Monday, October 17, 2011

hakim says: my Confession.. I Love You. =)

I Love You O Rasulullah ^__^

Jika orang bertanya kepada Saya, “mahukah anda melihat rupa Rasulullah?” Pasti saya menjawab, “andai Allah pertemukan saya dengan Rasulullah, pasti saya tidak akan melupakan wajahnya walau sebentar”. Ya, siapa yang tidak mahu melihat raut wajah Baginda Rasulullah? Pasti setiap dari mereka yang bernama Muslim mempunyai keinginan untuk berjumpa Baginda Ar-Rasul Habibullah SAW.

Mahukah anda saya ceritakan baginda susuk tubuh Baginda Ar-Rasul? Inginkah anda saya gambarkan bagaimana rambut baginda, cara jalan baginda, pakain baginda dan segalanya tentang baginda?
Insyaallah, pada entry saya ingin berkongsi dengan sebahagian hadith-hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi mengenai keperibadian baginda Ar-Rasul SAW. Semoga dengan usaha kecil ini dapat membangkitkan rasa rindu, kasih dan cinta kita kepada Rasululah SAW, pembawa Rahmat ke seluruh alam ini. ^__^

Saya mulakan dengan satu ayat Quran dimana Allah berfirman didalam surah al-Ahzab ayat 21:

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)”

Baiklah, di dalam satu hadith riwayat Imam At-Tirmizi, Imam Bukhari, Imam Muslim dan Imam Ahmad, bentuk fizikal Rasulullah SAW digambarkan seperti ini:

“Rasulullah Saw memiliki perwatakan yang sedang, tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu pendek. Tubuh baginda menarik”
Anas Bin Malik pula meriwayatkan “postur tubuh Rasulullah tidak terlalu tinggi, tidak terlalu rendah. Kulit beliau putih dan tidak gelap. Rambut baginda tidak kerentig dan tidak pula lurus tergerai..” Selain itu, didalam hadith lain Anas Bin Malik juga mengatakan, “ketika berjalan tubuh Baginda tegap”. Al-Bara’ ibn Azib r.a. pula meriwayatkan, “aku belum pernah melihat seseorang yang lebih tampan daripada Baginda” dan dia juga meriwayatkan, “hujung rambut baginda menyentuh bahagian bawah telinga baginda”
Ali ibn Abi Talib pula meriwayatkan bahawa, “..Rasulullah SAW mempunyai karekter yang paling lembut, dan cara bergaul baginda adalah yang paling mulia. Jabir ibn Samurah meriwayatkan, “mata Rasulullah putih kemerah-merahan dan daging tumir baginda sedikit”. Di dalam hadith lain, beliau meriwayatkan, “Saya melihat Rasulullah pada sebuah malam yang terang benderang dengan Bulan. Beliau mengenakan baju merah. Saya menatap baginda dan memandang bulan. Sungguh menurutku beliau lebih indah daripada bulan”

Itu ialah bentuk fizikal Rasulullah serba sedikit. Bagaimana pula dengan pakaiannya? Menurut satu hadith riwayat Ummu Salamah, katanya “Pakaian yang paling disukai Rasulullah ialah pakaian Gamis”. Asma’ bt Zaid pula meriwayatkan bahawa “panjang lengan baju Rasulullah hingga pergelangan tangan” Bara’ bin Azib pula meriwayatkan, “Saya tidak pernah melihat seseorang pun yang lebih baik ketika mengenakan pakaian berwarna merah daripada Rasulullah..”

Rasulullah Saw mempunyai gaya tersendiri ketika baginda berjalan. Menurut hadith yang diriwayatkan Abu Hurairah, “baginda Rasulullah SAW berjalan cepat sehinggakan kami harus memaksa diri untuk berjalan seperti itu dan baginda tidak peduli akan rasa lelah kami”. Menurut Ali bin Abi Talib pula, “Ar-Rasul berjalan dengan mengangkat kaki seakan-akan beliau sedang menuruni tanah yang landai” dan menurutnya lagi, “Rasulullah SAW berjalan dengan tubuh Baginda tegap seperti sedang menuruni tanah yang landai”

Ok, bagaimana pula cara Baginda berbicara? Menurut Isteri Tercintanya, Aishah r.a. beliau meriwayatkan bahawa, “Rasulullah SAW tidak pernah berbicara seperti kalian yang sangat cepat. Baginda berbicara dengan jelas dan terperinci sehingga orang yang duduk bersamanya dapat menghafal apa yang diperkatakannya”. Selain itu, didalam riwayat Anas bin Malik, dikatakan bahawa “Rasulullah Saw mengulangi perkataan beliau sebanyak 3 kali agar bias dipahami oleh pendengarnya”.

Berkaitan cara Rasulullah tertawa pula, menurut Abdullah bin Harith, beliau meriwayatkan bahawa “Saya tidak pernah melihat seseorang yang lebih sering tersenyum daripada Rasulullah” manakala Jabir bin Samah pula meriwayatkan tawa Rasulullah SAW ialah senyum”

Begitulah serba sedikit yang mampu saya nukilkan mengenai Keberipadian Agung, Ar-Rasul SAW. Segala-galanya tentang baginda amatlah indah. Baginda merupakan seorang manusia yang sangat indah akhlaknya, baik pekertinya dan penuh kasihnya kepada Umatnya ini. Ketahuilah ketika orang lain diambang maut, hanya ucapan “aduh sakit…sakit..sakit. Berikan aku air, berikan aku ubat..” Tetapi tidak Rasulullah. Diambang kewafatan Baginda, baginda sempat lagi mengucapkan, “Umatku, umatku, umatku…”. Betapa besarnya ingatan baginda kepada kita.

Dikala menulis entry ini, saya teringat satu hadith yang sangat menyentuh hati. Suatu hari ketika Rasulullah dalam perjalanan pulang dari Haji Wida’,baginda menangis.Sahabat pun bertanya:”Kenapa kamu menangis wahai Rasulullah?”, Baginda menjawab: “Aku merindui saudaraku”, Sahabat bertanya: “Bukankah kami ini saudaramu wahai Rasulullah?”,Baginda menjawab:”Kamu semua bukan saudaraku tetapi sahabatku,Saudara ku ialah mereka yang datang selepasku,beriman kepadaku walaupun tidak pernah melihatku,Aku merindui mereka,kerana itulah aku menangis”

Didalam hadith yang lain, ketika didalam majlis bersama Sahabat2, Rasulullah pernah mengatakan “Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah. "Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu. Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.

Subhanallah, Ya Rasullullah, Aku Sangat Cinta dan Kasih akanmu!! =)


-anak.soleh-

2 comments:

Anonymous said...

Salam'alaik..entry yg bgus..cuma perlu di pertingkatkan dari segi bhan ilmiah dan kesohihan cerita..cntoh seperti ktika rasulullah saw wafat, baginda tidak pernah menyebut umatku, umatku, umatku..sila semak riwayat sa aisyah dlam sohih bukhari bgaimana akhir hayat rasul saw.. isaibnumaryam

incek.loyer said...

malu nak jupe baginda T_T