Monday, April 25, 2016

Buntu

Longlai langkahmu
Melihat tadbir hidup mu
Yang mengoncah kalbu
Terasa sesak dada beradu
Seolah tiada ruang mengadu
Hanya titik buntu
Mengikat segala sesuatu

Diri terasa diapungan lautan
Yang dalam tiada ungkapan
Kau cuba menyelam
Mencari jawapan segala kusutan
Namun dasar tiada kelihatan
Kau pulang kehampaan

Berbisik bisik nurani
Bertanya itu dan ini
Kemana pergi Ilahi
Mengapa diri selalu sendiri
Bilakan bahagia datang memanyungi

Namun Iman masih mendiami
Dicelahan kekusutan hati
Menerangi jalan berduri
Membawa mu terbang ke Ilahi
Menoktahi segala persoalan nurani
Meyakini bahawa Tuhan ada menemani
Mendakapmu tanpa kau sedari
Menuntun langkahmu dilorong berduri
Lantas tenang memayungi
Hati nuranimu yang suci

Berkata Tuhanku pada sang Nabi
Ujian Ku bagi mereka yang Ku sayangi
CintaKu bagi mereka yang bersabar hati
BahagiaKu bagi mereka yang mensyukuri
Jadi tenanglah wahai jiwa yang murni! 

Semoga terus kuat wahai sahabatku! 

It is He who sent down tranquillity into the hearts of the believers that they would increase in faith along with their [present] faith. And to Allah belong the soldiers of the heavens and the earth, and ever is Allah Knowing and Wise.
Al-Fath, 4


Yiruma - When the love falls.

No comments: