Wednesday, October 06, 2010

ku hinakan dahiku hanya untuk Mu...

Assalamualaikum dan selamat malam semua!!

Semoga kalian berada didalam rahmat kasih sayang Allah.. ameen

tadi saya terbaca 2 ayat quran yang sangat indah dan hebat maknanya. cuba anda baca..


"Allah yang menjadikan bumi sebagai tempat penetapan untuk kamu dan langit sebagai bumbung yang kukuh binaannya dan Dia membentuk kamu lalu memperelokkan rupa kamu, serta dikurniakan kepada kamu dari benda-benda yang baik lagi halal. Yang demikian (kekuasaanNya dan kemurahanNya) ialah Allah Tuhan kamu; maka nyatalah kelebihan dan kemurahan Allah, Tuhan sekalian alam. (64) Dialah Yang Tetap Hidup; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; maka sembahlah kamu akan Dia dengan mengikhlaskan amal agama kamu kepadaNya semata-mata. Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (65)" - Al-Ghafir



perhatikan ayat quran tu, Allah memberitahu kepada anda, bahawa Dia lah yang mencipta kita, memberi tempat tinggal kepada kita, Dia yang mengurniakan benda-benda halal utk kita makan dan banyak lagi! Indahkan ayat quran tu? dan dibahagian akhir ayat tu, Allah bagi arahan kepada kita, hamba-hambaNya.. SEMBAH lah kamu kepadaKu dengan ikhlas!! jadi tunggu apa lagi? jom kita ramai-ramai mengikhlaskan ibadah kita kepada ALLAH!! =)

Just a short note for tonight.. wassalam. moga 2 ayat ni dapat memberi makna kepada saudara semua.



-anak.soleh-

No comments: