Lahirnya
kasih dan cinta
Bukan
hikayat bukan ada-adaan
Terbitnya
cinta kerana Maha Pencipta
Sucinya
kasih sulaman Nur Iman
Mereka
bukan sama
Mereka
berlainan
Namun
mereka bertemu di persimpangan
Bagaikan
sepohon pokok yang rendang
Mereka
ibarat dahan-dahan yang mewarnai
Mereka bersatu
kerana kalimah Ilahi
Mereka
bertemu kerana Cinta Sang Nabi
Nama mereka
harum terukir didada Kitab Ilahi
Pertemuan
agama dan cinta
Maka
termaktublah kisah mereka
Dua kaum
yang berbeza
Berbeza
kisah berbeza halnya
Arakian terjalinlah
jalinan kasih
Masihkah
maujud insan-insan gaya mereka?
Sanggup
memberi tanpa menerima?
Berkongsi
atap dan harta?
Tertawa dan
bergenang air mata bersama?
Persoalannya
siapakah “mereka” yang diceriterakan?
Malaikatkah
atau Anbia’kah?
Mereka hanyalah
jelmaan manusia gaya kita semua
Merekalah
kaum yang mulia
Merekalah
yang bernama Kaum Muhajirin dan Ansar
Wahai Allah
Maha Kuasa
Moga Ummah
kami cerminan khuluk "mereka'