Firman Allah-Rabul Izzah dalam surah Al-A'raf ayat 172:
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firmanNya): Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini. (172)
أَلَسۡتُ بِرَبِّكُمۡۖ قَالُواْ بَلَىٰۛ شَهِدۡنَآۛ
BUKANKAH AKU TUHANMU? YA, KAMI BERSAKSI!
Dalam ayat diatas, Allah SWT tidak menggunakan Na'am, tetapi Bala. dari segi Bahasa Arab, penggunaan Bala itu menunjukkan penekanan(emphasize). ia menunjukan bahawa sesungguhnya, kita benar-benar bersaksi bahawa Allah memang tuhan kita. - Indeed you are my Lord!
Sedikit sahaja untuk post kali ini, sekadar nak mengingatkan diri hamba yang selalu alpa ini serta sahabat-sahabat seperjuangan sekalian, jangan lah kita lupa bahawa kita ada satu perjanjian dengan Allah. satu AKU JANJI dengan LORD AL ALAMIN,!
Apabila seorang hamba bersaksi dengan Allah bahawa Allah itu Tuhan dia, ia secara tidak langsung, (atau mungkin secara langsung)bahawa kita terikat dengan segala suruhan dan larangan ALLAH. Sami'na wa Ata'na (Kami dengar dan kami patuh). semoga entry ini dapat memberi sedikit peringatan kepada kita semua, Insyaallah..=)
-anak.soleh-
No comments:
Post a Comment