Tergerak hati saya untuk menulis mengenai Taubat. Beberapa hari lpeas saya berkesempatan mendengar ceramah berkaitan taubat dari Imam Suhaib Webb dan juga Ustaz Nouman Ali Khan. Alhamdulillah, mereka sama-sama hebat dan pengisian juga sangat baik. Topik taubat dikupas dengan baik dan mudah untuk difahami. terselit juga sedikit humor dari mereka. Alhamdulillah :)
Saya sangat tertarik dengan satu ayat Al-Quran yang dipetik dari surah Az-Zumar. Ayat ini sangat dalam maksudnya. Ia bersifat sangat rapat kepada sesiapa yang mendengarkannya. Allah SWT memilih perkataan-perkataan yang sangat halus dan tinggi maksudnya. Maha Suci Allah yang menurunkan Al-Quran kepada Hamba-HambaNya. Ayat yang dimaksudkan ialah:
"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai
hamba-hambaKu Yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan
perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah,
kerana Sesungguhnya Allah mengampunkan Segala dosa; Sesungguhnya Dia lah jua
Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"
mutiara ini dipetik dari surah Az-Zumar ayat 53
Subahanallah, lembutnya Allah memanggil kita - 'wahai hamba-hambaKu'. Tahukah anda, Allah pernah memanggil Nabi kita, Muhammad SAW dengan panggilan hamba seperti yang kita boleh temui didalam surah Al-Isra' ayat 1. Allah SWT berfirman:
"Maha suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya
(Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa
(di Palestin)"
Jadi, boleh disimpulkan disini, paggilan wahai hambaKu itu satu panggilan yang sangat mulia. Bayangkan, Allah menggelarkan "hamba" itu kepada Insan yang paling mulia dan suci iaitu Nabi Muhammad SAw dan juga menggelarkan mereka-mereka yang sentiasa melakukan maksiat dengan gelaran yang sama juga. Hal ini kerana, kita semua ini Hamba Allah dan Dia sangat mengasihi kita. Allah tidak sesekali meninggalkan hamba-hamabNya walaupun hamba-hambaNya itu kerap melakukan maksiat. Apa yang Allah katakan kepada mereka-mereka yang bergelumang dengan dosa? - Janganlah kamu berputus asa dengan RAHMAT ALLAH!
Seumpama seorang dermawan berkata kepada orang ramai, wahai orang-orang kebanyakkan! Sesiapa yang ingin harta datanglah berjumpa denganku. Tidak kisahlah jika kamu musuh atau kawanku.
Allahuakbar. Betapa Maha Baiknya Allah. Allah sentiasa memberi ruang dan peluang kepada sesiapa sahaja untuk bertaubat dan kembali kepada-Nya. Jadi tidak timbullah isu 'aku ini banyak sangat dosa, taktau la Dia sudi nak maafkan aku' atau 'boleh ke aku berubah, dosa aku dah melambung tggi' atau apa-apa saja alasan demi alasan yang kita gunakan selama ini. Saksikanlah, betapa Allah tidak kisah, langsung tidak kisah akan dosa-dosa kita walau setinggi mana, kerana Dia hanya ingin melihat kita kembali dan tidak berputus asa denganNya.
Ada satu hadith menceritakan tentang bagaimana perumpamaan mengenai orang yang bertaubat. Nabi Bersabda "Allah suka akan orang yang bertaubat seperti seorang musafir yang menjumpai semula untanya semula dipadang pasir". Tahukah kita bagaimana perasaan seorang musafir yang kehilangan unta dipadang pasir? Amat susah hati kerana tiada kenderaan yang boleh digunakan untuk melalui pasir yang panas membara. Jadi bayangkan jika dia menjumpai semula utanya. Pasti dia girang gembira kan?
Allah juga menyukai orang muda yang suka bertaubat! Itulah petikan hadith dari Baginda Muhammad SAW. Marilah! Marilah! Jom kita sama2 bertaubat dan kembali semula kepada Allah. Kita sedang melalui satu jalan dan destinasinya ialah Akhirat. Jadi pilihlah jalan yang memberi kebaikan kepada kita. Pilihlah jalan yang dilalui Rasul-Rasul Allah, Orang-Orang yang soleh, bukan jalan yang membawa kepada kebinasaan! Allahuakbar. Saya berdoa agar kita semua termasuk didalam golongan hamba-hamba yang diredhoi Allah.

No comments:
Post a Comment