Friday, July 23, 2010

Dengan nama Allah..

Allah, Dia yang Maha Agong. Segala puji dan pujaan hanya berhak untuk-Mu ya Rabbi. Alhamdulillah, Allah telah mengizinkan aku untuk menulis blog. Tak pernah terfikir yang jari-jari ini akan tergerak menulis blog. Dia yang menentukan segala-galanya. Semoga penulisan-penulisan aku di sini akan memberi manfaat buat semua umat Muhammad SAW.


Dear readers..

Hakikatnya, ramai diantara kita sering melihat kecelakaan atau kesusahan itu sebagai satu bentuk ujian. Tetapi kurang diantara kita yang interpret kesenangan dan kebaikan itu sebagai salah satu bentuk ujian. kenapa ye? hmm... tepuk dada anda, tanya iman anda.

Allah SWT ada berfirman dalam surah Al-Anbia' ayat 35 yang bermaksud:

'Tiap-tiap diri akan merasakan kematian. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya) dan hanya kepada Kami kamu dikembalikan'

ha..tengok.!! even Allah pun dah mention dalam Al-Quran yang kebaikan itu pun sebenarnya satu bentuk ujian. so, ungkapan-ungkapan seperti

'ala..nape aku je yang selalu kene uji, si minah tu tak plak. asyik2 die je yang dapat tu, dapat ni, yang aku asyik melepas je..ape la malang nasib hidup aku ni..'

ataupun..

'ape punya malang la nasib aku sem ni. fail criminal law plak. yang si mamat tu semedang je lulus..dapat A plak tu...'

atau apa-apa jenis keluhan yang kita biasa ungkapkan.. kenapa ungkapan-ungkapan macam ini perlu ada? sebenarnya, bila kawan-kawan kita dapat sesuatu yang menguntungkan, boleh jadi itu satu ujian untuk dia. Allah nak tengok dia tu bersyukur atau tidak, sombong atau tidak dan macam-macam lagi.

so, in applying the law of Allah just now, kita mestilah selalu berungat bahawa ujian otu bloeh datang dalam bentuk kesusahan dan juga kesenangan. jangan sebab kita asyik dapat kesusahan itu membuatkan kita jadi putus asa dengan rahmat Allah, JANGAN!! hakikatnya bila Allah bagi kta kesusahan tu, Allah sebenarnya masih sayang kita sebab Dia nak tengok, hamba Dia ni masih yakin pada Dia atau tak. lagipun Nabi Muhammad pun cakap, ujian itu datang untuk menghapuskan dosa-dosa kita. so, logically speaking, why you should be sad?? dosa-dosa anda sedang berguguran jatuh tu..tak suka ke? =) haha.jadi teman-teman sekalian, LA TAHZAN. INNALLAHA MAANA.

'dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang-orang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi perintah Aku dan beriman kepada Aku. agar mereka memperoleh kebenaran' Al-Baqarah, 186.

'dan jika Allah menimpakan suatu bencana kepadamu, tidak ada apa yang dapat menghilangkannya selain Dia. dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu' Al-An'am, 17


So, sampai sini dulu la post saya yang sulung ini. semoga kita semua dapat ambil iktibar dari ayat 35 surah Al-Anbiya' tu. lets try our best to be a good muslim!!

-anak soleh-

2 comments:

Danial Izzat Zulbahari said...

salam.
ana suka penulisan ni..

Anonymous said...

salam....simple and meanngful...nice :)