Tuesday, May 01, 2012

Dekatkanlah dirimu dengan Rabbmu!

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh. Penulisan ini bertujuan untuk mengingatkan diri saya dan anda semua akan kepentingan untuk mewujudkan hubungan yang akrab dengan Rabb kita iaitu Allah SWT. Setiap hari kita bangun dari tidur, kita dikurniakan dengan nyawa yang baru (kerana sewaktu tidur, kita ibarat mati sementara). Kemudian kita juga dikurniakan dengan harapan baru untuk memulakan hidup, ditambah juga dengan rezeki sarapan di pagi hari. Bayangkan, diwaktu pagi saja kita sudah dkurniakan dengan bermacam-macam rezeki. Pernahkah kita semua reflek semula akan nikmat-nikmat ini? Kadang-kadang, kita tidak sedar pun bahawa kita sedang enjoy dengan nikmat yang Allah berikan. Contohnya, ketika bangun tidur, cuaca disekeliling kita amat baik, kedua ibubapa kita masih ada, dan rumah kita yang masih kukuh ditempatnya.

 Firman Allah didalam surah Ar-Rahman, “Maka Yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, Yang kamu hendak dustakan?” menggambarkan betapa banyaknya nikmat yang Allah sediakan untuk kita. Jadi, amat pentinglah untuk kita bersyukur dengan nikmat-nikmat ini seterusnya berusaha untuk mewujudkan hubungan yang AKRAB dengan Allah Azza Wa Jalla. Kenapa begitu? Apa perlunya kita wujudkan hubungan yang AKRAB?

Saya tanya pada diri saya dan anda, siapakah Allah? Apa kedudukan Allah? Allah ialah RAbb kita, yang telah menciptakan kita, yang menciptakan ibubapa kita, yang telah menciptakan alam semesta, yang menberikan makanan dan minuman kepada manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, yang melancarkan system pencernaan setiap manusia, flora dan juga fauna, yang mengalirkan air-air sungai dengan lancer, yang menciptakan lumut-lumut dibatu-batu sungai. Masyaallah! Just Imagine, luar biasa sungguh kuasa Allah. Dalam satu masa, Allah menjaga dan manage semua Makhluk seadilnya. Pernahkah kita semua terfikir akan kehebatan ini? Betapa tinggi dan mulianya kedudukan Allah sesuai dengan nama-Nya Al-Karim.

 Kewujudan rasa bertuhan didalam hati kita akan menguatkan kita ketika kita didalam kesusahan kerana kita tahu dan yakin bahawa Allah tahu akan keadaan kita dan Dia pasti akan menolong kita. Apabila hubungan kita dengan Allah menjadi Akrab, kita akan selalu berbaik sangka dengan segala yang berlaku pada hidup kita. Kita akan yakin bahawa setiap yang berlaku didalam hidup kita pasti mempunyai Hikmahnya tersendiri. Kadang-kadang hikmah itu akan terlihat setelah kita Berjaya melalui ujian itu. Seorang kekasih tidak akan mensia-siakan kekasihnya. Dia pasti akan memberikan yang terbaik kepada cintanya itu. Begitulah Allah, tuhan yang menciptakan jasad dan roh kita, Dia tahu akan maslahah dan kebajikan kita. Bukanlah ujian yang mendatang itu satu penghinaan dari Dia, tetapi ia merupakan salah satu cara untuk merapatkan hamba itu dengan-Nya. Selain itu, ujian itu brsifat memberi peringatan. Kadang-kadang, didalam berbicara atau beraktiviti, kita melampaui batas yang ditetapkan, jadi Allah ingin memberi peringatan kepada kita. 

Dekatkanlah dirimu dengan-Nya kerana itulah tujuan kita ini dihidupkan. Bukanlah kita ini wujud semata-mata untuk mengumpul harta yang banyak, atau mencari jejaka/ wanita yang tampan atau cantik sebagai teman hidup. Tetapi ia lebih dari itu. Mencari dan memburu redho Allah. Itulah tujuan dan matlamat kita kerana kita sedang melalui satu penjelajahan didalam ‘hutan dunia’ untuk mencari ‘permata iman’ demi menyediakan kehidupan yang baik selepas kehidupan dunia yang sementara ini. Marilah, dan marilah! Kita hubungkan semula tali percintaan dengan Rabb kita. Amat rugi dan malanglah mereka yang mensia-siakan peluang yang diberi oleh Allah untuk mencari dan mengumpul amalan yang baik didunia ini. Janganlah kita menjadi seperti mereka-mereka yang ketika didalam kubur merasa menyesal akan perbuatan mereka didunia dan berharap agar Allah memberikan mereka peluang walau sesaat kembali kedunia untuk beramal kepada-Nya.

 Akhir kata, marilah kita mensucikan hati kita dan mencari wasilah (jalan) untuk mendekatkan diri kita kepada Allah, Rabb Al-Alamin!

 Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan (QS, 5:35) 

 -anak.soleh-

No comments: