Thursday, July 25, 2013

Dihadapan Kaabah Ilahi




Berdiri dihadapan Kaabah
Lantas dirimu rebah
Ditemani tangisan lemah
Mencari dimana perginya Allah

Masih dihadapan kaabah itu
Kau mencerap derapan langkah kakimu
Terlihat palitan hitam yang dicipta masa lalu
Lakaran pena hati yang dirajai nafsu

Lalu terbit mentari Iman yang suci
Cuba mewarnai laluan hitam yang berduri
Menerangi derapan langkahan yang menanti
Hatimu kini terisi bunga cinta Ilahi

Namun diluar jangkaanmu
Dihadapanmu tersedia dua perahu
Bagai gelora taufan bertandang dilautan biru
Hatimu gundah jiwamu haru

Caturan takdirmu berubah lagi
Buntu akalmu cuba memahami
Seperti tersedar dari mimpi
Kau menyaksi keajaiban Sang Ilahi

Lalu tertunduk kau menangisi
Bagai tersesat dihutan ciptaanmu sendiri
Merangkak kau mencari petanda hati
Perahu mana harus kau layari

Sukarnya melakar pilihan hati
Lalu kepada Dia kau kembali
Mencari petanda dari yang Maha Mengetahui
Lantas Dia datang memberi erti

Kerana Dia kau menuruti kata hati
Namun ada pula lidah yang tidak mengerti
Melakar kata cemuhan dan keji
Hatimu menangis namun tidak mereka peduli

Disimpang itu kakimu lemah berdiri
Longlai kau mencipta langkah kaki
Lantaran mereka yang tidak mengerti
Disaat itu kau mencari kekuatan Ilahi

Kerna Dia sayang padamu
Kerna Dia dekat denganmu
Kerna itu Dia tetap membantumu
Memimpin tanganmu melakar bahagiamu


Kini kau berdiri pasti
Menunggu dan menghitung hari demi hari
Menoleh kau melihat lakaran takdir Ilahi
Terukir senyuman manis dihati
Akhirnya bahagia datang tidak pergi lagi
Lantas tunduk kau sujud mensyukuri tanpa henti
Kepada Dia yang setia disisi
….
21 Julai 2013 / 1.02am

*specially crafted from my heart for u adik. May Allah guide your way ahead. Indeed u have made a right decision by choosing him instead of him. And Indeed Allah guided u when u made the call. Rejoice and Rejoice!* 




Naina

  
  

1 comment:

Al Haura said...

Assalamualaikum angah

terharu sangat

syukur alhamdulillah ada insan yang diberi ilmu kefahaman oleh Allah seperti angah.

ucu doakan kebahagiaan angah dunia akhirat. tapi spesifically, kat akhirat angah akan dapat kebahagiaan yg lebih kabir sebab kat sana kita kekal abadi.

jazaakallahu khairan kathira.

p/s: angah still hutang ucu roti cheese the loaf.