Tuesday, October 05, 2010

Quotation Regarding Tongue..

Assalamualaikum WBT.
Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmatNya keatas kalian semua.

Diriwayatkan oleh Tarmizi dan Ibnu Najah dan Abu Hurairah, disebutkan Rasulullah s.a.w. ditanya tentang sebab terbesar yang membawa masuk syurga. Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab: Taqwa kepada allah dan akhlaq yang baik." Apabila ditanya pula sebab terbesar yang membawa manusia masuk neraka, maka Rasulullah s.a.w. menjawab: "Dua rongga badan iaitu mulut dan kemaluan."


*****

Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji, (1) -Al-Humazah


*****

Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud. "Manusia itu ada tiga macam (jenis). Pertama: Yang mendapat pahala. Kedua: Yang selamat daripada dosa. Ketiga: Yang binasa.
Orang yang mendapat pahala ialah orang yang sentiasa mengingati Allah, berzikir dan sebagainya. Orang yang selamat daripada dosa ialah mereka yang diam, manakala orang yang binasa ialah orang yang sentiasa melakukan perkara-perkara maksiat."


*****

“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam.”(riwayat Bukhari dan Muslim)

*****

"tiada suatu ucapan yang diucapkannya melainkan ada didekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir” (18)- Qaaf

*****

“ Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan orang yang menyuruh manusia memberi sedekah atau berbuat kebaikan atau mengadakan perdamaian di antara mereka.” ( 114) -Al-Nisa’

*****

“ Sesungguhnya orang yang paling dibenci Allah adalah orang yang sangat sengit dalam bertengkar.” (riwayat Bukhari, Muslim, Turmizi dan Nasa’i)



Renung-renungkanlah saudara-saudaraku..=)


-anak.soleh-

No comments: