Tuesday, February 05, 2013

Jalinan Kasih



Lahirnya kasih dan cinta

Bukan hikayat bukan ada-adaan

Terbitnya cinta kerana Maha Pencipta

Sucinya kasih sulaman Nur Iman

Mereka bukan sama

Mereka berlainan

Namun mereka bertemu di persimpangan

Bagaikan sepohon pokok yang rendang

Mereka ibarat dahan-dahan yang mewarnai

Mereka bersatu kerana kalimah Ilahi

Mereka bertemu kerana Cinta Sang Nabi

Nama mereka harum terukir didada Kitab Ilahi

Pertemuan agama dan cinta

Maka termaktublah kisah mereka

Dua kaum yang berbeza

Berbeza kisah berbeza halnya

Arakian terjalinlah jalinan kasih

Masihkah maujud insan-insan gaya mereka?

Sanggup memberi tanpa menerima?

Berkongsi atap dan harta?

Tertawa dan bergenang air mata bersama?

Persoalannya siapakah “mereka” yang diceriterakan?

Malaikatkah atau Anbia’kah?

Mereka hanyalah jelmaan manusia gaya kita semua

Merekalah kaum yang mulia

Merekalah yang bernama Kaum Muhajirin dan Ansar

Wahai Allah Maha Kuasa

Moga Ummah kami cerminan khuluk "mereka'

No comments: