapan Umar sambil menangis,"wahai sifulan, pergilah kau menemui Bilal dan tanyalah kepadanya".

Jadi sibadwi itu terus pergi menemui Bilal Bin Rabah. Soalan yang sama dilontarkan. Jawapan Bilal sambil menangis, "pergilah kau menemui Ali. Aku tak sanggup menceritakannya". Pelik si badwi itu, tetapi terus juga kakinya melangkah menemui Saidina Ali.

Bertemu saja Saidina Ali, soalan yang sama dilontarkan. "wahai Ali, ceritakan kepada ku Akhlak nabi Muhmmad SAW". Ali pun menjawab, "wahai sifulan, ceritakan kepada ku keindahan dunia ini". Si Badwi itu bersuara, "bagaimana aku boleh menceritakan keindahan dunia ini, tidak ku mampu". Ali pun berkata, "begitulah jua Akhlak nabi, tidak mampu Aku untuk menggambarkannya. Pergilah kau menemui isteri Baginda, Saidatina Aishah".

Bertemu saja Saidatina Aishah, badwi itu bertanya soalan yang sama. Aishah bingung untuk menjawab. Bagaimana bisa dia menggambarkan? Akhirnya die bersuara, "Kana Khuluquhu al-Quran" (sesungguhnya, akhlaknya Al-Quran). Badwi itu bersuara, macam mana aku ingin mengetahui Akhlak baginda, takkan aku nak baca satu Al-Quran baru tahu bagaimana Akhlak Baginda.". Aishah pun berkata, "bacalah surah Al-Mukminun, ayat 1-11". tetapi Si badwi itu masih tidak berpuas hati. Jadi Aishah akhirnya menceritakan pengalamannya sebagai seorang isteri Nabi yang tidak mampu dilupakannya.

"suatu malam, ketika itu aku dan suamiku sudah terbaring diatas katil. Kami sudah pun berada didalam selimut. Tiba-tiba Baginda SAW meminta izinku untuk menemui Tuhannya sebentar. Lalu aku mengizinkannya. Selepas beberapa ketika, aku tersedar dari tidurku dan ketika itu sudah pun masuk waktu Subuh. Gelisah Aishah melihat suaminya tidak berada disisinya. Lalu aku pergi membuka pintu rumah dan aku mendapati suamiku tidur diluar pintu rumah. Aku terkejut lalu membangunkan suamiku. AKu bertanya mengapa kau tidur disini ya Rasulullah. Nabi menjawab, "ketika aku pulang kerumah, kau sudah pun tidur. aku khuatir tidurmu.terganggu, jadi aku tak sanggup mengetuk pintu"

Subhanallah. Maha Suci Allah. Betapa indahnya, mulianya Akhlak baginda AAr-Rasul SAW. Baginda begitu berlembut dengan isteri Baginda. Hatta untuk mengetuk pintu pun baginda tidak sanggup kerana dikhuatiri akan menggangu tidur Aishah. Benarlah sabda baginda SAW, "Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku"

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ

:)

-anak.soleh- :)

Saturday, December 17, 2011

lakonan ragam manusia dipentas dunia.... :)

disiplin juga haiwan ya? :)


....

Lelaki muda berbaju biru, wanita tua berbangsa india yang muram, pakcik peramah yang tersenyum disebalik raut wajah berkedutnya, pemuda india yang menemani ibu tuanya menunggu bas, sikecil yang girang diatas riba bondanya, wanita melayu muda yang mendengar lagu dari blackberrynya, sepasang suami isteri yang berpimpin tangan masuk ke shopping mall, lelaki india tua yang tidur ditepi jalan, peminta sedekah yang tidak henti-henti merayu orang sekeliling, lelaki tua yang begitu masam mukanya.

.......

jejaka kacak yang berjalan penuh gaya disebalik kacamata ray-bannya, sekumpulan gadis berpakaian mencolok mata bergelak tawa di satu sudut ruang, sekawan teruna sibuk menghisap rokok di koridor yang sibuk, wajah wanita yang mempamerkan emosi marah pada anaknya, kereta yang lalu lalang di jalan itu, bas yang laju melalui disebelah wanita bersama ibu tuanya…

.........

Jurujual yang kelihatan sibuk mencari pelanggan, penjual keropok yang ceria mukanya, casher yang tidak henti-henti merungut akan hal teman sebelahnya, kanak-kanak yang girang mencari baju baru disatu sudut, kelihatan wajah kurang ceria seorang ayah mengeluarkan duit di kaunter casher, si ibu yang menenangkan anak kecilnya yang menangis.

...

Ya, semua situasi diatas pasti akan berlaku disekeliling anda ketika anda keluar berjalan. Ibarat wayang gambar yang bermain, mereka disekeliling anda terus bergerak melakonkan watak masing-masing tanpa mengira sesiapa saja berada disisi mereka. Ketawa, tangisan, senyuman semua akan terpancar diwajah mereka. Muka yang manis, muka tang pucat, kusam, masam, sedih dan segala 1001 wajah bermain dikiri kanan anda. Pelbagai watak yang berlakon didalam lakonan dunia. Watak baik si dia yang menolong seorang tua yang buta melintas jalan, tidak dilupakan watak si dia yang meragut seorang ibu tua ditepi jalan yang sibuk. Anda memegang watak apa? Siapa yang menentukan watak anda?...

......

Dia yang berada disatu sudut, melihat kearah satu susuk tubuh memakai baju biru berseluar jeans dibali cermin muka, kelihatan wajahnya sedang muram mimikirkan masalah-masalah yang ada. Tetapi tiba-tiba teringat watak wanita tua yang masam menunggu bas, watak jurujual yang sedih menunggu pelanggan, watak siayah kusam mengeluarkan duit belanja dikaunter, wajah siibu tunggal yang cemas melintas jalan yang sibuk bersama 3 anak kecilnya… Terus wajah lelaki berbaju biru berseluar jeans itu kembali senyum. Tiada lagi wajah muramnya. Kerana dia tahu, setiap orang punya masalahnya masing-masing. Setiap karakter mempunyai takdir masing-masing yang telah pun ditetapkan oleh si-Pengarah jalan cerita dunia ini. Jadi, apa perlunya wajah sedih muram kecewa itu? Teruskanlah melangkah kerana diakhir jalan itu nanti, pasti kau akan merasai rehat yang panjang. Itulah rumah persinggahan kau menunggu masa tiupan kuat dari sang Malaikat menandakan tibanya waktu genting yang menentukan kemana kan kau pergi.. Sama ada ke kanan atau ke kiri. Kau tentukan!

apakah yang di'fikirkan' oleh ayam ni ye?

anak.soleh :)

Friday, December 02, 2011

beginilah sepatutnya reaksi kita .. =)

Anda Sayang Rasul? :)

Assalamualaikum Warahmatullah Wa Barakatu. Innalhamdulillah. Segala Puji bagi Allah, Pemilik kerajaan langit dan bumi. Pencipta segala yang wujud didunia. Penyemai rasa cinta kepada Hati-Hati manusia. Subhanallah, jika ingin ditulis segala kehebatan Allah, pasti tidak mampu saya nukilkan. Terlalu Banyak! Masyaallah, tidaklah semua itu terjadi, tanpa ke-izinannya yang Maha ESA. :)

Saudaraku yang dikasihi,
Jika ada teman2 anda yang melakukan mungkar, apakah tindak balas yang anda akan lakukan? Adakah dihati anda akan wujud perasaan ingin menyisihkan diri mereka dari hidup anda? Adakah anda akan merasakan, diri mereka yang terjerumus dengan kemaksiatan itu hina? Sehinggakan anda merasakan keperluan untuk menjauhkan diri dari mereka? Dan seterusnya membiarkan saja mereka terus asyik didalam "kenikmatan" maksiat itu? Adakah ini yang anda ingin lakukan wahai saudaraku?

Ya, mungkin anda merasakan diri mereka yang leka dengan maksiat duniawi itu tidak perlu diendahkan. Mungkin ada yanag akan mengatakan seperti ini, "alah, mereka yang pilih jalan tu, biarkanlah mereka". Nauzubillah, Minta kita dijauhkan dari berfikir seperti itu. Tahukah anda bahawa Rasulullah SAW amat dekat dengan pesalah2? Tahukah anda bahawa Nabi Muhammad SAW tidak menyisihkan pelaku maksiat? Tahukah anda Rasulullah SAW tidak pernah menghina orang2 yang melakukan maksiat? Subhanallah, hebatnya keperibadian Rasulullah itu. Baginda tidak pernah menyisihkan pelaku maksiat bahkan Baginda sentiasa mendekati para pelaku kesalah.

Inilah yang sepatutnya kita ikuti. Dizaman ini, kita perhatikan masyarakat menyisihkan pelaku-pelaku kesalahan. Mereka yang melakukan kesalahan ini dibiarkan tanpa ada yang sudi mendekati dan memimimpin kembali ke Jalan Sirotul Mustakim. Orang-orang yang baik ini merasakan diri mereka suci dan bersih tanpa dosa. Mereka tidak memperdulikan orang lain yang terjerumus kelembah maksiat. Inikah yang dikatakan Ukhwah Muslimin? Seorang Muslim itu seharusnya saling mengasihi sesama saudaranya. Mengasihi disini merangkumi Skop yang sangat luas. Menegur sahabat yang melakukan kesalah juga sebahagian dari kasih sayang.

Perkara yang paling penting, jangan merasakan diri anda sudah mulia kerana anda rajin melakukan Ibadah dan menjauhi maksiat. Hakikatnya, anda tidak pernh tau apakah kesudahan hidup anda, sama ada mati dalam keadaan Hina atau Mulia. Kan?

Jadi, seharusnya kita sebagai seorang yang bergelar Muslim, Mukmin, mestilah mendekati sahabat2 yang melakukan maksiat. Mereka mungkin tersilap atau terlupa, jadi tanggungjawab kitalah untuk mengingatkan mereka kembali. Jangan pernah merasakan diri anda hebat dengan ibadah2 yang anda lakukan kerana dikhuatiri ia akan berakhir dengan Riak dan Ujub seterusnya meleburkan pahala2 ibadah anda. Mahukah anda menjadi seperti itu? Nauzubillah min zalik. Akhir kata, mari kita hayati kisah ini. Moga disana ada manfaat yang boleh kita ambil, Insyaallah :)


Dalam riwayat Muslim disebutkan bahwa Abu Hurairah r.a berkata, Ketika kami sedang duduk bersama Rasulullah Saw, seorang laki-laki datang seraya berkata, Wahai Rasulullah, binasalah aku!

Rasulullah bertanya, Apa yang terjadi padamu?

Laki-laki itu menjawab, Aku telah melakukan hubungan suami-istri dengan istriku padahal aku sedang berpuasa Ramadhan.

Lalu Rasulullah Saw bertanya, Apakah ada seorang hamba sahaya yang kamu merdekakan?

Dia menjawab, Tidak.

Nabi bertanya lagi, Mampukah kamu melakukan puasa selama dua bulan berturut-turut?

Dia menjawab, Tidak.

Nabi bertanya lagi, Apakah kamu mampu memberi makan sebanyak enam puluh orang miskin?

Dia menjawab, Tidak.

Abu Hurairah berkata, Nabi Saw terdiam sejenak lalu pergi. Pada saat kami masih dalam keadaan terdiam seperti itu, beliau datang membawa sekeranjang kurma seraya bersabda, Mana orang yang bertanya itu?

Laki-laki itu menjawab, Aku di sini.

Nabi berkata, Ambillah kurma ini dan bersedekahlah dengannya.

Lalu laki-laki itu berkata lagi, Wahai Rasulullah, apakah sedekah ini harus aku berikan kepada orang yang lebih miskin daripada aku? Demi Allah, tidak ada satu keluarga pun di antara dua distrik perkampungan ini yang lebih miskin dari aku!

Mendengar jawaban dengan kata-katanya ini, Rasulullah tertawa hingga tampak gigi gerahamnya seraya bersabda, Berilah keluargamu makanan dengan kurma ini.

-anak.soleh- :)

Saturday, November 26, 2011

Bagaimana mencintai Rasulullah SAW diabad ke-21? :)



Dimulakan dengan menyebut Nama Allah, moga penulisan ini diberi keberkatan dan dijauhkan dari niat2 yang serong ketika menulis entry ini. Bagaimana mencintai Rasulullah SAW diabad ke-21? Satu tajuk (dalam bentuk persoalan) yang agak berat untuk saya (seorang yang masih kerdil dalam bidang ilmu-rasanya takkan pernah hebat kerana ilmu Allah itu sangat Luas) kupaskan. Tetapi saya cukup tertarik dengan persoalan ini. Ya, kita sebagai Ummat Rasulullah SAW yang hidup sangat JAUHHHHH selepas wafatnya baginda Ar-Rasul SAW. Logikkah untuk kita mencinta, merindui, mengasihi seseorang yang hidup lebih 1400 tahun dahulu? Sedangkan wajahnya pun kita tak pernah lihat, keperibadiannya pun kita tidak pernah tenungkan. Sukar bukan?

Anda biasa dengar bukan hadith Nabi mengenai betapa Baginda sangat rindu akan ummatnya yang belum wujud lagi diketika baginda masih hidup? Begini bunyinya:


Suatu hari, ketika Rasulullah dalam perjalanan pulang dari Haji Wida’,baginda menangis.Sahabat pun bertanya:”Kenapa kamu menangis wahai Rasulullah?”, Baginda menjawab: “Aku merindui saudaraku”, Sahabat bertanya: “Bukankah kami ini saudaramu wahai Rasulullah?”,Baginda menjawab:”Kamu semua bukan saudaraku tetapi sahabatku,Saudara ku ialah mereka yang datang selepasku,beriman kepadaku walaupun tidak pernah melihatku,Aku merindui mereka,kerana itulah aku menangis”

Wahai sahabat, cuba tanyakan diri anda, bagaimana Rasulullah SAW boleh merindui kita, mencitai kita sedangkan Baginda tidak pernah melihat kita, tidak tau keperibadian kita. Bagaimana Rasulullah SAW sampai menangis kerana begitu kasihkan dan rindukan kita? Sehinggakan Baginda menggelar kita IKHWAN (saudara). Saya tanyakan kepada anda, antara Sahabat dan Saudara, yang mana lebih mesra bunyinya? Saudara itu bermaksud satu hubungn yang sangat rapat. Hubungn anda dengan adik beradik anda, Rapat bukan? Itulah perhubungan yang Nabi wujudkan antara kita dan baginda. Subhanallah. Hadith diatas sangat bermakna bukan?

Saya tanya anda, pernahkah anda tiba2 menangis kerana rindukan Rasulullah SAW? Suatu hari Nabi Muhammad SAW membacakan ayat yang pernah dibacakan oleh Nabi Ibrahim. Ayat tersebut dipetik dari Surah Ibrahim, ayat 36:

"..sesiapa Yang menurutku (dalam Islam Yang menjadi peganganku) maka ia adalah dari golonganku; dan sesiapa Yang menderhaka kepadaKu (dengan menyalahi ugamaku), maka Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (kiranya ia insaf dan bertaubat)"

Maka Rasulullah SAW menangis yang teramat kuat. Sehinggakan Allah mengutuskan Malaikat Jibril untuk turun dan bertanya kepada Rasulullah SAW (pastinya Allah SWT maha Mengetahui segalanya). Ketika Jibril bertanya kenapa Rasulullah SAW menangis, Baginda menjawab sambil menangis; "Ummatku, Ummatku, Ummatku ya Jibril" Jibril naik dan berceritakan kepada Allah SWT. Allah memeirntahkan Jibril turun kembali dan mengatakan kepada Rasulullah SAW, "katakanlah padanya ya JIbril bahawa Kami(Allah) akan meredhoi Ummatmu ya Muhammad dan Kami tidak akan menzalimimu"

Bayangkan wahai sahabat, betapa Risaunya baginda kepada kita. Betapa Cintanya baginda kepada kita. Saya memperkatakan, Rasulullah SAW banyak kali menangis kerana Ummatnya, kerana mengingati Ummatnya, kerana rindu ummatnya. Tetapi kita pula? Masih memperkatakan tidak logik untuk merindui seseorang yang hidup 1400 tahun dahulu. yang kita tidak pernah pun jumpa dan lihat?

Anda pasti tahukan kisah Nabi ketika di Thaif. Ketika baginda dibaling batu oleh penduduk Thaif kerana ingin berdakwah kepada mereka. Dan ketika malaikat yang menjaga gunung turun dan memberi tawaran untuk menancurkan gunung2 supaya penduduk Thaif mati ditindih. Anda tahu apa jawapan Baginda? "Walaupun orang-orang ini tidak menerima Islam, saya harap dengan kehendak Allah, pada satu masa nanti anak-anak mereka akan menyembah Allah dan berbakti kepadaNya.

Subhanallah. Maha Suci Allah yang menciptakan seorang Nabi yang sangat penyayang kepada Ummatnya. Jadi, berbalik kepada persoalan saya diawal entry tadi, "Bagaimana mencintai Rasulullah SAW diabad ke-21? Bagi saya, perkara yang pertama yang perlu kita lakukan ialah, beriman dengan sepenuhnya dengan Nabi Muhammad SAW. Kerana, salah satu rukun iman kita ialah, beriman dengan Rasul bukan? Bacalah dan cuba amalkan Sunnah2 Baginda kerana Baginda pernah bersabda, "sesiapa yang tidak mengikuti Sunnah ku, bukan dari kalanganku". Selain itu, cuba anda beli Syamail Muhammad. Sebuah kitab hadith yang dikumpulkan oleh Imam Tirmidzi berkaitan keperibadian Rasulullah SAW. Bagaimana baginda berjalan, bagaimana baginda ketawa, bagaimana rupa baginda yang lebih dari kecantikan bulan. Dan bermacam lagi.

Selai itu, tanamkan azam untuk membaca Sirah Baginda Rasulullah SAW. Jika buku A Doctor in the House kita mampu habiskan, buku tokoh2 barat kita mampu habiskan kenapa bukan buku Sirah Nabi kita sendiri. Bukan tokoh2 itu yang akan memberi syafaat kepada kta, tetapi Baginda SAW yang akan berdiri menunggu kita di Akhirat yang memberi Syafaat kepada kita. Semoga Allah mempermudahkan kita untuk terus mengamalkan Sunnah Rasulullah SAW dan seteursnya kita terpilih untuk menjadi Ummat yang mendokong risalah baginda SAW. :)

‎"Merekalah yang mendokong aku dan yang menolong aku
Merekalah yang mengangkat namaku
Mengingatkan perihal aku ketika manusia melupakanku"


p/s: tanyakan diri anda soalan ini: Apakah wujud rasa cinta, rindu dan kasih akan Nabi kita Muhammad SAW? Atau baginda hanyalah seseorang yang hidup 1400 taun dahulu dan perasaan-perasaan ini tidak wujud pun didalam diri kita? Wallahua'lam. :)

-anak.soleh-

Monday, October 17, 2011

hakim says: my Confession.. I Love You. =)

I Love You O Rasulullah ^__^

Jika orang bertanya kepada Saya, “mahukah anda melihat rupa Rasulullah?” Pasti saya menjawab, “andai Allah pertemukan saya dengan Rasulullah, pasti saya tidak akan melupakan wajahnya walau sebentar”. Ya, siapa yang tidak mahu melihat raut wajah Baginda Rasulullah? Pasti setiap dari mereka yang bernama Muslim mempunyai keinginan untuk berjumpa Baginda Ar-Rasul Habibullah SAW.

Mahukah anda saya ceritakan baginda susuk tubuh Baginda Ar-Rasul? Inginkah anda saya gambarkan bagaimana rambut baginda, cara jalan baginda, pakain baginda dan segalanya tentang baginda?
Insyaallah, pada entry saya ingin berkongsi dengan sebahagian hadith-hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi mengenai keperibadian baginda Ar-Rasul SAW. Semoga dengan usaha kecil ini dapat membangkitkan rasa rindu, kasih dan cinta kita kepada Rasululah SAW, pembawa Rahmat ke seluruh alam ini. ^__^

Saya mulakan dengan satu ayat Quran dimana Allah berfirman didalam surah al-Ahzab ayat 21:

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)”

Baiklah, di dalam satu hadith riwayat Imam At-Tirmizi, Imam Bukhari, Imam Muslim dan Imam Ahmad, bentuk fizikal Rasulullah SAW digambarkan seperti ini:

“Rasulullah Saw memiliki perwatakan yang sedang, tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu pendek. Tubuh baginda menarik”
Anas Bin Malik pula meriwayatkan “postur tubuh Rasulullah tidak terlalu tinggi, tidak terlalu rendah. Kulit beliau putih dan tidak gelap. Rambut baginda tidak kerentig dan tidak pula lurus tergerai..” Selain itu, didalam hadith lain Anas Bin Malik juga mengatakan, “ketika berjalan tubuh Baginda tegap”. Al-Bara’ ibn Azib r.a. pula meriwayatkan, “aku belum pernah melihat seseorang yang lebih tampan daripada Baginda” dan dia juga meriwayatkan, “hujung rambut baginda menyentuh bahagian bawah telinga baginda”
Ali ibn Abi Talib pula meriwayatkan bahawa, “..Rasulullah SAW mempunyai karekter yang paling lembut, dan cara bergaul baginda adalah yang paling mulia. Jabir ibn Samurah meriwayatkan, “mata Rasulullah putih kemerah-merahan dan daging tumir baginda sedikit”. Di dalam hadith lain, beliau meriwayatkan, “Saya melihat Rasulullah pada sebuah malam yang terang benderang dengan Bulan. Beliau mengenakan baju merah. Saya menatap baginda dan memandang bulan. Sungguh menurutku beliau lebih indah daripada bulan”

Itu ialah bentuk fizikal Rasulullah serba sedikit. Bagaimana pula dengan pakaiannya? Menurut satu hadith riwayat Ummu Salamah, katanya “Pakaian yang paling disukai Rasulullah ialah pakaian Gamis”. Asma’ bt Zaid pula meriwayatkan bahawa “panjang lengan baju Rasulullah hingga pergelangan tangan” Bara’ bin Azib pula meriwayatkan, “Saya tidak pernah melihat seseorang pun yang lebih baik ketika mengenakan pakaian berwarna merah daripada Rasulullah..”

Rasulullah Saw mempunyai gaya tersendiri ketika baginda berjalan. Menurut hadith yang diriwayatkan Abu Hurairah, “baginda Rasulullah SAW berjalan cepat sehinggakan kami harus memaksa diri untuk berjalan seperti itu dan baginda tidak peduli akan rasa lelah kami”. Menurut Ali bin Abi Talib pula, “Ar-Rasul berjalan dengan mengangkat kaki seakan-akan beliau sedang menuruni tanah yang landai” dan menurutnya lagi, “Rasulullah SAW berjalan dengan tubuh Baginda tegap seperti sedang menuruni tanah yang landai”

Ok, bagaimana pula cara Baginda berbicara? Menurut Isteri Tercintanya, Aishah r.a. beliau meriwayatkan bahawa, “Rasulullah SAW tidak pernah berbicara seperti kalian yang sangat cepat. Baginda berbicara dengan jelas dan terperinci sehingga orang yang duduk bersamanya dapat menghafal apa yang diperkatakannya”. Selain itu, didalam riwayat Anas bin Malik, dikatakan bahawa “Rasulullah Saw mengulangi perkataan beliau sebanyak 3 kali agar bias dipahami oleh pendengarnya”.

Berkaitan cara Rasulullah tertawa pula, menurut Abdullah bin Harith, beliau meriwayatkan bahawa “Saya tidak pernah melihat seseorang yang lebih sering tersenyum daripada Rasulullah” manakala Jabir bin Samah pula meriwayatkan tawa Rasulullah SAW ialah senyum”

Begitulah serba sedikit yang mampu saya nukilkan mengenai Keberipadian Agung, Ar-Rasul SAW. Segala-galanya tentang baginda amatlah indah. Baginda merupakan seorang manusia yang sangat indah akhlaknya, baik pekertinya dan penuh kasihnya kepada Umatnya ini. Ketahuilah ketika orang lain diambang maut, hanya ucapan “aduh sakit…sakit..sakit. Berikan aku air, berikan aku ubat..” Tetapi tidak Rasulullah. Diambang kewafatan Baginda, baginda sempat lagi mengucapkan, “Umatku, umatku, umatku…”. Betapa besarnya ingatan baginda kepada kita.

Dikala menulis entry ini, saya teringat satu hadith yang sangat menyentuh hati. Suatu hari ketika Rasulullah dalam perjalanan pulang dari Haji Wida’,baginda menangis.Sahabat pun bertanya:”Kenapa kamu menangis wahai Rasulullah?”, Baginda menjawab: “Aku merindui saudaraku”, Sahabat bertanya: “Bukankah kami ini saudaramu wahai Rasulullah?”,Baginda menjawab:”Kamu semua bukan saudaraku tetapi sahabatku,Saudara ku ialah mereka yang datang selepasku,beriman kepadaku walaupun tidak pernah melihatku,Aku merindui mereka,kerana itulah aku menangis”

Didalam hadith yang lain, ketika didalam majlis bersama Sahabat2, Rasulullah pernah mengatakan “Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah. "Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu. Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.

Subhanallah, Ya Rasullullah, Aku Sangat Cinta dan Kasih akanmu!! =)


-anak.soleh-

Wednesday, October 05, 2011

Malik Bin Dinar pun berkata "Telah datang wahai Tuhanku!"

Ku mulakan tulisan ini dengan Bismillahirrahmanirrahim. jari-jariku ini digerakkan dengan menyebut Dengan Nama Allah-Rabbku dan Rabbmu. Dialah yang sesungguhnya Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Alhamdulillah, sangat bersyukur ku rasakan kerana setelah lama tidak menulis, Allah izinkan kembali untuk diri ini menulis. Puji-pujian hanya untuk Dia, Allah semesta Alam.

Pernahkah kalian mendengar kisah Malik bin Dinar? Seorang Tabi'in yang dahulunya hidup penuh dengan dosa dan noda tetapi akhirnya bertaubat dan menjadi hamba Allah yang sangat soleh. Ia selalu menangis sambil menyebut, "Ya Rabbku, Kau sendirilah yang tahu penghuni surga dan penghuni neraka, lalu aku termasuk yang mana? Ya Allah jadikanlah aku dari penghuni surga dan jangan Kau jadikan aku dari peghuni neraka"

Ia pernah berkata, "aku mulakan hidupku dengan sia-sia, banyak minum khamar dan berbuat maksiat. Aku Zalim kepada manusia dan mengambil hak orang lain, makan Riba, memukul manusia dan bermacam-macam lagi. Tiada maksiat yang tidak pernah aku lakukan. Aku sangat jahat sehingga semua manusia menjauhiku"

Tetapi, satu hari, si Malik bin Dinar teringin untuk bernikah. Lalu dia mencari seorang wanita dan mengahwininya dan tak lama kemudian, dia dikurniakan anak perempuan yang dinamakan Fatimah. Semakin membesar fatimah, semakin Malik meninggalkan maksiat2nya. Malik berkata "mungkin Fatimah tahu kalau aku ingin minum khamar, lalu dia datang dekat padaku sehingga membuatkan aku menjauhi botol khamar itu" Setiap kali Fatimah bertambah besar, iman Malik kian bertambah dan semakin selangkah dia lebih dekat kepada Allah seterusnya dia semakin jauh meninggalkan maksiat.

Tetapi, pada suatu hari, ketika Fatimah berumur 3 tahun, dia meninggal dunia. Akibat terlalu sedih dan kecewa, Malik kembali kepada sikapnya yang asal malah lebih teruk. Sehingga suatu hari Syaitan menghasutnya dengan berkata "Mabuklah kau yang mana kau belum pernah mabuk seperti itu sebelumnya.." Maka Malik pun meminum khamar sepanjang malam. lalu dia bermimpi melihat dirinya pada hari kiamat.

Katanya, "Ketika itu matahari bertukar menjadi gelap, lautan bertukar menjadi api, bumi bergoncang dan manusia berkumpul berbondong-bondong. Muka2 mereka bertukar menjadi hitam kerana ketakutan. Kemudian aku mendengar namaku diseru. ketika itu tiba2 seluruh manusia tadi hilang tinggal aku keseorangan. Lalu datang seekor Ular yang sangat besar ingin memakan ku. aku berlari ketakutan untuk mengelak dari dimakan Ular yang sangat besar itu. Kemudian aku ternampak seorang lelaki tua lalu aku meminta pertolongannya. Lelaki tua itu berkata "aku sangat lemah, aku tak mampu tolong kau. Pergilah lari kearah ini mungkin kau akan selamat"

Lalu aku berlari kearah yang dikatakan lelaki tua itu. Ular itu berada dibelakang ku dan neraka berada didepan aku. Lalu aku terfikir apakah aku akan lari dari Ular itu dan masuk keneraka? Lalu aku segera kembali lari kearah lelaki tua itu dan ular semakin hampir dengan ku. Aku pun berkata kepada lelaki tua itu "tolonglah aku, selamatkanlah aku" Lelaki tu itu menangis dan kasihan akan ku lalu berkata "Aku pun lemah seperti yang kau lihat, aku tidak mampu melakukan apa-apa tetapi larilah kau kearah gunung itu mungkin kau akan selamat"

Aku pun berlari ke gunung itu dan ular sudah hampir menyambar aku. Lalu aku melihat diatas gunung itu ramai kanak-kanak kecil, mereka berteriak, "wahai Fatimah temuilah bapamu! temuilah bapamu!

Baru aku sedar rupanya Fatimah berada diatas gunung itu. Dia menolongku dengan mengusir ular besar itu. Ketika itu aku berada dalam ketakutan yang mendalam. Kemudian Fatimah berkata, "wahai bapaku, belumkah datang waktunya bagi orang2 yang beriman untuk tunduk hati mereka menginati Allah?" AKu bertanya kepadanya, "beritahulah kepada ku tentang ular besar itu" lalu Fatimah menjawab itulah dosa2mu wahai ayah. Dosa mu sangat banyak sehingga ia ingin memakan kau hari ini. Dan lelaki tua itu ialah amalan solehmu, kau telah melemahkannya dan dia menangis melihat keadaanmu hari ini dan tidak mampu melakukan apa2. Sekiranya kau tidak melahirkan aku, dan aku mati ketika masih kecil tentu tidak ada apa2 yang bermanfaat untukmu"

Aku pun terbangun dari tidurku sambil berteriak, telah datang wahai Tuhanku, telah datang wahai tuhanku!.. "Belumkah datang waktunya bagi orang2 beriman untuk tunduk hati mereka mengingati Allah.."

Aku pun mandi dan keluar ke masjid untuk solat subuh, aku ingin BERTAUBAT, dan kembali kepada Allah. Ketika aku masuk masjid, si Imam sedang membaca ayat...

"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk tunduk hati mereka mengingati Allah..
(Al-Hadid, 16)


Sekian dahulu untuk entry kali ini... Wassalam
-anak.soleh-

Monday, September 19, 2011

Kuncinya, Rebut nikmat sihat itu sebelum datang sakit itu..

Sabda Nabi Muhammad SAW dalam kata lain- "rebutlah Masa sihatmu sebelum datang masa sakitmu"

Ya, memang benar, rebutlah masa sihat kalian sebelum datang masa sakit kalian. Percayalah, masa hidup mu tak panjang. Hari ni kau gembira tertawa bersama sahabatmu, esok kau menangis sendirian di katilmu. Terbaring kesakitan. Ketika itu akan muncullah memori2 mu yang indah yang pernah berlaku semasa kau sihat. Kau akan teringat masa kau makan bersama keluargamu, kau akan terkenang masa bermain bersama temanmu dan ketika itu mungkin air mata mu akan mengalir, mengenangkan dirimu yang sedang terbaring kesakitan di atas katil.
Azrul Hisham

Semalam saya dan teman2 kelas yang lain bermusafir dengan hajat untuk melawat sahabat kami Azrul Hisham di Johor. Beliau merupakan sahabat sekelas kami. Kini dia menghadapi sakit Buah Pinggang. Kedua-dua buah pinggangnya gagal berfungsi dan kini beliau hanya bergantung kepada mesin Dialisis untuk meneruskan hidupnya. Seminggu beliau perlu dialisis sebanyak 3 kali. Bila mendengar perkongsian darinya, Ya ALLAh, dalam hati ini berasa betapa diri manusia ini sangat lemah. Betapa hidup kita ini hanya bergantung kepada Allah SWT. Jika Dia menarik satu saja nikmat dari badan kita, pasti kita akan melalui kehidupan yang sukar. Medengar pengalaman Sahabat kami ini ketika mula2 menghidapi penyakit ini amat menyedihkan. Beliau muntah2 darah, 2 bulan tiada selera makan, pening2 kepala, pitam, mimpi2 yang menakutkan dan bermacam-macam lagi. Kasihannya. Dengan bekalan ubat2 yang banyak. Sehinggakan, ada satu jenis ubat itu dia perlu mengambilnya sebanyak 4 biji sekali makan. Itulah dose yang paling maksimum. Allahuakbar.


Air pula, dia hanya boleh minum sehari sebanyak 500-750 ML sahaja. Lebih kurang air mineral botol kecil. Bayangkan jika anda pada semalamnya boleh minum air bergas bermacam-macam perisa, makan sebanyak mana anda ingin, tetapi tiba2 hari ini nikmat2 itu telah ditarik dari anda? Apakah perasaan anda? Bersediakah anda? Adakah ketika itu anda akan mula berasa menyesal kerana tidak BETUL2 MEREBUT nikmat sihat anda dahulu? Cuba muhasabah semula. Adakah ketika kita sihat ini kita sudah banyak melakukan amal kebaikan?
mendengar perkongsian pengalaman dr Sham

krew lawatan ^__^
Jika harini anda mampu berlari, anda mampu makan apa sahaja yang anda inginkan, anda mampu minum sebanyak mana anda idamkan, ingatlah sahabat, nikmat itu tidak kekal. Ia bersifat pinjaman dari DIA. Ia tidak kekal. Suatu hari nanti nikmat2 ini pasti akan hilang dari sisi anda. Jadi, selagi anda mampu merebut nikmat sihat ini, selagi anda mampu grab nikmat sihat ini, gunakanlah ia dengan sebaiknya. Ingatlah pesan nabi, Rebutlah nikmat sihat sebelum datangnya nikmat sakit. Sesungguhnya sabda Baginda amat benar dan bermanfaat. ^__^


P/S- Jaga Diet Pemakanan anda. Jangan main sumbat je ye ^__^
anak.soleh ^__^


Thursday, September 08, 2011

Trivia : Model kena pakai tudung di Kedah ^__^

^__^

Setting: didalam kereta sedang bersiar-siar di dlam bandar Alor Star.


budk 5 taun: Bang, model2 papan iklan kat Alor Star kene pakai tudg ye?


budk 20 taun: Aah. ade gak abg dgr aritu sebb PAS tadbir negeri ni.


budk 5 taun: Wahh comelnye akk tu pakai tudg bang. yang kat iklan nescafe tu. kan?


budk 20 taun: oh..hmm ok la. boleh tahn la. tengok tulisan pun dalm jawi. Good2.


budk 5 taun: aah la bang, tulisan jawi. adik ade belajr kr taski abim. adik bolh baca jawi tau!


budk 5 taun: Eh2 bang. Nape de gak model tak paki tudg ni? (mood : Cemas)


budk 20 taun: yeke, mane die?


budk 5 taun: Tuuu.. yang tulis Daulat Tuanku tu.


budk 20 taun: Ergh?? hmm itu no comment la dik oi.. ^__^


-anak.soleh- =)


Wednesday, September 07, 2011

mengaplikasikan PAC-Man didalam hidup kita..^__^ Jom2!

Seorang Muslim ibarat Pac-Man ^__^

Assalamualaikum WBT. Apa kabar semua? Semoga kalian sentiasa berada didalam Rahmat Allah. Sedar tak sedar, dikala ini kita masih lagi dikurniakan bermacam-macam nikmat Allah. Saya baru sahaja mengambil lunch. Alhamdulillah masakan mak memang sedap. Alhamdulillah Allah masih kurniakan saya nikmat makanan yang sedap, dari air tangan ibunda tercinta.

Walaupun baru saja kita melakukan maksiat kepada Allah (cthnya: mengumpat, menipu atau berasa marah dengan kesusahan yang kita terima) masih lagi Allah kurniakan nikmat kepada kita. Subhanallah. Maha Suci Engkau. Sang Pemurah dan Penyayang.

Anda semua pasti tahukan GAME PAC-MAN? Pasti pernah main kan game ni? Atau mungkin ada yang masih belum kenal dengan game ini?

Pac-Man ^__^

Saya ceritakan dahulu introduction game ni. Game ini diasakan oleh seorang warga Jepun. Asalnya game ini dinamakan sebagai PAKKU-MAN. Kemudian diubah kepada PUCK-MAN. Tetapi setelah ia memasuki negara2 eropah/barat, ia dipanggil PAC-MAN. Game ni simple je. si PEMAIN mesti cuba lari dari dimakan 4 Hantu yang dinamakan Blinky, Pinky, Inky dan Clyde. Pemain juga mesti makan sebanyak mungkin dot2 putih untuk mengumpul mata. Selain itu, si pemain juga boleh melemahkan hantu2 itu jika dia berjaya mendapatkan PIL KUAT. Pil ini boleh menjadikan hantu2 itu lemah dan pemain boleh makan hantu2 ini ketika mereka menjadi lemah. Kesannya, pemain akan mendapat mata yang berganda! Game ini kan berakhir jika kesemua nyawa pemain habis. OK. Itu serba sedikit tentang game PAC-MAN ini.

Apa motif saya ceritakan tentang game PAC-MAN ini? Haaa.. Anda semua perasan tak, game ini seperti melambangkan kehidupan seharian kita sebagai seorang Muslim?
Baiklah, bermula dengan si pemain sebagai seorang Muslim. Dia menjalani kehidupan sehariannya. Apa motif penciptaannya sebagai seorang manusia dan muslim?

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. 
(Az-Zari'at, 56)

Jadi, sebagai Hamba Allah kita mestilah beribadah kepada Allah sahaja. Kita mesti mencari all possible ways untuk beribadah kepada Allah semata-mata. Kita haruslah mengutip segala buah2 keimanan dan permata2 ketakwaan di sepanjang perjalanan kehidupan kita ini. Seperti didalam Game PAC-MAN, si pemain mestilah mengutip segala dot2 putih(permata2 keimanan seperti menolong orang susah, bersedekah, baca quran & etc) untuk mendapatkan mata yang banyak(mendapatkan pahala yang banyak).

Dalam proses mencari permata-permata keimanan itu, ada pula yang cuba menhalang. Siapa itu? itulah dia si Iblis (Blinky), si syaitan (Pinky), si nafsu (Inky) dan juga teman2 yang kufur dan cuba mengajak kita kejalan serong (Clyde). Apa yang perlu kita lakukan? Seperti didalam game PAC-MAN, si pemain mesti avoid dari 4 hantu itu, samalah kita sebagai seorang Muslim! Kita juga mestilah menjauhkan diri dari terpengaruh dengan iblis, syaitan, nafsu dan teman yang kufur. Dan jika kita berjaya menanam keimanan yang kuat didalm hati kita, seperti PAC-MAN yang berjaya mendapatkan PIL KUAT, kita mampu mengalahkan segala pujuk rayu syitan malah jika kita mampu, kita boleh mengajak kawan2 kita yang terpesong ke rah jalan yang lurus..=)

Hantu Pac-Man VS Jentera Iblis

 So, does it make a sense? harap2 adalah. Itulah dia serba sedikit sharing yang saya mampu nukilkan. Idea ini tiba2 datang semalam. Alhamdulillah, Allah kurniakan idea ni. dan Alhamdulillah saya mampu menukilkannya disini buat tatapan sahabat2 supaya kita semua boleh mengambil manfaat darinya. ^__^

Sekian dahulu, moga bermanfaat kepada seluruh muslimin dan muslimat. Wassalam.

p/s- lepas ni, kalau nak main PAC-MAN, imagine anda sedang melalui kehidupan anda sebagai muslim dan jangan sesekali termakan oleh tipu daya 4 hantu itu. ^__^

hantu-hantu PAC-Man ^__^

KHALAS!! ^__^


-anak.soleh-

Monday, September 05, 2011

Seorang Aku dan Seorang Dia.. dan perbualan itu bermula..

Masa: 6 Pm
Lokasi: Hospital Awam
Pihak Terlibat: Seorang Aku dan Seorang Dia

katil seorang dia yang sudah pergi menemui-Nya..

Seorang Aku: Assalamualaikum. eh adik, dari tadi abang tengok seorang diri je. Mak ayah tak datang melawat?


Seorang Dia: Waalaikumusalam Warahmatullah Wabarakatuh. Aah bang, sorg je. Sape la nak melawat saya ni. Mak ayah pun sibuk sangat cari rezeki untuk keluarga saya.

Seorang Aku: OOoo. Adik tak makn ke? Nasi hospital tu tak terusik pun. Knape? Takde selera ke?

Seorang Dia: Tulah bang..orang lain mak ayah deyorg tolg suapkan, tolg temankn makan. Saya sorg2 je. nak mkn pun tkde mood. Sayu je hati ni rasa..


Seorang Aku: Hurm.. Tulah dik, nasib mnusia ni bukn semua sama. Allah jadikan nasib kita berbeza-beza. Allah dah tetapkan rezeki masing-masing.

Seorang Dia: Tau bang, saya redho atas ujian Allah ni. DIa Maha Mengetahui. Dia Tahu apa yang terbaik untuk saya. Walaupun kaki kanan saya dh takde, tpi stil Allah masih bagi saya nikmat bernafas udara segar ni. Ada orang yang sakit athma susah nak bernafas. Btul tak?

Seorang Aku: Betul. Bukan semua org berfikiran positif macam ni. Insyaallah, adik sntiasa akan dirahmati Allah SWT.

Seorang Dia: Tapi kan bang, perasan tak, ramai orang yang cukup nikmat Allah berikan, kesihatan yang baik, cukup panca indera tapi berani terang-terangan buat maksiat. Hari tu saya nampak selamba je remaja laki perempuan berjalan bepegang tangan, bergelak tawa. Pastu saya tengok kat TV, ramai orang Islam yang pergi konsert2 lagu, langsung tak ingt nak solat magrib. Ada permpuan yang pakai seksi bergelek-gelek sambil diperhati oleh laki2 sekeliling die. Deyorg semua tak takut ke azab Allah bang? Kalaulah Allah tarik nikmat kaki deoyrg mcm saya ni, baru deyorg nak blaja nak menghargai nikmat2 tu kot.

Seorang Aku: (terasa juga diri ni. Serba cukup nikmat Allah berikan, tetapi sedihnya nikmat2 ni digunakan kearah jalan yang menyimpang) Astargfirullah. Betullah dik. Betul sgt apa yang adik cakap tu. Terima kasih banyak2 atas peringatan adik tu.

Seorang Dia: Saya ni bang, walaupun cacat, orang gelar saya kurang upaya, tapi saya dah belajar macam2 karenah orang. Dah 3 tahun saya jadi penghuni hospital ni, dah macam2 orang keluar masuk dari wad ni. Ada yang buta, pekak, sindrom down, lumpuh, melecur 90%, otak lemab, dan mcm2 lagi. Semua ni mambuatkan saya rasa insaf dan bersyukur atas kurniaan Allah. Ada orang yang lebih teruk 10 kali ganda dari saya bang.

Seorang Aku: (Didalam hati) - aku cuba bermuhasabah semula tentang diri ni. Sudah lebih 2 dekad nyawa ini berjalan, masih belum mencapai kemanisan Iman itu. Solat pula masih belum khusyuk, akhlak juga masih belum cukup cantik. Astargfurullah. Ya Allah, malunya aku dengan hamba-Mu dihadapan aku ni! Perlahan-lahan diri ini mula mencari cahaya itu. Cahaya keimanan yang sangat indah itu!

Seorang Dia: Bang, saya kena pergi dulu ni. Saya dah dapat panggilan dari kekasih saya. Mungkin kejap lagi, pembantu dia datang ambil saya.

Seorang Aku: Ha? Awak ada kekasih? macam mana boleh kenal? Sejak bila?

Seorang Dia: Sambil tersenyum menjawab; sejak azali bang.. Saya pergi dulu ye. Assalamualaikum.

lantas terjaga dari lena..seorang aku itu terpinga-pinga memikirkan mimpi panjang itu tadi. Jam menunjukkan pukul 4.30 pagi. Minda terus ligat berfikir, kenapa adik yang tidur katil didepan aku muncul didalam mimpiku? Sejak aku masuk wad ni, tak penah aku nak sembang dengan dia. Tapi nape tibe2 die muncul dalam mimpi aku? Kelihatan beberapa jururawat dan seorang doktor muda mengelilingi katil adik itu. Apa jadi ni? Lantas aku bertanya seorang jururawat yang berdiri dekat dengan katil ku. Apa terjadi kak? Lantas dia mnjawab, "adik itu dah meninggal 5 minit lalu. . Ada komplikasi didalam otak dia".

Ya Allah! Dan Seorang Aku itu terus SPEACHLESS!!!!


-anak.soleh-

Saturday, September 03, 2011

nikmat berkeluarga ^__^

Tergambar senyuman ceria ^_^
Sesungguhnya nikmat dari Allah itu memang sangat banyak! Nikmat kesihatan yang baik, umur yang panjang, nikmat makanan dan minuman yang enak dan lazat, nikmat mendapat pendidikan yang formal dan macam-macam nikmat lagi. Tidak dilupa juga nikmat berkeluarga. Ya, nikmat berkeluarga merupakan satu nikmat yang sangat manis. Allah kurniakan setiap dari kita dengan orang-orang sekeliling kita yang sayangkan kita, yang acknowledge kewujudan kita, yang menghargai kita dan menerima kita seadanya. Cuba bayangkan jika Allah jadikan kita hidup sendirian tanpa keluarga, tanpa teman, hidup sebatang kara tanpa ada yang menemani, tiada yang memperakui kewujudan kita dimuka bumi ini, yang tidak menghargai sebarang kejayaan kita dan yang tidak mengasihi kita, adakah kita akan berasa bahagia?

Anak-anak zaman sekarang ramai yang menderhakai ibubapa mereka sama ada secara mereka sedari mahupun tidak. Derhaka secara terang-terangan seperti meninggi suara, tidak mempedulikan mereka atau berlaku zalim terhadap mereka. bagaimana pula secara tidak kita sedari? Contohnya jarang pulang kerumah, jenuh mak ayah kita call pulang balik tapi kita tidak juga pulang, atau kita merasakan mereka itu beban dalam hidup kita.
 
inilah keluargaku..=)


Jadi, apa yang ingin saya tekan kan disini, selagi kita mempunyai mak ayah, adik beradik dan keluarga atau teman, hargailah ia. Jangan kita berangan-angan ingin hidup seorang diri kerana manusia itu diciptakan untuk hidup didalam jemaah atau secara bermasyarakat. Ketahuilah sesungguhnya nikmat berkeluarga itu satu nikmat yang indah dan menggembirakan! ^__^


mereka saudaraku =)
bersama ibuku tercinta ^__^
bersama anak buahku tercinta =)

ibuku bersama cucu kesayangannya ^__^



















anak.soleh =)

Sunday, August 28, 2011

Melihat karenah manusia mencari Lailatul-Qadar =)

"Eh malam ni hujan renyai2 lah, mesti malam Lailatul-Qadar ni" Berkata seorang hamba Allah. "Jom kita baca Al-Quran". Rugi nanti! malam 1000 bulan ni, berkatanya lagi.

Eh, ko sebelum2 ni tak penah2 baca Al-Quran pun? Napa malam ni yang tiba2 ditakdirkan hujan ko pun bersusah payah nak baca Al-Quran?

Haaa, sebab tulah Allah merahsiakan malam mulia ini. Kalau tak semua orang akan buat qiyam hanya satu malam je didalam bulan ramadhan. lagi 29/28 malam yang lain spent untuk tidur!

Ada pula yang yakin malam 27 ialah malam lailatul qadar. So sebelum tidur dah set alarm nk bangun awal. tup tup masa berlalu kul 3 pagi, tak bangun lagi, pukul 4 pagi tak juga bangun, 5.30 pagi baru lah bangun. tapi tak sempat nak solat dh sebb nak sahur. So pagi tu rasa frust gler! Tnsion rasa hati terlepas lailatul-qadar. Semua ni trjadi gara-gara terlampau yakin malam 27 is malam lailatul qadar. So malam yang berikutnya dah taknak bangun malam, yela lailatul qadar kan dah lepas semalam?

gambar sekadar hiasan ^__^

itulah antara karenah manusia. Pndai-pandai je judge bila malam lailatul qadar. Sedangkan malam mulia ini hanya diketahui oleh Allah dan malaikat-Nya. Siapalah kita untuk berkata malam lailatul-qadar itu harini, or semalam or bila-bila lah.

ibadah itu harusnya istiqamah! ^__^

So, moral of the story: Beribadatlah anda selalu tanpa mengira masa. Biarlah malam apa pun, tetapkanlah istiqamah melakukan ibadah! ^__^

p/s: seperti kahtib solat jumaat di surau manjung berkata: jangan jadi hamba Ramadhani, tapi jadilah hamba Rabbani!! =)



-anak.soleh- =)

Wednesday, August 24, 2011

sujud-ku hanya untuk-Mu ^__^

Sujud itu simbol kita bersyukur ^__^

walau dimana kau berada, solat tetap menjadi tanggungjawabmu!

luruskanlah hati-hati mereka yang meluruskan saf wahai Rabb-ku

sujud - menggambarkan pengabdian seorang hamba kepada Rabb-nya

walau dimana sahaja, diatas apa sahaja, sujud tetap dihayati =)

dan sujudlah serta hampirlah dirimu kepada Allah SWT

Iman Muslim meriwayatkan - dari Abu Hurairah bahawa dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Yang paling hampir diantara seorang Hamba dengan Tuhannya ialah ketika dia bersujud, maka banyakkanlah berdoa (ketika sujud).


anak.soleh =)

Tuesday, August 23, 2011

they say "this is wordless post" =) *Part II

Happiness equal to Smile  ^__^

Happiness also equal to Ibadah wherever you are ^__^

What ISLAM meant to You?
No need for answer! 
Tapi...
Tepuk Dada, Tanya Iman-mu  =)

Wednesday, August 17, 2011

`Walau Seberat Biji Sawi..

 Assalamualaikum WBT. Apa kabar wahai Umat Muhammad SAW? Moga jasmani dan rohani kita berada didalam kondisi yang sihat walafiat, Insyaallah.

Setinggi-tinggi kesyukuran kita hadiahkan kepada Ilahi, kerana masih lagi DIa sudi memberikan nikmat "BerRamadhan". ALhamdulillah hari ini kita sudah memasuki hari ke 18 Ramadhan. Lagi 2 hari, kita akan memasuki fasa terakhir Ramadhan, Fasa yang sangat crucial kerana didalam satu hadith, diceritakan Nabi Muhammad SAW akan menggalakkan keluarga dan sahabat baginda untuk menghidupakan dan mempertingkatkan ibadah bila tiba 10 hari terakhir ini.

Didalam hadith dari Saidatina Aishah:

"Beliau berkata, Rasulullah SAW sangat bersungguh-sungguh pada sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan, melebihi kesungguhan beliau di waktu yang lainnya"
(Riwayat Muslim)

Aisyah r.a juga mengatakan,
"Apabila Nabi s.a.w memasuki sepuluh hari terakhir (bulan Ramadhan), beliau mengetatkan sarungnya (untuk menjauhi para isteri baginda dari berjima'), menghidupkan malam-malam tersebut dan membangunkan keluarganya"
(Riwayat Bukhari & Muslim)

Itu mukaddimah untuk entry pagi ini. ^__^

Kali ini. saya ingin highlight kan satu ayat Al-Quran. Dipetik dari surah Al-Anbiya' ayat 47. Firman Allah:

"Dan (ingatlah) Kami akan mengadakan neraca timbangan Yang adil untuk (menimbang amal makhluk-makhluk pada) hari kiamat; maka tidak ada diri sesiapa akan teraniaya sedikitpun; dan jika (amalnya) itu seberat biji sawi (sekalipun), nescaya Kami akan mendatangkannya (untuk ditimbang dan dihitung); dan cukuplah Kami sebagai Penghitung"


Soalan saya, tahukah anda besar mana Biji Sawi tu? Lebih kurang besar lada hitam. Sangat kecil! beratnya jangan dibilang. Kalau anda ambil biji tu dan letakkan diatas penimbang, saya pasti jarum penimbang itu tidak akan bergerak! Sangatlah ringan timbangan sebiji biji sawi itu. Particular betul Allah kan? Dia tidak akan mensia-siakan amalan kita walau seberat biji sawi. Same goes untuk amalan jahat, jika ada amalan jahat kita yang mungkin nilainya sama berat dengan sebiji biji sawi, Allah pasti akan mengiranya. Mungkin kesalahan seperti membuang tisu keluar dari kenderaan? Atau kesalahan membuang plastik gula2 didalam longkang? Wallahualam-Dia lebih Mengetahui.

Inilah dia biji Sawi. So what say u? =)

Didalam Surah Az-Zalzalah, ayat 7-8 juga Allah ada menyebut tentang timbangan amalan kita. Tetapi kali ini Allah menggunakan ibarat seberat Zarah. Lihat:

"Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!"

Zarah juga dikategorikan sebagai sesuatu yang sangat ringan. Tidak boleh dilihat dengan mata kasar pun. Bayangkan betapa Maha Teliti dan Maha Adilnya Allah itu. Dia tidak akan mensia-siakan amalan kita walau ianya sangat kecil dan mungkin bagi kita amalan itu tiada apa makna. Contohnya melemparkan Senyuman manis kepada sahabat kita. Perkara ini kita lakukan setiap hari dan bagi kita, ianya tiadalah apa sangat. Senyum je pun, Kan? Tetapi tunggu kejap! Cuba baca hadith Nabi ini:


“Janganlah kamu memperlekehkan kebaikan walaupun kecil, sekalipun bermanis muka ketika bertemu dengan saudaramu” Riwayat Muslim.

googling gambar 'zarah' so this is the result =)

Jadi, sahabat2 sekalian, ingatlah bahawa neraca timbangan Allah SANGATlah tepat. Extremely Sharp. tiada timbangan yang lebih tepat dari timbangan Allah SWT. Jika didunia kita menimbang berat sesuatu benda dengan ala-kadar atau 'lebih kurang' tetapi tidak timbangan ALlah nanti. Tidak akan ada istilah "lebih kurang". Segala amalan kita, kecil atau besar semuanya akan dihitung ALlah. Setiap perbuatan akan diminta dipertangungjawabkan oleh Allah. Hari itu mungkin lambat lagi, mungkin sudah dekat, hakikatnya ia pasti akan tiba.

Timbang Allah bukan macam ni ye. Ni just contoh gambar timbag. ^__^
"Inilah hari mereka tidak dapat berkata-kata, (kerana masing-masing terpinga-pinga ketakutan), Dan tidak pula diizinkan mereka bercakap, maka mereka tidak dapat meminta maaf. Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang Yang mendustakan (hari akhirat)! Inilah hari pemutusan hukum (yang menentukan siapa Yang benar dan siapa Yang salah). Kami himpunkan kamu bersama orang-orang Yang terdahulu (dari kamu). Oleh itu, kalau kamu ada sebarang tipu-helah melepaskan diri, maka cubalah kamu lakukan terhadap azabKu. Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang Yang mendustakan (Apa Yang telah dijanjikan oleh Allah)!"

Dipetik dari surah Al-Mursalat ayat 35-40. Sebelum datang 'Hari Besar" itu, marilah kita mensucikan kembali jiwa kita. "Basahkan" hati kita kembali dengan Al-Quran. Lembutkanlah ia kembali dengan zikrullah. Datangkan semula keupayaannya untuk membezakan Hak Dan Batil dengan ilmu. Tadabburlah Al-Quran yang diblelimu! Atau Quran yang dijadikan hantaran kahwin itu! Bacalah ia, fahamilah ia. Ambillah permata-permata dari kitab itu dan pakailah ia dibadan-mu. Pasti dirimu akan menjadi indah dan 'mahal' disisi Allah. Jadi Akhi, Ukhti kesimpulannya - Renungilah wahai jiwa-jiwa yang tenang! =)

Iklan ^__^ (mesejnya, don be like this cat. Don giv-up!)

Wassalam. Moga bermanfaat buat jiwa-jiwa yang alpa termasuk diri hamba ini



-anak.soleh-

Monday, August 15, 2011

17 Ramadhan - Turunya Ayat Al-Quran yang pertama ^__^

"Dan Kami turunkan Dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat suci Yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang Yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang Yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua"
Al-Isra' 68

"Bulan Ramadan Yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan Yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara Yang benar Dengan Yang salah..."
Al-Baqarah, 185



17 Ramadhan merupakan tarikh berlakunya Nuzul Quran. Ia merupakan penurunan ayat quran yang pertama iaitu Surah Al-Alaq. Nuzul Quran berlaku di Gua Hira' dimana ketika itu Baginda SAW sedang mengasigkan diri dari masyarakat Quraish kerana baginda tidak menyukai gaya hidup masyarakat Quraish ketika itu yang berada dalam keadaan Jahiliyah. ^__^



-anak.soleh-