Tuesday, February 22, 2011

Jangan meremeh-remehkannya..

Muslim meriwayatkan dari Abu Zar r.a. , Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:

"Janganlah sekali-kali engkau meremehkan kebaikan meskipun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah ceria"

Dipetik dari kitab Riyadhus Solihin Bab jalan-jalan kebaikan.

Assalamualaikum kuucapkan kepada semua saudara-saudara islam ku. Semoga hari ini, hidup anda dimulakan dengan barakah dari Allah SWT. Tidak dilupakan Selawat dan Salam keatas jujungan kita, Nabi Muhammad SAW Amirul Mukminin wa Saidinina.

Dalam hadith riwayat Muslim diatas, Nabi Muhammad saw cuba sampaikan kepada kita bahawa, janganlah kita memperlekehkan sesuatu kebaikan walaupun ianya hanya kecil dan mungkin tidak terlalu hebat bagi kita.

Contoh yang Nabi bagi dalam hadith diatas ialah, mempamirkan muka ceria kepada sahabat-sahabat kita bila kita bertemu mereka. tidak kiralah dimana kita jumpe, didalam kelas ke, ditengah jalanke, di pasar malam ke, jangan lupa untuk mempamirkan muke ceria. Cuma kadang-kadang, ada orang yang kita tak mampu untuk bermuka ceria denganya kerana terdapat "konflik" antara kita dan dia. saya juga pernah merasainya. Apa yang boleh saya buat, saya kirimkan doa-doa kebaikan untuknya moga Allah sentiasa merahmatinya kerana saya tak mampu senyum depannya.

Itu salah satu contoh yang nabi bagi, ada banyak lagi contoh lain seperti mengangkat sampah dijalan, mendahulukankan sahabat kita, memberi makan kepada haiwan dan macam-macam lagi.

Jadi, marilah kita sama-sama mengamalkan hadith ini semampu yang kita boleh buat. Wassalam. =)



-anak.soleh-

No comments: