Friday, December 23, 2011

terkenangku akan keperibadian si dia...

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. :)

Kata orang, bila kita mencintai seseorang tu,pasti kita selalu menyebut-nyebut mengenai si dia. Hati selalu merindui dia. kalau ada surat yang si dia kirimkan, pasti tak jemu-jemu kita membeleknya walau sudah remuk pun surat tu dek kerana kita mengulang-ulang membacanya. Pasti kita suka menceritakan kebaikannya kepada orang lain. Pasti kita berasa senang hati bila mengingatinya. Kan?

Begitulah apa yang dirasai saya diwaktu ini. Hati ini ingin sangat bercerita tentang kebaikannya. Sangat hebat perwatakannya. Rasa rindu hati ni nak bertemunya. Surat dari dia? Banyak sudah diterima. Sudah puluhan kali diulang baca. Tak juga jemu2 diri ini membacanya. :)

Siapakah orangnya? Dialah Baginda Ar-Rasul SAW. Selawat dan Salam dikirimkan padanya. Ya, hati ini teringin bercerita tentang kebaikannya. Ingin sekali saya mengambarkan perwatakan dan akhlak baginda Ar-rasul. Mungkin tidak layak kerana diri ini tidaklah sehebat Sahabat-Sahabat Baginda. Abu Bakar, Umar, Abu Hurairah...Semuanya hebat. Iman mereka sangat mantap. Diri ini? Apa yang ada. Cuma rasa Cinta dan Rindu yang mendalam saja yang saya ada.

Suatu hari, selepas kewafatan Nabi Ar-Rasul SAW, datang seorang Badwi berjumpa Saidina Umar. "wahai Umar, ceritakan kepadaku Akhlak Nabi SAW", tanya sibadwi tu. Jawapan Umar sambil menangis,"wahai sifulan, pergilah kau menemui Bilal dan tanyalah kepadanya".

Jadi sibadwi itu terus pergi menemui Bilal Bin Rabah. Soalan yang sama dilontarkan. Jawapan Bilal sambil menangis, "pergilah kau menemui Ali. Aku tak sanggup menceritakannya". Pelik si badwi itu, tetapi terus juga kakinya melangkah menemui Saidina Ali.

Bertemu saja Saidina Ali, soalan yang sama dilontarkan. "wahai Ali, ceritakan kepada ku Akhlak nabi Muhmmad SAW". Ali pun menjawab, "wahai sifulan, ceritakan kepada ku keindahan dunia ini". Si Badwi itu bersuara, "bagaimana aku boleh menceritakan keindahan dunia ini, tidak ku mampu". Ali pun berkata, "begitulah jua Akhlak nabi, tidak mampu Aku untuk menggambarkannya. Pergilah kau menemui isteri Baginda, Saidatina Aishah".

Bertemu saja Saidatina Aishah, badwi itu bertanya soalan yang sama. Aishah bingung untuk menjawab. Bagaimana bisa dia menggambarkan? Akhirnya die bersuara, "Kana Khuluquhu al-Quran" (sesungguhnya, akhlaknya Al-Quran). Badwi itu bersuara, macam mana aku ingin mengetahui Akhlak baginda, takkan aku nak baca satu Al-Quran baru tahu bagaimana Akhlak Baginda.". Aishah pun berkata, "bacalah surah Al-Mukminun, ayat 1-11". tetapi Si badwi itu masih tidak berpuas hati. Jadi Aishah akhirnya menceritakan pengalamannya sebagai seorang isteri Nabi yang tidak mampu dilupakannya.

"suatu malam, ketika itu aku dan suamiku sudah terbaring diatas katil. Kami sudah pun berada didalam selimut. Tiba-tiba Baginda SAW meminta izinku untuk menemui Tuhannya sebentar. Lalu aku mengizinkannya. Selepas beberapa ketika, aku tersedar dari tidurku dan ketika itu sudah pun masuk waktu Subuh. Gelisah Aishah melihat suaminya tidak berada disisinya. Lalu aku pergi membuka pintu rumah dan aku mendapati suamiku tidur diluar pintu rumah. Aku terkejut lalu membangunkan suamiku. AKu bertanya mengapa kau tidur disini ya Rasulullah. Nabi menjawab, "ketika aku pulang kerumah, kau sudah pun tidur. aku khuatir tidurmu.terganggu, jadi aku tak sanggup mengetuk pintu"

Subhanallah. Maha Suci Allah. Betapa indahnya, mulianya Akhlak baginda AAr-Rasul SAW. Baginda begitu berlembut dengan isteri Baginda. Hatta untuk mengetuk pintu pun baginda tidak sanggup kerana dikhuatiri akan menggangu tidur Aishah. Benarlah sabda baginda SAW, "Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku"

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ

:)

-anak.soleh- :)

No comments: