Hening
malam yang sunyi
Sesekali
kedengaran melodi para penghuni
Dicelahan
sepi itu
Teriakan
si kecil memecahi
Senyuman
ibu terpotret indah
Menghapuskan
segala perit dan jerih
Langsung
terbit sinar syukur
Hanya
saja buat Sang Pemberi
Bermulalah
tabir hidupmu wahai bayi
Dipentas
dunia kau mengorak gerak
Kau
mendewasa bersama rakan
Kau
menilik penuh kepakuan
Pelbagai
ragam dan garam akan halnya manusia
Disatu
sudut kau melihat
Manusia
ketawa girang
Girang
mengumpul harta dan emas
Ketawa
bersama insan tersayang
Namun
tanpa kau duga
Disatu
sudut yang gelap
Terperosok
jauh dari pandangan
Wujud
insan yang meratap merintih meminta-minta
Mengemis
kasih meronta sayang
Wujud
dibenak mu siapakah mereka?
Apakah
halnya insan-insan ini?
Dihujung
hari itu kau termenung
Memikirkan
akan hal dirimu
Dirimu
yang terselimut seribu kebahagian
Dirimu
yang diulit intan dan permata
Makan
minum mu serba mewah
Namun..
Pernahkah
kau? Wujudkah dinuranimu?
Rasa
syukur pada Dia Sang Pemberi?
Teringatku
sabda Tuhan
Bersyukurlah
padaKu, kelak Aku melimpahkan nikmatKu…
Naina