Monday, December 06, 2010

Aku cinta dan Aku benci

Assalamualaikum WBT dan Salam Tahun Baru Islam!

Semoga kita sebagai Umat Islam yang dimuliakan Allah ini memasuki tahun baru ini dengan azam yang membara untuk menjadi Hamba Allah yang Soleh dan Musleh, Insyaallah. =)

saya ingin berkongsi satu hadith Qudsi pada Post kali ini. Seperti yang kita tahu, hadith Qudsi ini adalah datang dari Allah tetapi menggunakan perkataan-perkataan Nabi Muhammad SAW. Allah berkata:

"Aku mencintai 3 golongan manusia tetapi lebih mencintai 3 golongan manusia yang lain. Golongan pertama yang dicintai Aku ialah orang yang pemurah tetapi golongan yang lebih dicintai Aku ialah orang yang miskin tetapi pemurah.

Golongan kedua yang Aku cintai ialah orang yang rendah hati tetapi Aku lebih mencintai Orang kaya yang merendah hati. Golongan terakhir yang Aku cintai ialah orang yang suka bertaubat tetapi Aku lebih mencintai orang muda yang suka bertaubat.

Manakala Aku juga benci 3 golongan manusia tetapi lebih benci 3 golongan manusia yang lain.

Golongan pertama yang Aku benci ialah orang yang bakhil tetapi Aku lebih benci orang yang Hasad Dengki. Kemudian Aku juga benci orang yang sombong tetapi Aku lebih benci orang miskin yang sombong.

Golongan terakhir yang Aku benci ialah orang yang berhati keras atau berhati batu yang tidak mahu mengambil pelajaran dan nasihat tetapi Aku lebih benci orang yang tua dan berhati keras yang tidak mahu menerima nasihat."


Nabi Muhammad pernah bersabda: Aku tinggalkan kamu dengan 2 jenis nasihat. pertama nasihat yang bercakap dan kedua nasihat yang tidak bercakap. nasihat yang bercakap ialah Al-Quran manakala nasihat yang tidak bercakap ialah Maut. sama-sama kita renungkan...=)


-anak.soleh-