Saat
yang Dijanji
Wahai
insan yang punya hati
Kelak
suatu hari nanti
Tubuhmu
berhenti berfungsi
Udara
tidak lagi diseduti
Darahmu
mengalir tidak lagi
Kaku
membeku menyendiri
Karam
dibalik dirimu yang terkunci mati
Kau
akan terpejam membuta
Tiada
upaya berkata
Tiada
daya bercerita
Hanya
diratapi keluarga tercinta
Kau
dimandikan mereka
Kau
dikapankan mereka
Kau
disolatkan mereka
Kau
diusung mereka
Kemana
kau mahu pergi?
Kemana
kau akan berlari?
Tidakkah
kau sedar hakikat ini
Berpisah
sudah jasad dan ruhi
Dikala
kau dikambus tanah pusara
Dikala
kau terpaku tanpa suara
Sekonyong-konyong
muncul mereka
Dua
makhluk utusan Tuhan alam raya
Sinis
menatapi jasadmu yang tiada maya
Seolah
sang rimau menatapi mangsanya
Dan
kau resah gelisah mencari helah
Dan
pita rakaman itu terhenti
Lalu
babak cerita tergantung mati
Dan
kau tertanya apa kesudahan siri ini
Tiadalah
daya untuk kau ketahui
Kerna
nafasmu masih berbaki
Tanyakan
pada amalan
Sudahkah
tersedia bekalan
Kerna
ajalmu bertandang tanpa amaran
Kau tentukan!
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah
kepada Allah; dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia
telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan
Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan
segala yang kamu kerjakan.
59:18
Lagu Latar : Menanti di Barzakh
Saat mentari musim panas terik memayungi bumi Melbourne
Lagu Latar : Menanti di Barzakh
Saat mentari musim panas terik memayungi bumi Melbourne
No comments:
Post a Comment