Terpaku
ku sendirian
Membelakangi
masa silam
Menghala
bebola mataku ke lorong zaman
Mencerna
sirah yang mewarnai kehidupan
Membuka
mata hati yang ketiduran
Dek
terpesona akan keduniaan
Melupakan
akar umbi dakwah Islam
Yang
diukir Indah kekasih Tuhan
Bergoncang
batang tubuhku kekejutan
Membangunkan
jiwa yang lena panjang
Meniliti
kehidupan Para Pejuang Islam
Mencintai
Baginda tanpa batasan
Menggadai
dinar dan dirham
Perjudi
setiap helaan nafas kehidupan
Mencermin
biasan Cinta yang penuh keikhlasan
Hanyasanya demi Rasul dan Tuhan
Kiranya
Cinta mereka tiada bandingan
Lalu
aku malu sendirian
Melihat
diriku dibalik runtuhan zaman
Mencermin
setiap satu amalan
Dibayangi
bayang hitam dan kealpaan
Mewujudkan
pemisah antaraku dan Para Pejuang
Menidakkan
bayanganku dicelahan bayangan Kekasih Tuhan
Lalu
aku tersungkur kekecewaan
Sesungguhnya
bukan ini hasrat yang disimpan
Aku
mahu memijak derapan kaki mereka
Mencipta
sirah yang penuh keajaiban
Lantas
membenarkan bait-bait Kalam
Dititian
perjuangan mereka yang digelar Pejuang
Pejuang
Sang Rasul dan Tuhan
Naina