Meniti
lorong kenangan lalu
Mengenangkan
butiran kata orang terdahulu
Agar
insan berpegang pada tali yang Satu
Kerna
itu juga ajaran Nabi dan Tuhanmu
Mudah
untuk bermadah kata
Kerna
lidah hanya berkata tanpa jemu bicara
Namun
tiadalah aku ingin beromong tanpa makna
Hanya
ingin meninggalkan pesan buat semua
Kuat
pohon kerana akar yang mekar
Kuat
insan kerana kesatuan yang terlakar
Lantas
disebalik ukhwah itu lahirnya cinta dan kasih
Umpama
akar yang mengikat hati mereka yang bersih
Alangkah
indah pandangan mata ini
Melihat
insan berganding bersatu hati
Memikul
bebanan tanpa resah disisi
Diiringi
calitan senyuman dipipi
Terasa
batang diriku turut terarah pergi
Menghulur
tangan mahupun diri
Terasa
hati diisi wangian harmoni
Berkat
muafakat yang disirami Nur Ilahi
Lalu
ingatan terpaut pada Sabda Kekasih hati
Sesungguhnya
kita ibarat banggunan yang berdiri
Saling
berpaut rohani jasmani mahupun nurani
Kelak
kukuhlah ia diatas paksi iman yang mewangi
naina
No comments:
Post a Comment