Sunday, February 13, 2011

Hati-Hati! Mereka nampak kita!

"Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil dia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: Aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman" Al-A'raf,(27)

Assalamualaikum wahai semua umat Muhammad dan Anak-anak Adam sekalian!! Apa kabar anda harini? Bagaimanakah kesihatan jasmani anda? Dan juga, bagaimanakah kesihatan rohani anda? Sihatkah Iman anda itu? Kalau perut anda telah pun diisi dengan pelbagai jenis makanan tengah hari tadi, bagaimana pula perut rohani anda? =)

Sudah bacakan petikan Ayat Al-Quran diatas? Lihat betapa hinanya Si Iblis dan Kaum Kerabatnya. Allah telah pun mengarahkan kita menjauhi mereka. Allah berfirman menggunakan word, 'JANGANLAH'. Satu perkataan yang keras tu... Pernah tak ketika anda kecil-kecil dulu, bila anda cuba panjat tangga atau dinding, Ibu atau Bapa anda cakap, eh along, jangan panjat tangga tu, bahaya!

Bila mak ayah kita menggunakan prkataan 'JANGAN', mesti sebab mereka nak larang kita dari berbuat sesuatu kan? Dan perkara yang mereka larang tu, kebiasaanya bahaya. Begitulah Allah cuba melarang kita dengan menggunakan JANGAN.

Kita semua maklumkan, bisikan syaitan itu sangat bahaya. Bahaya sehingga jika kita terleka, akidah kita pun boleh terpesong. Bila akidah terpesong, seat diJahanam dah reserve satu untuk kita. Nauzubillah Min Zalik. Jika anda perhatikan, Allah memetik peristiwa Nabi Adam dan Hawa sebagai contoh untuk kita. Supaya kita, anak-anak adam ni mengambil pelajaran dan JANGAN mengulang kesalahan itu.

Diakhir ayat, Allah berfirman, Si Syaitan ni nampak kita, tapi kita tak nampak mereka. Ok, semua orang cuba bayangkan, anda dalam suatu peperangan diwaktu malam. Musuh anda mempunyai alat pengesan manusia diwaktu malam, tapi anda sebalikmya tiada. Bahayakan? Kalau kita tidak berhati-hati, silap2 nyawa kita melayang. Keadaan waktu itu mesti sangat mendebarkan. Kematian boleh datang bila-bila masa saja.

Begitulah keadaan kita sekarang. Musuh kita(syaitan) mempunyai alat pengesan manusia manakala kita, berada dalam keadaan yang genting sebab kita sebaliknya tiada alat pengesan itu! Bila-bila masa saja syaitan boleh datang dan menembak kita. So, apa yang kita boleh buat ialah, berhati-hati! Jika orang buta itu buta mata, tetapi hakikatnya hati mereka sangat celik. Begitulah kita sepatutnya, walau mata kasar kita tidak boleh nampak tentera syaitan ni, tetapi hati kita boleh nampak. macam mana tu? Hati kita ni, kalau suci dan bersih, insyaallah boleh guide kita supaya tidak terikut dengan pujuk rayu syaitan. Kerana, waktu itu, akal kita menguasai nafsu kita, filter hati kita pun bersih dan boleh membezakan mana yang mungkar, mana yang makruf. Percayalah!

So, solusinya disini, perkuatkanlah hati anda. bersihkannya. Pagi2 bangun tidur, jangan fikir nak kenyangkan perut dulu, tetapi kenyangkan hati kita dulu. dengan cara apa? Baca Al-Quran, Kitab-Kitab Agama, Zikrullah dan macm-macam lagi. Segalanya ditangan anda. Anda yang mengkemudi diri anda! =)

Sekian dulu, Moga bermanfaat, Insyallah..


-anak.soleh-

No comments: