Friday, October 04, 2013

Iman Kasturi

Sukarnya mengerti perasaan ini
Walau aku empunya diri
Kusut mencemarkan kotak fikiranku lagi
Aku sesat dibalik kabus siang ciptaanku sendiri

Kemana lagi mahuku menapak kaki
Letih semalam masih setia mengaburi jasmani
Ketetapan Imanku dipersoal lagi
Harapanku kian pudar didalam pencarian rohani

Cubaku kerah sisa baki azam yang kian kehausan
Terketar tanganku membelek helain Quran
Disaat itu seperti Dia datang mengajarkan
Janganlah hambaNya berputus asa akan Rahmat Tuhan

Seperti insan kehausan disua minuman
Hatiku terasa seperti disirami Nur Iman
Jika semalam aku terjatuh dijalan kehidupan
Tidak salah untukku bangkit dan terus berjalan

Berat terasa meniti titian Hijrah ini
Kerna ia berkait soal perubahan rohani jasmani
Namun mengapa berkeluh disaat Tuhan setia disisi?
Tekadku menapak menuju perhambaan abadi
Kerna aku tahu, jalan ini penuh onak duri
Kerna itu juga aku meninggi tangan memohon pada Ilahi
Agar Dia menuntun tangan yang terpalit seribu dosa ini
Kearah jalan yang suci dan harmoni
Sekalian membawa nurani

Merasai kemanisan iman yang mewangi umpama kasturi

naina

kukuh

Meniti lorong kenangan lalu
Mengenangkan butiran kata orang terdahulu
Agar insan berpegang pada tali yang Satu
Kerna itu juga ajaran Nabi dan Tuhanmu

Mudah untuk bermadah kata
Kerna lidah hanya berkata tanpa jemu bicara
Namun tiadalah aku ingin beromong tanpa makna
Hanya ingin meninggalkan pesan buat semua

Kuat pohon kerana akar yang mekar
Kuat insan kerana kesatuan yang terlakar
Lantas disebalik ukhwah itu lahirnya cinta dan kasih
Umpama akar yang mengikat hati mereka yang bersih

Alangkah indah pandangan mata ini
Melihat insan berganding bersatu hati
Memikul bebanan tanpa resah disisi
Diiringi calitan senyuman dipipi

Terasa batang diriku turut terarah pergi
Menghulur tangan mahupun diri
Terasa hati diisi wangian harmoni
Berkat muafakat yang disirami Nur Ilahi

Lalu ingatan terpaut pada Sabda Kekasih hati
Sesungguhnya kita ibarat banggunan yang berdiri
Saling berpaut rohani jasmani mahupun nurani
Kelak kukuhlah ia diatas paksi iman yang mewangi



naina