Thursday, December 30, 2010

http://tieyafathiyah.blogspot.com

Assalamualaikum WBT!

Salam pagi Jumaat. Alhamdulillah line wireless kat mahallah ok. Sempat jua diri ini berkongsi satu link Blog sahabat saya. Indah puisi ini. sangat menginsafkan. dijemput sauda sekalian untuk singgah sebentar di alamat:


Sekian, Wassalam. =)



-anak.soleh-

Wednesday, December 29, 2010

Alastu Birabbikum? (bukankah Aku tuhanmu?)

Assalamualaikum dan Salam Mahabbah kepada semua sahabat-sahabatku. semoga lindungan Allah sentiasa dilimpahkan kepada anda semua. Salam Sejahtera kepada Nabiku, wahai Rasulullah, serta keatas keluarganya, sahabat-sahabatnya serta semua saudaraku yang setia mengamalkan ajarannya.

Firman Allah-Rabul Izzah dalam surah Al-A'raf ayat 172:

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firmanNya): Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini. (172)

أَلَسۡتُ بِرَبِّكُمۡ‌ۖ قَالُواْ بَلَىٰ‌ۛ شَهِدۡنَآ‌ۛ

BUKANKAH AKU TUHANMU? YA, KAMI BERSAKSI!

Dalam ayat diatas, Allah SWT tidak menggunakan Na'am, tetapi Bala. dari segi Bahasa Arab, penggunaan Bala itu menunjukkan penekanan(emphasize). ia menunjukan bahawa sesungguhnya, kita benar-benar bersaksi bahawa Allah memang tuhan kita. - Indeed you are my Lord!

Sedikit sahaja untuk post kali ini, sekadar nak mengingatkan diri hamba yang selalu alpa ini serta sahabat-sahabat seperjuangan sekalian, jangan lah kita lupa bahawa kita ada satu perjanjian dengan Allah. satu AKU JANJI dengan LORD AL ALAMIN,!

Apabila seorang hamba bersaksi dengan Allah bahawa Allah itu Tuhan dia, ia secara tidak langsung, (atau mungkin secara langsung)bahawa kita terikat dengan segala suruhan dan larangan ALLAH. Sami'na wa Ata'na (Kami dengar dan kami patuh). semoga entry ini dapat memberi sedikit peringatan kepada kita semua, Insyaallah..=)


-anak.soleh-

Sunday, December 19, 2010

MakCik Nab Tempey.. =)

Assalamualaikum WBT. Moga saya, anda dan semua Umat Muhammad termasuk dalam redho Allah SWT. Ameen.

Tergerak hati saya untuk berkongsi satu kisah mengenai penjual Tempey. kisah ini diceritakan oleh seseorang kepada saya dan sekarang saya ingin berkongsi dengan orang lain.

Suatu hari, makcik Nab tempey memasak tempeynya seperti biasa. Tetapi, haritu berbeza sedikit kerana tempeynya tak cukup masak at the time dia nak bawa tempey tu ke pasar. hatinya gelisah memikirkan macam mana la dia nak jual tempey tu kalau tak cukup matang. siapa la nak beli tempey yang tak cukup masak.kan?

Tapi dia tak putus asa, dia berdoalah dengan penuh kusyuk agar Allah jadikan tempeynya cukup masak. selesai berdoa, dia buka bekas berisi tempey berharap agar Allah kabulkan doanya tapi it turns out tak masak lagi.. betapa sedihnya hati makcik tu. tapi, still dia berjalan ke pasar berharap sepanjang jalan tu Allah jadikan tempeynya cukup masak.

Sesampai je kat pasar, dia buka bekas tempey tu, and sama juga, tempeynya tidak masak seperti tadi. dia frust sangat lagi lagi bila tengok penjual-penjual lain seronok mengaut keuntungan.

Tiba-tiba, datang seorang wanita kat Gerai makcik tu... " Makcik, saya nak beli Tempey makcik"

"eh nak, tempey makcik ni tak cukup matang lagi, tak boleh makan lagi ni"

"takpe makcik, bungkuskan semua tempey makcik tu, saya nak beli semua"

so, dalam keadaan hairan makcik tu pun bungkus semua tempeynya dan serahkn kepada wanita tu sambil bertanya, "Makcik peliklah, kenapa awak nak beli semua tempey makcik walaupun tak cukup matang?"

"oh, saya nak poskan ke anak saya makcik. jadi bila sampai kesana, pasti tempey ni matang secukupnya. kalau saya beli yang dah masak, takut nanti bila dah sampai sana, terlebih masak pasti lain rasanya"

"oh Allah! betapa Maha Memberinya Dirimu..Aku yakin kau Tuhan yang Agong." kata makcik Nab tempey dalam hatinya....


p/s - Jangan bersangka buruk pada Allah SWT..=)

-anak.soleh-

Tuesday, December 14, 2010

Video Untuk Bonda... =)

Assalamualaikum WBT.

Semoga Kita semua mendapat rahmat Allah dimalam hari ini. Waktu malam yang dijadikan Allah untuk kita berehat setelah berpenat lelah di siang hari. saya ingin berkongsi satu lagi video mengenai Ibu @ Mak @ Mama @ Ummi @ Ammi atau apa saja gelaran yang anda guna. =) Nyanyian Ahmed Bukhatir lagu yang bertajuk "Ummi".


video


p/s : Azira, you should watch this video! =)


-anak.soleh-

Monday, December 13, 2010

Romantiknya.. =)

Assalamualaikum WBT !

One of my fren share a link to me. this is a good video regarding our Prophet Muhammad SAW. a video about how Prophet Muhammad SAW treat his wife. Truly, Prophet Muhammad is the greatest example for us. just watch this video and you will something benefit insyaallah. =)

To my fren, thanx for the link. May Allah bless you and May Allah grant you a better life in here and hereafter, Insyaallah. =)


video



-anak.soleh-

Saturday, December 11, 2010

Perkongsian - Forgive Me

Assalamualaikum WBT. Wanna share one nasyeed by Ahmed Bukhatir.

Sangat menginsafkan. sesungguhnya anugerah pancaindera yang Allah berikan kepada kita sangat bernilai. sememangnya wang ringgit tidak dapat membeli anugerah ini..

Bukalah mata hati anda untuk melihat keindahan bait2 lirik nasyeed ini..=)


video



Today, upon a bus,
I saw a girl with golden hair.
And wished I was as fair.
When suddenly she rose to leave,
I saw her hobble down the aisle.
She had one leg and wore a crutch.
But as she passed, she smiled.
Oh God, forgive me when I whine. When I whine.
I have two legs the world is mine.

I stopped to buy some candy.
The lad who sold it had such charm.
I talked with him, he seemed so glad.
If I were late, it `d do no harm.
And as I left, he said to me,
"I thank you, you've been so kind.
You see," he said, "I `m blind"
Oh God, forgive me when I whine. When I whine.
I have two eyes the world is mine.

I saw a child with eyes of blue.
He stood and watched the others play.
He did not know what to do.
I stopped a moment and then I said,
"Why don't you join the others, dear?"
He looked ahead without a word.
And then I knew. He couldn't hear.
Oh God, forgive me when I whine. When I whine.
I have two ears the world is mine.

With feet to take me where I `d go.
With eyes to see the sunset's glow.
With ears to hear what I'd know.
Oh God, forgive me when I whine. When I whine.
I have blessed indeed, the world is mine

Friday, December 10, 2010

10 Muwasofat Akidah =)

Assalamualaikum WBT.

Just nak ingatkan kita semua tentang 10 Muwasofat Tarbiyyah. =)

1. Aqidah yang sejahtera

2. Ibadah yang shahih

3. Akhlak yang mantap

4. Luas pengetahuan

5. Sihat tubuh badan

6. Mampu berdikari

7. Melawan nafsu

8. Sangat menjaga masa

9. Tersusun urusannya

10.Bermanfaat pada orang lain

P/S- to danial, ingat lagi abg Dhani ajar bende ni kat ADM LR..haha =)


-anak.soleh-

Tuesday, December 07, 2010

Kecantikan Seorang Lelaki...=)

Assalamualaikum WBT dan Salam Kesejahteraan kepada semua sahabat2!


"kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati,seluruh kecantikan yg ada pd nabi Muhammad saw. adalah keindahan yang sempurna seorang lelaki"

Satu quote saya dapat dari seorang teman. Termenung saya selepas membaca quote tersebut. agak ringkas tetapi penuh dengan hikmahnya. key-word yang digunakan ialah 'Kemuliaan Hati'. ya, even Nabi Muhammad SAW pernah bersabda dalam hadithnya berkenaan hati. antara sabdanya, "jika baik hatinya, maka baiklah seluruh dirinya". Kita juga biasa dengar, hati ibarat Raja sebuah kerajaan. jika baik Raja itu seperti Khalifah Umar Al-Aziz, maka baiklah seluruh rakyatnya. dan jika sebaliknya berlaku, anda tahu jawapannya. begitulah hati kita ibarat raja untuk badan kita. tangan kita akan terarah untuk mencuri jika hati kita kuat mengarah kita untuk mencuri. dahi kita akan bersujud jika hati kita mengarah kita untuk bersujud kepada Ilahi. anda bersetuju dengan saya?

Seterusnya, dalam quote tersebut, ia menyebut, Nabi Muhammad SAW adalah keindahan yang sempurna seorang lelaki. Sebagai seorang lelaki, saya sepatutnya atau boleh dikatakan Wajib untuk saya mencontohi Nabi Muhammad SAW. even dalam Al-Quran Allah berfirman,

'sesungguhnya pada diri Nabi Muhammad itu terdapat suri tauladan'

dan dalam hadith pun Siti Aishah -Si Humaira pernah menjawab apabila ditanya seorang sahabat mengenai bagaimana Akhlak Nabi Muhammad, jawapannya, akhlak Nabi Muhammad ialah Al-Quran. Rasulullah rasul junjungan juga mendapat gelaran Al-Quran bergerak. apa hebatnya dengan gelaran dan akhlak seperti Al-Quran? pastilah sangat hebat. lihat saja apa yang ditulis dalam Kitab Al-quran, semua benda baik-baik kan? Begitulah sifat Nabi kita. dibaling tahi, dibalas dengan senyuman. dibaling batu, dibalas dengan doa yang baik2. Maha Suci Allah menciptakan Insan seAgung begini. Puji-Pujan untuk ALLAH SWT.

Semoga Generasi Adam mahupun Hawa selalu menjadikan Nabi Muhammad sebagai Suri Teladan, Insyaallah. And TQ to teman yang menghantar quotation yang ringkas tetapi amat bermakna. Allah pasti membalasnya dengan Pahala berganda.Insyaallah.. =)


-anak.soleh-

Monday, December 06, 2010

Perkongsian - Bicara Hijrah

Assalamualaikum!

Just want to share one nasyeed regarding Hijrah. Nyanyian kumpulan Rabbani dalam album Mahabbah. renungilah liriknya! =)


Hijrah…
Memori namamu
Mengimbau lembaran sirah agung
Junjungan Rasulullah
Nabi Muhammad tercinta


Hijrah…
Membuka minda kita
Terarah menuju wawasan
Membangun umat agar hidup mulia


Hijrah…
Kukuhkan bersaudara
Membahu susah senang bersama
Tiada beza rupa walaupun dimana
Hayatilah hijrah setenang jiwa yang bahagia
Menatap erti hijrah Nabi
Hidupkanlah hijrah bak bersinar mentari pagi
Melakar indah kasih dan murni


Hijrah…
Jadikan pengajaran
Membina gagasan yang utama
Tamadun kita juga akhlak yang mulia


Hijrah…
Menjana hidup baru
Di alaf dunia tak bertepi
Panduan kita dari sirah sunnahnya


Berhijrahlah… Kita
Berhijrahlah… Kita


video


-anak.soleh-

Aku cinta dan Aku benci

Assalamualaikum WBT dan Salam Tahun Baru Islam!

Semoga kita sebagai Umat Islam yang dimuliakan Allah ini memasuki tahun baru ini dengan azam yang membara untuk menjadi Hamba Allah yang Soleh dan Musleh, Insyaallah. =)

saya ingin berkongsi satu hadith Qudsi pada Post kali ini. Seperti yang kita tahu, hadith Qudsi ini adalah datang dari Allah tetapi menggunakan perkataan-perkataan Nabi Muhammad SAW. Allah berkata:

"Aku mencintai 3 golongan manusia tetapi lebih mencintai 3 golongan manusia yang lain. Golongan pertama yang dicintai Aku ialah orang yang pemurah tetapi golongan yang lebih dicintai Aku ialah orang yang miskin tetapi pemurah.

Golongan kedua yang Aku cintai ialah orang yang rendah hati tetapi Aku lebih mencintai Orang kaya yang merendah hati. Golongan terakhir yang Aku cintai ialah orang yang suka bertaubat tetapi Aku lebih mencintai orang muda yang suka bertaubat.

Manakala Aku juga benci 3 golongan manusia tetapi lebih benci 3 golongan manusia yang lain.

Golongan pertama yang Aku benci ialah orang yang bakhil tetapi Aku lebih benci orang yang Hasad Dengki. Kemudian Aku juga benci orang yang sombong tetapi Aku lebih benci orang miskin yang sombong.

Golongan terakhir yang Aku benci ialah orang yang berhati keras atau berhati batu yang tidak mahu mengambil pelajaran dan nasihat tetapi Aku lebih benci orang yang tua dan berhati keras yang tidak mahu menerima nasihat."


Nabi Muhammad pernah bersabda: Aku tinggalkan kamu dengan 2 jenis nasihat. pertama nasihat yang bercakap dan kedua nasihat yang tidak bercakap. nasihat yang bercakap ialah Al-Quran manakala nasihat yang tidak bercakap ialah Maut. sama-sama kita renungkan...=)


-anak.soleh-

Sunday, December 05, 2010

Perkongsian - Kejora Sinar Zaman

Assalamualaikum.

Got another nasyeed to share. this Nasyeed specially created by Rabbani dedicated to Arwah Ustaz Asri Ibrahim.


video


Semoga Arwah Ustaz Asri sentiasa dalam keadaan tenang di Alam baru. Al-Fatihah


-anak.soleh-

Perkongsian - Saat Lafaz Sakinah

Assalamualaikum WBT !

Semoga Rahmat Allah taala sentiasa bersama kita dan semoga kita selalu dijaga Allah dari mengikuti jejak langkah Syaitan yang sememangnya tidak pernah berhenti untuk memujuk kita melakukan maksiat terhadap Allah.

Saya ingin berkongsi satu lagu + liriknya sekali kepada kaum Adam. semoga lirik lagu yang menusuk kalbu ni mampu membuat kita berfikir, insyaallah. lagu berjudul 'Saat lafaz Sakinah'. lagu ini seolah olah ditujukan dari ayah mertua kepada menantu lelaki.. Selamat menghayati...=)



Heningnya…
Sunyi suasana…
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda

prechorus:

Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya
chorus:

Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu

Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu


kalau nak download, ini linknye.. http://www.4shared.com/audio/B0G_Afps/06_Saat_Lafaz_Sakinah_-_Far_Ea.htm


-anak.soleh-