Derasan kaki-kaki
berlari
Menari mengikut
rentak hentak kaki
Diatas pentas opera
hati
Diantara dua rusuk
kanan dan kiri
Dibayangi dua irama
seni yang dihiasi
Hiasan indah syurga
dan bahang neraka Ilahi
Seumpama wujud dua
makhluk Tuhan
Dipelusuk jiwaku yang
kontang
Meniup hembusan nafsu
dari kiri jalan
Diiringi lawanan
hembusan iman
Seolah berlaku
sukaneka dipentas sanubariku
Perlawanan tarik tali
diantara dua makhluk itu
Mencetus debaran
disegenap kalbu
Kelak nanti sang
juara akan memandu
Halatuju si insan
ciptaan Tuhan yang Maha Satu
Andai saja si iblis
berkuasa kelak ke neraka
Walakin, ke syurgalah
jalannya jika dipandu Taqwa
Pentas opera
masih disimbah limpahan cahaya
Kerna pertempuran
masih belum berakhir jua
Kerna ia pertarungan
yang termaktub sejak dahulu
Terukir jelas didada
kitab berwahyu
Kerna ia janji sang
iblis dihadapan Tuhannya
Dikala ia diusir hina
oleh Dia yang Maha Esa
Dan buat kesekian
waktu
Aku menuntun diatas
lorong itu
Yang penuh suram;
kelam tanpa cahaya lampu
Diiringi bersama
pengharapan pada Penciptaku
Bahawa Dia pasti
mendepa RahmatNya
Keatas mereka yang
memakai persalinan Iman dan Taqwa
Dan semestinya aku
ingin agar kiranya
Aku digolong bersama
mereka yang diiringi kepintu SyurgaNya
Melbourne, Australia
4.54 PM
19/08/2014
No comments:
Post a Comment