Bismillah.
Biasa lihat orang yang suka baca anjing berjalan di pagi @ petang hari?
Jika anda perhati, adakah benar si anjing dibawa tuannya atau si tuan yang dibawa anjing? Jika si tuan berdiri berjalan didepan anjing, jadi kita boleh anggap bahawa si anjing di tarik tuannya. Namun jika si anjing yang berjalan didepan si tuan, maybe kita boleh anggap bahawa si tuan yang ditarik anjingnya bukan? haha. Maybe ade pembaca yang anggap hal ni humor, maybe ada juga yang tidak rasakan sebegitu.
Cuma, saya ingin simbolikkan @ bandingkan perkara di atas dengan kisah kita dan dunia ini. Ada manusia(muslim saya maksudkan), yang menarik dunia dan ada juga yang ditarik dunia. Maksudnya, ada muslim yang berjaya tetapi kejayaannya itu tidak melekakan dia dengan urusan agamanya. Dan, ada juga muslim yang dilekakan dengan kehidupan yang fana ini.
Jadi disimpulkan disini, kita boleh mengejar dunia, tetapi awas, jangan sampai kita terleka dan melalaikan kehidupan kita di Ahirat kelak! :)
No comments:
Post a Comment