Saturday, December 17, 2011

lakonan ragam manusia dipentas dunia.... :)

disiplin juga haiwan ya? :)


....

Lelaki muda berbaju biru, wanita tua berbangsa india yang muram, pakcik peramah yang tersenyum disebalik raut wajah berkedutnya, pemuda india yang menemani ibu tuanya menunggu bas, sikecil yang girang diatas riba bondanya, wanita melayu muda yang mendengar lagu dari blackberrynya, sepasang suami isteri yang berpimpin tangan masuk ke shopping mall, lelaki india tua yang tidur ditepi jalan, peminta sedekah yang tidak henti-henti merayu orang sekeliling, lelaki tua yang begitu masam mukanya.

.......

jejaka kacak yang berjalan penuh gaya disebalik kacamata ray-bannya, sekumpulan gadis berpakaian mencolok mata bergelak tawa di satu sudut ruang, sekawan teruna sibuk menghisap rokok di koridor yang sibuk, wajah wanita yang mempamerkan emosi marah pada anaknya, kereta yang lalu lalang di jalan itu, bas yang laju melalui disebelah wanita bersama ibu tuanya…

.........

Jurujual yang kelihatan sibuk mencari pelanggan, penjual keropok yang ceria mukanya, casher yang tidak henti-henti merungut akan hal teman sebelahnya, kanak-kanak yang girang mencari baju baru disatu sudut, kelihatan wajah kurang ceria seorang ayah mengeluarkan duit di kaunter casher, si ibu yang menenangkan anak kecilnya yang menangis.

...

Ya, semua situasi diatas pasti akan berlaku disekeliling anda ketika anda keluar berjalan. Ibarat wayang gambar yang bermain, mereka disekeliling anda terus bergerak melakonkan watak masing-masing tanpa mengira sesiapa saja berada disisi mereka. Ketawa, tangisan, senyuman semua akan terpancar diwajah mereka. Muka yang manis, muka tang pucat, kusam, masam, sedih dan segala 1001 wajah bermain dikiri kanan anda. Pelbagai watak yang berlakon didalam lakonan dunia. Watak baik si dia yang menolong seorang tua yang buta melintas jalan, tidak dilupakan watak si dia yang meragut seorang ibu tua ditepi jalan yang sibuk. Anda memegang watak apa? Siapa yang menentukan watak anda?...

......

Dia yang berada disatu sudut, melihat kearah satu susuk tubuh memakai baju biru berseluar jeans dibali cermin muka, kelihatan wajahnya sedang muram mimikirkan masalah-masalah yang ada. Tetapi tiba-tiba teringat watak wanita tua yang masam menunggu bas, watak jurujual yang sedih menunggu pelanggan, watak siayah kusam mengeluarkan duit belanja dikaunter, wajah siibu tunggal yang cemas melintas jalan yang sibuk bersama 3 anak kecilnya… Terus wajah lelaki berbaju biru berseluar jeans itu kembali senyum. Tiada lagi wajah muramnya. Kerana dia tahu, setiap orang punya masalahnya masing-masing. Setiap karakter mempunyai takdir masing-masing yang telah pun ditetapkan oleh si-Pengarah jalan cerita dunia ini. Jadi, apa perlunya wajah sedih muram kecewa itu? Teruskanlah melangkah kerana diakhir jalan itu nanti, pasti kau akan merasai rehat yang panjang. Itulah rumah persinggahan kau menunggu masa tiupan kuat dari sang Malaikat menandakan tibanya waktu genting yang menentukan kemana kan kau pergi.. Sama ada ke kanan atau ke kiri. Kau tentukan!

apakah yang di'fikirkan' oleh ayam ni ye?

anak.soleh :)

No comments: