Assalam Alaykum wahai jiwa-jiwa yang tenang dengan Deen. Mari kita berimiginasi? Sebelum itu, ketika berimiginasi, pastikan mata anda ditutup.
Situasi 1: Kemudian bayangkan kita memasuki sebuah rumah 2 tingkat. Ketika kita memasuki pintu rumah itu, dari tingkat 2 ada orang menyimbah ke badan kita air panas yang mendidih-didih. Seolah-olah itulah sambutan bagi meraikan kehadiran kita kerumah itu. Bayangkan apa yang akan berlaku pada badan kita? Allahuakbar, pasti badan kita akan melacur teruk.Pasti kita meraung-raung kesakitan. Pasti kulit badan kita akan kemerahan dan pedih teramat. Kenapa saya minta anda bayangkan? Kerana saya ingin membawa diri saya dan anda kepada satu firman Allah:
"Dan jika ia dari (puak kiri) yang mendustakan (Rasulnya), lagi sesat,
Maka sambutan yang disediakan baginya adalah dari air panas yang menggelegak" Surah Al-Waqi'ah, 92-93
ini baru dunia, bagaimana pula kepedihan diakhirat? Pasti lebih beratkan? |
Situasi 2: Anda sedang kehausan yang amat sangat. Pastinya air sejuk itu menjadi keinginan anda ketika itu. Tiba disatu kedai makan, tanpa melengahkan masa, anda terus masuk dan pesan air sejuk 2 gelas. Tetapi bukan air sejuk yang dibawa, malah air panas yang mendidih-didih dihidangkan. Apa respon anda ketika itu? Bayangkan bahawa anda tidak memikir panjang, terus tangan anda menyambar air panas itu dan minum dengan lahapnya. Bayangkan air panas itu memasuki mulut anda, melecurkan lidah dan lelangit anda, kemudian memasuki perut anda melalui tekak anda. Tanpa henti anda terus minum air panas itu. pasti melecurkan sistem dalaman badan anda? CUba fikir kembali, jika kita dihidangkan air panas, pasti kita minum sedikit-demi sedikit kerana kita tahu, air panas itu boleh melecurkan lidah kita. Tapi dalam hal ini, anda tidak berhenti, malah minum seminum-minumnya! Persoalannya, kenapa saya suruh anda bayangkan hal ini pula? Kerana saya ingin kita sama-sama menghayati firman Allah ini:
"Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak,
“Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas" Surah Al-Waqi'ah, ayat 54-55.
Nampak sedap bukan? Cuba anda minum sekali teguk satu cawan. Mampu? |
Ayat-Ayat yang lampirkan diatas tadi merupakan hukuman-hukuman yang akan diberikan kepada mereka-mereka yang bergelar GOLONGAN KIRI. Iaitu golongan yang membelakangkan agamanya, yang mengkhianati janjinya dengan Allah, yang ingkar sujud pada-Nya, yang berjalan diatas muka bumi ini dengan sombong tanpa menghadirkan rasa perhambaan kepada-Nya. Mereka-mereka yang seperti ini (malah banyak lagi karekter-karekter Golongn Kiri ini) akan diazab oleh Allah dengan sedasyat-dasyatnya. Ketika hari itu, segala kekayaan kita, kesombongan kita atau kemegahan kita tidak mampu menolong kita. Ingtlah, Azab Allah itu sangat DASYAT dan HEBAT. Allah mempunyai sifat pengasih dan penyayang kepada hamba-hamba-Nya tetapi DIA juga mempunyai sifat BENGIS kepada hamba-hamba yang mengingkari-Nya! Allah juga turut berfrman didalam surah Al-Maidah ayat 2:
"Sesungguhnya Allah sangat keras azab-Nya (azab Allah)"
Jadi tidak takutkah kita? Bayangkan dan bayangkanlah! Bayangkan anda terjatuh dari titian sirat dan anda termasuk kedalam Neraka Allah yang sangat mengerikan! Na'uzubillah. Moga Kita terlindung darinya. Semoga kita sentiasa termasuk kedalam golongan orang-orang yang selalu bertaubat dan berusaha mensucikan diri. Marilah kita mengambil iktibar dari ayat-ayat Allah yang Benar ini. Moga kita menjadi hamba yang AKRAB dengan RABB kita Ameen. Sekian dahulu. Wassalam Alaykum.
Ya Allah, saksikanlah bahawa aku telah berusaha menyampaikan Ayat-Ayat-Mu kepada saudara-saudaraku!
-anak.soleh-
No comments:
Post a Comment