Aku membesar dengan mu,
Ibu bapaku yang memperkenalkan ku dengan mu
Pada mulanya aku agak kekok dengan mu
Kadang-kadang kita agak berbeza – bahasa, citarasa dan latar belakang,
Tetapi ajaibnya kau tidak pernah kisah akan hal itu
Terus menerus kau setia disisi ku
Semakin aku membesar, semakin aku kenali dirimu,
Aku diajar oleh guru-guruku mengenai sikap mu,
Baru ku sedar betapa kau teman ku sihidup semati,
Tetapi kerana sikapku yang tidak menentu,
kadang-kadang aku membelakangkanmu,
Kau tidak ku layani sebagai seorang sahabat
Ketika aku kegembiraan, kau tidak ku temui berkongsi kegembiraanku
Tetapi disaat aku kegelisahan, kau lah yang aku cari
Dan seperti biasa, kerana kesetiaan kau,
kau tetap menerima sahabatmu ini,
Semakin hari kita semakin serasi,
Aku yakin kau ialah sahabat dan temanku yang ku cari-cari selama ini
Ku yakin kau akan berada disisiku setiap masa dan keadaan
Walau dalam kealpaan ku kepada Pencipta-ku dan Penciptamu,
Kau tetap menghulurkan tangan membantu ku mencerahkan derapan langkahku,
Aku gembira dan bersyukur
Kerna aku dikurniakan sahabat sepertimu,
Yang sentiasa setia menemani langkahku.
Oh sahabat, aku sangat berharap mereka-mereka itu pun punya sahabat sepertimu
Aku tidak kisah jika kau turut menjadi sahabat mereka,
Dan aku tidak akan sesekali merasa cemburu akan hubungan mu dengan mereka
Kerna ku yakin kau sahabat yang diciptakan Allah untuk semua umat manusia!
Ya, kau lah sahabatku,
Si pebimbing manusia kejalan cahaya – Al-Quran Al-Karim, Kalamullah..
Ya Allah, aku sangat bersyukur atas kurnian ini & Janganlah kau pisah aku dengannya..
Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya. Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran. Ar-Rahman, 1-2 |