Tergerak hati saya untuk berkongsi satu kisah mengenai penjual Tempey. kisah ini diceritakan oleh seseorang kepada saya dan sekarang saya ingin berkongsi dengan orang lain.
Suatu hari, makcik Nab tempey memasak tempeynya seperti biasa. Tetapi, haritu berbeza sedikit kerana tempeynya tak cukup masak at the time dia nak bawa tempey tu ke pasar. hatinya gelisah memikirkan macam mana la dia nak jual tempey tu kalau tak cukup matang. siapa la nak beli tempey yang tak cukup masak.kan?
Tapi dia tak putus asa, dia berdoalah dengan penuh kusyuk agar Allah jadikan tempeynya cukup masak. selesai berdoa, dia buka bekas berisi tempey berharap agar Allah kabulkan doanya tapi it turns out tak masak lagi.. betapa sedihnya hati makcik tu. tapi, still dia berjalan ke pasar berharap sepanjang jalan tu Allah jadikan tempeynya cukup masak.
Sesampai je kat pasar, dia buka bekas tempey tu, and sama juga, tempeynya tidak masak seperti tadi. dia frust sangat lagi lagi bila tengok penjual-penjual lain seronok mengaut keuntungan.
Tiba-tiba, datang seorang wanita kat Gerai makcik tu... " Makcik, saya nak beli Tempey makcik"
"eh nak, tempey makcik ni tak cukup matang lagi, tak boleh makan lagi ni"
"takpe makcik, bungkuskan semua tempey makcik tu, saya nak beli semua"
so, dalam keadaan hairan makcik tu pun bungkus semua tempeynya dan serahkn kepada wanita tu sambil bertanya, "Makcik peliklah, kenapa awak nak beli semua tempey makcik walaupun tak cukup matang?"
"oh, saya nak poskan ke anak saya makcik. jadi bila sampai kesana, pasti tempey ni matang secukupnya. kalau saya beli yang dah masak, takut nanti bila dah sampai sana, terlebih masak pasti lain rasanya"
"oh Allah! betapa Maha Memberinya Dirimu..Aku yakin kau Tuhan yang Agong." kata makcik Nab tempey dalam hatinya....
p/s - Jangan bersangka buruk pada Allah SWT..=)
-anak.soleh-
No comments:
Post a Comment