Berdiri
dihadapan Kaabah
Lantas
dirimu rebah
Ditemani
tangisan lemah
Mencari
dimana perginya Allah
Masih
dihadapan kaabah itu
Kau
mencerap derapan langkah kakimu
Terlihat
palitan hitam yang dicipta masa lalu
Lakaran
pena hati yang dirajai nafsu
Lalu
terbit mentari Iman yang suci
Cuba
mewarnai laluan hitam yang berduri
Menerangi
derapan langkahan yang menanti
Hatimu
kini terisi bunga cinta Ilahi
Namun
diluar jangkaanmu
Dihadapanmu
tersedia dua perahu
Bagai
gelora taufan bertandang dilautan biru
Hatimu
gundah jiwamu haru
Caturan
takdirmu berubah lagi
Buntu
akalmu cuba memahami
Seperti
tersedar dari mimpi
Kau
menyaksi keajaiban Sang Ilahi
Lalu
tertunduk kau menangisi
Bagai
tersesat dihutan ciptaanmu sendiri
Merangkak
kau mencari petanda hati
Perahu
mana harus kau layari
Sukarnya
melakar pilihan hati
Lalu
kepada Dia kau kembali
Mencari
petanda dari yang Maha Mengetahui
Lantas
Dia datang memberi erti
Kerana
Dia kau menuruti kata hati
Namun
ada pula lidah yang tidak mengerti
Melakar
kata cemuhan dan keji
Hatimu
menangis namun tidak mereka peduli
Disimpang
itu kakimu lemah berdiri
Longlai
kau mencipta langkah kaki
Lantaran
mereka yang tidak mengerti
Disaat
itu kau mencari kekuatan Ilahi
Kerna
Dia sayang padamu
Kerna
Dia dekat denganmu
Kerna
itu Dia tetap membantumu
Memimpin
tanganmu melakar bahagiamu
Kini
kau berdiri pasti
Menunggu
dan menghitung hari demi hari
Menoleh
kau melihat lakaran takdir Ilahi
Terukir
senyuman manis dihati
Akhirnya
bahagia datang tidak pergi lagi
Lantas
tunduk kau sujud mensyukuri tanpa henti
Kepada
Dia yang setia disisi
….
21 Julai 2013 / 1.02am
*specially crafted from my heart for u adik. May Allah guide your way ahead. Indeed u have made a right decision by choosing him instead of him. And Indeed Allah guided u when u made the call. Rejoice and Rejoice!*
Naina