Sunday, October 10, 2010

Perkataan yang baik dikalangan yang baik.=)

Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. (30)


Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat dan kamu akan beroleh pada hari akhirat apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh pada hari itu apa yang kamu cita-citakan mendapatnya. (31)


(Pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan dari Allah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani! (32)


Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)! (33)


Assalamualaikum WBT dan Salam Zulqaedah!


Sekadar perkongsian ayat quran karim diatas. dipetik dari surah Fussilat ayat 30-33.
sangat hebat maknanya! kalian lihatlah sendiri tafsirnya. Jika kita benar-benar bersaksi Allah itu tuhan kita, dan kita tetap berada diatas jalan yang benar i.e. kita tetap melaksanakan apa yang disuruh Allah dan meninggalkan apa yang dilarang Allah, Biznillah, dengan izin Allah anda akan mendapat banyak pertolongan. pertolongan yang Allah hantar melalui malaikatNya yang sangat patuh kepada suruhanNya. Subhanallahil Aziim, Subhanallahi wa bihamdih!


Dan setelah itu Allah mengatakan bahawa Dia lah penolong untuk orang-orang yang teguh diatas jalan yang lurus. Penolong didunia dan juga diakhirat. saudaraku, inilah janji Allah, Tuhan yang Maha Benar dan Maha Suci.


Kemudian Allah juga berfirman didalam ayat 33, Tiada yang lebih baik perkataannya, melainkan perkataan yang orang-orang yang mengajak manusia kearah kebaikan dan yang mengajak manusia melakukan amal soleh. Subhanallah. Selagi saya dan anda terus menyebarkan firman Allah kepada saudara-saudara kita, selagi kita sama-sama mengajak manusia melakukan amal soleh, selagi itu lah kita dikasihi Allah. selagi itulah perkatan-perkataan kita dianggap perkataan yang baik, yang agong dan mulia disisi Allah.


Ikhawah dan Akhawat sekalin,

marilah kita bersama-sama terus mengajak sahabat-sahabat kita untuk melakukan amal kebaikan kerana sesungguhnya jika sahabat kita melakukan amal kebajikan atas ajakan kita, kelak kita pun akan mendapat sahamnya..=)
Sabda Nabi Muhammad, Sampaikanlah dariku walau satu ayat.

Jadi apa tunggu lagi kawan-kawanku? Jom kita mulakan operasi kita! operasi yang memberi pulangan yang sangat bernilai kepada kita! =)



Ya Allah, peliharalah kami dari bisikan syaitan yang dilaknat.. ameen



-anak.soleh-