Sedang aku termenung keseorangan
Membawa anganku jauh dikelam awangan
Mengingati halaman-halaman semalam
Yang dihiasi pelbagai predestinasi kehidupan
Hasil rancangan aku yang bernama insan
Namun diteliti ketentuan sang Raja Alam
Lantas aku menghela nafas yang panjang
Mengakuri babak drama sulaman Tuhan
Jauh aku membawa diri
Walau susuk tubuh berada disini
Namun halaman hati terbang meninggi
Cuba berlari dari realiti
Yang terukir hari demi hari
Dicelahan gelora akal yang penuh kekusutan
Aku meneliti derapan kaki semalam
Terhias seribu satu kirana kehidupan
Membuah semacam kehairanan
Apa interprestasi disebalik layar lakonan
Definisi apa yang mampu aku ukirkan
Bagi memahami hikmah pengajaran
Yang wujud dicelahan Qadar Tuhan
Mungkin saja aku terlalu lemah
Atau saja akal masih buta
Buta jiwa; buta segalanya
Hijab hitam masih membayangi penglihatan
Menggagalkan setiap cubaan
Kearah memahami hikmah perjalanan
Kerna sememangnya itulah sifat insan
Lemah dan rapuh tanpa taklid pada Tuhan
Bisakah aku persetankan
Membiarkan kekusutan bermaharaja lela
Menjajah setiap ruang inci perasaan
Atau terus saja menjadi pelakon dipentas layar
Cuba melakon watak utama kehidupan
Ahh… sememangnya aku lemah
Sememangnya aku lemah
Apa lagi jawapan disebalik monolog dalaman?
Melainkan berbicara saja pada Dia yang penuh Kasih Sayang
Wahai Tuhan,
Layarkanlah bagiku
Bahtera besar yang penuh berliku
Navigasi kedakapanmu
Agar tenanglah susuk tubuh ini
Agar tenteramlah gelora hati
Agar tenteramlah gelora hati
Menghilangkan segala kekusutan dipenjuru nurani
hasil ukiran hati
Melbourne, 2.04 Petang.
Ogos pada hari ke 23
2014
No comments:
Post a Comment