jika tubuh itu milikmu? |
Suatu hari tubuhmu akan terhenti
Udara tidak lagi diseduti
Darahmu mengalir mati
Kaku membeku menyendiri
Kau akan terpejam membuta
Tiada upaya berkata
Tiada daya bercerita
Hanya diratapi keluarga tercinta
Kau dimandikan mereka
Kau dikapankan mereka
Kau disolatkan mereka
Kau diusung mereka
Kemana kau mahu pergi?
Kemana kau akan berlari?
Tidakkah kau sedar hakikat ini
Berpisah sudah jasad dan ruhi
Sesudah kau dikambuskan tanah hitam
Datanglah 2 lembaga hitam
Sinis menatapi jasadmu yang kelam
Sambil kau merenangi nasibmu yang kian suram
Apa kesudahanmu kelak?
Derita sengsara atau gembira bergelak?
Sudahkah kau menyiapkan simpanan?
Atau masih menanti maut tanpa bekalan?
Kau tentukan!
-anak.soleh-
No comments:
Post a Comment