Friday, December 23, 2011

terkenangku akan keperibadian si dia...

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. :)

Kata orang, bila kita mencintai seseorang tu,pasti kita selalu menyebut-nyebut mengenai si dia. Hati selalu merindui dia. kalau ada surat yang si dia kirimkan, pasti tak jemu-jemu kita membeleknya walau sudah remuk pun surat tu dek kerana kita mengulang-ulang membacanya. Pasti kita suka menceritakan kebaikannya kepada orang lain. Pasti kita berasa senang hati bila mengingatinya. Kan?

Begitulah apa yang dirasai saya diwaktu ini. Hati ini ingin sangat bercerita tentang kebaikannya. Sangat hebat perwatakannya. Rasa rindu hati ni nak bertemunya. Surat dari dia? Banyak sudah diterima. Sudah puluhan kali diulang baca. Tak juga jemu2 diri ini membacanya. :)

Siapakah orangnya? Dialah Baginda Ar-Rasul SAW. Selawat dan Salam dikirimkan padanya. Ya, hati ini teringin bercerita tentang kebaikannya. Ingin sekali saya mengambarkan perwatakan dan akhlak baginda Ar-rasul. Mungkin tidak layak kerana diri ini tidaklah sehebat Sahabat-Sahabat Baginda. Abu Bakar, Umar, Abu Hurairah...Semuanya hebat. Iman mereka sangat mantap. Diri ini? Apa yang ada. Cuma rasa Cinta dan Rindu yang mendalam saja yang saya ada.

Suatu hari, selepas kewafatan Nabi Ar-Rasul SAW, datang seorang Badwi berjumpa Saidina Umar. "wahai Umar, ceritakan kepadaku Akhlak Nabi SAW", tanya sibadwi tu. Jawapan Umar sambil menangis,"wahai sifulan, pergilah kau menemui Bilal dan tanyalah kepadanya".

Jadi sibadwi itu terus pergi menemui Bilal Bin Rabah. Soalan yang sama dilontarkan. Jawapan Bilal sambil menangis, "pergilah kau menemui Ali. Aku tak sanggup menceritakannya". Pelik si badwi itu, tetapi terus juga kakinya melangkah menemui Saidina Ali.

Bertemu saja Saidina Ali, soalan yang sama dilontarkan. "wahai Ali, ceritakan kepada ku Akhlak nabi Muhmmad SAW". Ali pun menjawab, "wahai sifulan, ceritakan kepada ku keindahan dunia ini". Si Badwi itu bersuara, "bagaimana aku boleh menceritakan keindahan dunia ini, tidak ku mampu". Ali pun berkata, "begitulah jua Akhlak nabi, tidak mampu Aku untuk menggambarkannya. Pergilah kau menemui isteri Baginda, Saidatina Aishah".

Bertemu saja Saidatina Aishah, badwi itu bertanya soalan yang sama. Aishah bingung untuk menjawab. Bagaimana bisa dia menggambarkan? Akhirnya die bersuara, "Kana Khuluquhu al-Quran" (sesungguhnya, akhlaknya Al-Quran). Badwi itu bersuara, macam mana aku ingin mengetahui Akhlak baginda, takkan aku nak baca satu Al-Quran baru tahu bagaimana Akhlak Baginda.". Aishah pun berkata, "bacalah surah Al-Mukminun, ayat 1-11". tetapi Si badwi itu masih tidak berpuas hati. Jadi Aishah akhirnya menceritakan pengalamannya sebagai seorang isteri Nabi yang tidak mampu dilupakannya.

"suatu malam, ketika itu aku dan suamiku sudah terbaring diatas katil. Kami sudah pun berada didalam selimut. Tiba-tiba Baginda SAW meminta izinku untuk menemui Tuhannya sebentar. Lalu aku mengizinkannya. Selepas beberapa ketika, aku tersedar dari tidurku dan ketika itu sudah pun masuk waktu Subuh. Gelisah Aishah melihat suaminya tidak berada disisinya. Lalu aku pergi membuka pintu rumah dan aku mendapati suamiku tidur diluar pintu rumah. Aku terkejut lalu membangunkan suamiku. AKu bertanya mengapa kau tidur disini ya Rasulullah. Nabi menjawab, "ketika aku pulang kerumah, kau sudah pun tidur. aku khuatir tidurmu.terganggu, jadi aku tak sanggup mengetuk pintu"

Subhanallah. Maha Suci Allah. Betapa indahnya, mulianya Akhlak baginda AAr-Rasul SAW. Baginda begitu berlembut dengan isteri Baginda. Hatta untuk mengetuk pintu pun baginda tidak sanggup kerana dikhuatiri akan menggangu tidur Aishah. Benarlah sabda baginda SAW, "Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku"

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ

:)

-anak.soleh- :)

Saturday, December 17, 2011

lakonan ragam manusia dipentas dunia.... :)

disiplin juga haiwan ya? :)


....

Lelaki muda berbaju biru, wanita tua berbangsa india yang muram, pakcik peramah yang tersenyum disebalik raut wajah berkedutnya, pemuda india yang menemani ibu tuanya menunggu bas, sikecil yang girang diatas riba bondanya, wanita melayu muda yang mendengar lagu dari blackberrynya, sepasang suami isteri yang berpimpin tangan masuk ke shopping mall, lelaki india tua yang tidur ditepi jalan, peminta sedekah yang tidak henti-henti merayu orang sekeliling, lelaki tua yang begitu masam mukanya.

.......

jejaka kacak yang berjalan penuh gaya disebalik kacamata ray-bannya, sekumpulan gadis berpakaian mencolok mata bergelak tawa di satu sudut ruang, sekawan teruna sibuk menghisap rokok di koridor yang sibuk, wajah wanita yang mempamerkan emosi marah pada anaknya, kereta yang lalu lalang di jalan itu, bas yang laju melalui disebelah wanita bersama ibu tuanya…

.........

Jurujual yang kelihatan sibuk mencari pelanggan, penjual keropok yang ceria mukanya, casher yang tidak henti-henti merungut akan hal teman sebelahnya, kanak-kanak yang girang mencari baju baru disatu sudut, kelihatan wajah kurang ceria seorang ayah mengeluarkan duit di kaunter casher, si ibu yang menenangkan anak kecilnya yang menangis.

...

Ya, semua situasi diatas pasti akan berlaku disekeliling anda ketika anda keluar berjalan. Ibarat wayang gambar yang bermain, mereka disekeliling anda terus bergerak melakonkan watak masing-masing tanpa mengira sesiapa saja berada disisi mereka. Ketawa, tangisan, senyuman semua akan terpancar diwajah mereka. Muka yang manis, muka tang pucat, kusam, masam, sedih dan segala 1001 wajah bermain dikiri kanan anda. Pelbagai watak yang berlakon didalam lakonan dunia. Watak baik si dia yang menolong seorang tua yang buta melintas jalan, tidak dilupakan watak si dia yang meragut seorang ibu tua ditepi jalan yang sibuk. Anda memegang watak apa? Siapa yang menentukan watak anda?...

......

Dia yang berada disatu sudut, melihat kearah satu susuk tubuh memakai baju biru berseluar jeans dibali cermin muka, kelihatan wajahnya sedang muram mimikirkan masalah-masalah yang ada. Tetapi tiba-tiba teringat watak wanita tua yang masam menunggu bas, watak jurujual yang sedih menunggu pelanggan, watak siayah kusam mengeluarkan duit belanja dikaunter, wajah siibu tunggal yang cemas melintas jalan yang sibuk bersama 3 anak kecilnya… Terus wajah lelaki berbaju biru berseluar jeans itu kembali senyum. Tiada lagi wajah muramnya. Kerana dia tahu, setiap orang punya masalahnya masing-masing. Setiap karakter mempunyai takdir masing-masing yang telah pun ditetapkan oleh si-Pengarah jalan cerita dunia ini. Jadi, apa perlunya wajah sedih muram kecewa itu? Teruskanlah melangkah kerana diakhir jalan itu nanti, pasti kau akan merasai rehat yang panjang. Itulah rumah persinggahan kau menunggu masa tiupan kuat dari sang Malaikat menandakan tibanya waktu genting yang menentukan kemana kan kau pergi.. Sama ada ke kanan atau ke kiri. Kau tentukan!

apakah yang di'fikirkan' oleh ayam ni ye?

anak.soleh :)

Friday, December 02, 2011

beginilah sepatutnya reaksi kita .. =)

Anda Sayang Rasul? :)

Assalamualaikum Warahmatullah Wa Barakatu. Innalhamdulillah. Segala Puji bagi Allah, Pemilik kerajaan langit dan bumi. Pencipta segala yang wujud didunia. Penyemai rasa cinta kepada Hati-Hati manusia. Subhanallah, jika ingin ditulis segala kehebatan Allah, pasti tidak mampu saya nukilkan. Terlalu Banyak! Masyaallah, tidaklah semua itu terjadi, tanpa ke-izinannya yang Maha ESA. :)

Saudaraku yang dikasihi,
Jika ada teman2 anda yang melakukan mungkar, apakah tindak balas yang anda akan lakukan? Adakah dihati anda akan wujud perasaan ingin menyisihkan diri mereka dari hidup anda? Adakah anda akan merasakan, diri mereka yang terjerumus dengan kemaksiatan itu hina? Sehinggakan anda merasakan keperluan untuk menjauhkan diri dari mereka? Dan seterusnya membiarkan saja mereka terus asyik didalam "kenikmatan" maksiat itu? Adakah ini yang anda ingin lakukan wahai saudaraku?

Ya, mungkin anda merasakan diri mereka yang leka dengan maksiat duniawi itu tidak perlu diendahkan. Mungkin ada yanag akan mengatakan seperti ini, "alah, mereka yang pilih jalan tu, biarkanlah mereka". Nauzubillah, Minta kita dijauhkan dari berfikir seperti itu. Tahukah anda bahawa Rasulullah SAW amat dekat dengan pesalah2? Tahukah anda bahawa Nabi Muhammad SAW tidak menyisihkan pelaku maksiat? Tahukah anda Rasulullah SAW tidak pernah menghina orang2 yang melakukan maksiat? Subhanallah, hebatnya keperibadian Rasulullah itu. Baginda tidak pernah menyisihkan pelaku maksiat bahkan Baginda sentiasa mendekati para pelaku kesalah.

Inilah yang sepatutnya kita ikuti. Dizaman ini, kita perhatikan masyarakat menyisihkan pelaku-pelaku kesalahan. Mereka yang melakukan kesalahan ini dibiarkan tanpa ada yang sudi mendekati dan memimimpin kembali ke Jalan Sirotul Mustakim. Orang-orang yang baik ini merasakan diri mereka suci dan bersih tanpa dosa. Mereka tidak memperdulikan orang lain yang terjerumus kelembah maksiat. Inikah yang dikatakan Ukhwah Muslimin? Seorang Muslim itu seharusnya saling mengasihi sesama saudaranya. Mengasihi disini merangkumi Skop yang sangat luas. Menegur sahabat yang melakukan kesalah juga sebahagian dari kasih sayang.

Perkara yang paling penting, jangan merasakan diri anda sudah mulia kerana anda rajin melakukan Ibadah dan menjauhi maksiat. Hakikatnya, anda tidak pernh tau apakah kesudahan hidup anda, sama ada mati dalam keadaan Hina atau Mulia. Kan?

Jadi, seharusnya kita sebagai seorang yang bergelar Muslim, Mukmin, mestilah mendekati sahabat2 yang melakukan maksiat. Mereka mungkin tersilap atau terlupa, jadi tanggungjawab kitalah untuk mengingatkan mereka kembali. Jangan pernah merasakan diri anda hebat dengan ibadah2 yang anda lakukan kerana dikhuatiri ia akan berakhir dengan Riak dan Ujub seterusnya meleburkan pahala2 ibadah anda. Mahukah anda menjadi seperti itu? Nauzubillah min zalik. Akhir kata, mari kita hayati kisah ini. Moga disana ada manfaat yang boleh kita ambil, Insyaallah :)


Dalam riwayat Muslim disebutkan bahwa Abu Hurairah r.a berkata, Ketika kami sedang duduk bersama Rasulullah Saw, seorang laki-laki datang seraya berkata, Wahai Rasulullah, binasalah aku!

Rasulullah bertanya, Apa yang terjadi padamu?

Laki-laki itu menjawab, Aku telah melakukan hubungan suami-istri dengan istriku padahal aku sedang berpuasa Ramadhan.

Lalu Rasulullah Saw bertanya, Apakah ada seorang hamba sahaya yang kamu merdekakan?

Dia menjawab, Tidak.

Nabi bertanya lagi, Mampukah kamu melakukan puasa selama dua bulan berturut-turut?

Dia menjawab, Tidak.

Nabi bertanya lagi, Apakah kamu mampu memberi makan sebanyak enam puluh orang miskin?

Dia menjawab, Tidak.

Abu Hurairah berkata, Nabi Saw terdiam sejenak lalu pergi. Pada saat kami masih dalam keadaan terdiam seperti itu, beliau datang membawa sekeranjang kurma seraya bersabda, Mana orang yang bertanya itu?

Laki-laki itu menjawab, Aku di sini.

Nabi berkata, Ambillah kurma ini dan bersedekahlah dengannya.

Lalu laki-laki itu berkata lagi, Wahai Rasulullah, apakah sedekah ini harus aku berikan kepada orang yang lebih miskin daripada aku? Demi Allah, tidak ada satu keluarga pun di antara dua distrik perkampungan ini yang lebih miskin dari aku!

Mendengar jawaban dengan kata-katanya ini, Rasulullah tertawa hingga tampak gigi gerahamnya seraya bersabda, Berilah keluargamu makanan dengan kurma ini.

-anak.soleh- :)