Wednesday, October 05, 2011

Malik Bin Dinar pun berkata "Telah datang wahai Tuhanku!"

Ku mulakan tulisan ini dengan Bismillahirrahmanirrahim. jari-jariku ini digerakkan dengan menyebut Dengan Nama Allah-Rabbku dan Rabbmu. Dialah yang sesungguhnya Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Alhamdulillah, sangat bersyukur ku rasakan kerana setelah lama tidak menulis, Allah izinkan kembali untuk diri ini menulis. Puji-pujian hanya untuk Dia, Allah semesta Alam.

Pernahkah kalian mendengar kisah Malik bin Dinar? Seorang Tabi'in yang dahulunya hidup penuh dengan dosa dan noda tetapi akhirnya bertaubat dan menjadi hamba Allah yang sangat soleh. Ia selalu menangis sambil menyebut, "Ya Rabbku, Kau sendirilah yang tahu penghuni surga dan penghuni neraka, lalu aku termasuk yang mana? Ya Allah jadikanlah aku dari penghuni surga dan jangan Kau jadikan aku dari peghuni neraka"

Ia pernah berkata, "aku mulakan hidupku dengan sia-sia, banyak minum khamar dan berbuat maksiat. Aku Zalim kepada manusia dan mengambil hak orang lain, makan Riba, memukul manusia dan bermacam-macam lagi. Tiada maksiat yang tidak pernah aku lakukan. Aku sangat jahat sehingga semua manusia menjauhiku"

Tetapi, satu hari, si Malik bin Dinar teringin untuk bernikah. Lalu dia mencari seorang wanita dan mengahwininya dan tak lama kemudian, dia dikurniakan anak perempuan yang dinamakan Fatimah. Semakin membesar fatimah, semakin Malik meninggalkan maksiat2nya. Malik berkata "mungkin Fatimah tahu kalau aku ingin minum khamar, lalu dia datang dekat padaku sehingga membuatkan aku menjauhi botol khamar itu" Setiap kali Fatimah bertambah besar, iman Malik kian bertambah dan semakin selangkah dia lebih dekat kepada Allah seterusnya dia semakin jauh meninggalkan maksiat.

Tetapi, pada suatu hari, ketika Fatimah berumur 3 tahun, dia meninggal dunia. Akibat terlalu sedih dan kecewa, Malik kembali kepada sikapnya yang asal malah lebih teruk. Sehingga suatu hari Syaitan menghasutnya dengan berkata "Mabuklah kau yang mana kau belum pernah mabuk seperti itu sebelumnya.." Maka Malik pun meminum khamar sepanjang malam. lalu dia bermimpi melihat dirinya pada hari kiamat.

Katanya, "Ketika itu matahari bertukar menjadi gelap, lautan bertukar menjadi api, bumi bergoncang dan manusia berkumpul berbondong-bondong. Muka2 mereka bertukar menjadi hitam kerana ketakutan. Kemudian aku mendengar namaku diseru. ketika itu tiba2 seluruh manusia tadi hilang tinggal aku keseorangan. Lalu datang seekor Ular yang sangat besar ingin memakan ku. aku berlari ketakutan untuk mengelak dari dimakan Ular yang sangat besar itu. Kemudian aku ternampak seorang lelaki tua lalu aku meminta pertolongannya. Lelaki tua itu berkata "aku sangat lemah, aku tak mampu tolong kau. Pergilah lari kearah ini mungkin kau akan selamat"

Lalu aku berlari kearah yang dikatakan lelaki tua itu. Ular itu berada dibelakang ku dan neraka berada didepan aku. Lalu aku terfikir apakah aku akan lari dari Ular itu dan masuk keneraka? Lalu aku segera kembali lari kearah lelaki tua itu dan ular semakin hampir dengan ku. Aku pun berkata kepada lelaki tua itu "tolonglah aku, selamatkanlah aku" Lelaki tu itu menangis dan kasihan akan ku lalu berkata "Aku pun lemah seperti yang kau lihat, aku tidak mampu melakukan apa-apa tetapi larilah kau kearah gunung itu mungkin kau akan selamat"

Aku pun berlari ke gunung itu dan ular sudah hampir menyambar aku. Lalu aku melihat diatas gunung itu ramai kanak-kanak kecil, mereka berteriak, "wahai Fatimah temuilah bapamu! temuilah bapamu!

Baru aku sedar rupanya Fatimah berada diatas gunung itu. Dia menolongku dengan mengusir ular besar itu. Ketika itu aku berada dalam ketakutan yang mendalam. Kemudian Fatimah berkata, "wahai bapaku, belumkah datang waktunya bagi orang2 yang beriman untuk tunduk hati mereka menginati Allah?" AKu bertanya kepadanya, "beritahulah kepada ku tentang ular besar itu" lalu Fatimah menjawab itulah dosa2mu wahai ayah. Dosa mu sangat banyak sehingga ia ingin memakan kau hari ini. Dan lelaki tua itu ialah amalan solehmu, kau telah melemahkannya dan dia menangis melihat keadaanmu hari ini dan tidak mampu melakukan apa2. Sekiranya kau tidak melahirkan aku, dan aku mati ketika masih kecil tentu tidak ada apa2 yang bermanfaat untukmu"

Aku pun terbangun dari tidurku sambil berteriak, telah datang wahai Tuhanku, telah datang wahai tuhanku!.. "Belumkah datang waktunya bagi orang2 beriman untuk tunduk hati mereka mengingati Allah.."

Aku pun mandi dan keluar ke masjid untuk solat subuh, aku ingin BERTAUBAT, dan kembali kepada Allah. Ketika aku masuk masjid, si Imam sedang membaca ayat...

"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk tunduk hati mereka mengingati Allah..
(Al-Hadid, 16)


Sekian dahulu untuk entry kali ini... Wassalam
-anak.soleh-

2 comments:

hakim.halim said...

oh yeke, tk slp Baginda sebut Ummati ummati..

hakim.halim said...

btw thanx isa =)