Tuesday, December 07, 2010

Kecantikan Seorang Lelaki...=)

Assalamualaikum WBT dan Salam Kesejahteraan kepada semua sahabat2!


"kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati,seluruh kecantikan yg ada pd nabi Muhammad saw. adalah keindahan yang sempurna seorang lelaki"

Satu quote saya dapat dari seorang teman. Termenung saya selepas membaca quote tersebut. agak ringkas tetapi penuh dengan hikmahnya. key-word yang digunakan ialah 'Kemuliaan Hati'. ya, even Nabi Muhammad SAW pernah bersabda dalam hadithnya berkenaan hati. antara sabdanya, "jika baik hatinya, maka baiklah seluruh dirinya". Kita juga biasa dengar, hati ibarat Raja sebuah kerajaan. jika baik Raja itu seperti Khalifah Umar Al-Aziz, maka baiklah seluruh rakyatnya. dan jika sebaliknya berlaku, anda tahu jawapannya. begitulah hati kita ibarat raja untuk badan kita. tangan kita akan terarah untuk mencuri jika hati kita kuat mengarah kita untuk mencuri. dahi kita akan bersujud jika hati kita mengarah kita untuk bersujud kepada Ilahi. anda bersetuju dengan saya?

Seterusnya, dalam quote tersebut, ia menyebut, Nabi Muhammad SAW adalah keindahan yang sempurna seorang lelaki. Sebagai seorang lelaki, saya sepatutnya atau boleh dikatakan Wajib untuk saya mencontohi Nabi Muhammad SAW. even dalam Al-Quran Allah berfirman,

'sesungguhnya pada diri Nabi Muhammad itu terdapat suri tauladan'

dan dalam hadith pun Siti Aishah -Si Humaira pernah menjawab apabila ditanya seorang sahabat mengenai bagaimana Akhlak Nabi Muhammad, jawapannya, akhlak Nabi Muhammad ialah Al-Quran. Rasulullah rasul junjungan juga mendapat gelaran Al-Quran bergerak. apa hebatnya dengan gelaran dan akhlak seperti Al-Quran? pastilah sangat hebat. lihat saja apa yang ditulis dalam Kitab Al-quran, semua benda baik-baik kan? Begitulah sifat Nabi kita. dibaling tahi, dibalas dengan senyuman. dibaling batu, dibalas dengan doa yang baik2. Maha Suci Allah menciptakan Insan seAgung begini. Puji-Pujan untuk ALLAH SWT.

Semoga Generasi Adam mahupun Hawa selalu menjadikan Nabi Muhammad sebagai Suri Teladan, Insyaallah. And TQ to teman yang menghantar quotation yang ringkas tetapi amat bermakna. Allah pasti membalasnya dengan Pahala berganda.Insyaallah.. =)


-anak.soleh-

2 comments:

Danial Izzat Zulbahari said...

nice bro... so jadi la kahwin ni ek? ^_^

hakim.halim said...

haha...sje je ko kn mengusik aku.!