Dalam iringan rahmat Tuhan yang Maha Tinggi
Maujudnya dikau dicelahan suci embun pagi
Berlabuh bersama restu dan cinta Sang Ilahi
Selaku Rahmah buat insan dialam duniawi
Fikiranmu yang dibaluti keterbukaan
Bersama dadamu yang tersirat ulitan kelapangan
Laksana jendela tersingkap dek bayu lautan
Indah disinari cahaya rembulan
Terpesonaku dengan kirana akhlaknya
Laksana sinaran suria yang melabuhi semesta raya
Ketika dia dicela dan diludah nista mereka
Hanya ukiran senyuman terpancar diraut wajahnya
Menelusuri lorong kehidupan silam Baginda
Membuka mata-mata aku dan dia serta mereka
Secantik Kitab-Nya begitulah jua terlukis pada dirinya
Menjadi ikutan serata ummah didunia
Segala puji ku kupersembahkan kepada Ilahi
Kerana Rahmat-Nya dikirim Muhammad Habibi
Lalu teringatku akan butiran kata sang Nabi
‘Kamu akan bersama orang yang kamu kasihi’
Kiranya mampu ku kirim warkah ini
Buat tatapanmu wahai Nabi
Agar termasuklah kesemuanya kami
Didalam syafaatmu yang tiada ganti
Wahai Allah, sampaikan salam ku kepada Nabi-Mu! :)