Terkadang
Manusia
yang kau senangi
Manusia
yang kau sanjungi
Manusia
yang kau hormati
Menjadi
manusia yang kau benci
Bukan
kerana penyakit hati
Tapi
kerana perbuatan jasmani
Mereka
yang kau sanjungi
Menjadi
tubuh yang mempersenda
Menghina
dan mencerca
Segala
sesuatu tentang dirimu
Tiadalah
dayamu untuk memberontak
Bukan
caramu untuk menempelak
Disaat
itu kau hanya mampu senyum
Melihat
karenah mereka yang jijik
Melakar
seribu satu tentangmu
Bersenjatakan
lidah yang lembut tidak bertulang
Namun
tajam bak belati usang
Menikam
hati dan jantungmu
Lantas
berdarah
Namun
pada mereka kau tiada apa
Mereka
hanya menyaksikan senyuman palsu
Yang
terukir lesu
Sejujurnya
mereka bukanlah manusia itu lagi
Manusia
yang kau pernah hormati
Manusia
yang pernah kau sanjungi
Manusia
yang pernah kau senangi
Disaat
itu kau ukirlah Firman Ilahi
Ukirlah
disatu sudut akalmu
Agar
kau tenteram
Agar
hatimu senang
Kerana
kau masih ditemani Tuhan
“…dan
apabila orang-orang Yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada
mereka, mereka menjawab Dengan perkataan Yang Selamat dari perkara Yang tidak
diingini”
Al-Furqan,
63
naina
…
No comments:
Post a Comment