Friday, December 27, 2013

Derapan Kaki Pejuang


 Terpaku ku sendirian
Membelakangi masa silam
Menghala bebola mataku ke lorong zaman
Mencerna sirah yang mewarnai kehidupan
Membuka mata hati yang ketiduran
Dek terpesona akan keduniaan
Melupakan akar umbi dakwah Islam
Yang diukir Indah kekasih Tuhan
Bergoncang batang tubuhku kekejutan
Membangunkan jiwa yang lena panjang
Meniliti kehidupan Para Pejuang Islam
Mencintai Baginda tanpa batasan
Menggadai dinar dan dirham
Perjudi setiap helaan nafas kehidupan
Mencermin biasan Cinta yang penuh keikhlasan
Hanyasanya demi Rasul dan Tuhan
Kiranya Cinta mereka tiada bandingan
Lalu aku malu sendirian
Melihat diriku dibalik runtuhan zaman
Mencermin setiap satu amalan
Dibayangi bayang hitam dan kealpaan
Mewujudkan pemisah antaraku dan Para Pejuang
Menidakkan bayanganku dicelahan bayangan Kekasih Tuhan
Lalu aku tersungkur kekecewaan
Sesungguhnya bukan ini hasrat yang disimpan
Aku mahu memijak derapan kaki mereka
Mencipta sirah yang penuh keajaiban
Lantas membenarkan bait-bait Kalam
Dititian perjuangan mereka yang digelar Pejuang
Pejuang Sang Rasul dan Tuhan

Naina

No comments: