Thursday, February 10, 2011

Mataku dan Matamu..


Berfirman Allah didalam surah An-Nur-

'Katakanlah kepada orang-orang mukmin lelaki supaya memelihara pandangan mereka' (30)

'Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka' (31)

Sabda Nabi Muhammad SAW-

'Pandangan itu ada satu panahan dari panahan Iblis'

Didalam Riwayat Thabrani,

'Hendaklah kamu memelihara pandangan mata kamu, menjaga kehormatan (kemaluan) kamu atau Allah akan menjelekkan wajah kamu'


Bismillah, Dengan Nama Allah saya mulakan. Alhamdulillah, Puji Pujian kehadrat Tuhan semesta alam, Allah Rabbul Alamin, kerana dengan kehendakNya, kita masih lagi dikurniakan bermacam macam nikmat yang kita sendiri mustahil dapat menghitungnya. Dari kita bangun tidur sampailah kita tidur kembali- Begitu banyak nikmat yang kita dapat, dan jangan lupa, Tidur itu pun satu nikmat Allah! =)

Saya mulakan entry kali ini dengan memetik beberapa ayat Quran Karim dan hadith Nabi Muhammad SAW yang membicarakan mengenai keperluan menjaga pandangan mata kita. Hakikatnya, boleh kata semua perkara itu akan bermula dengan pandangan mata. lagi-lagi maksiat. Orang kata, dari mata turun kehati. Betullah tu, dari satu pandangan mata, terbitlah keinginan membuat sesuatu itu dihati kita.

Kan nabi pun cakap, Hati itu ibarat Raja yang memerintah. Kalau baik 'raja' itu, baiklah 'rakyatnya'. hakikatnya, memang sukar untuk menjaga mata, lagi-lagi bila kita hidup dalam masyarakat yang mempunyai berbagai bagai karenah. Ada yang keluar rumah dengan siglet dan seluar pendek, Skirt, jeans ketat dan macam-macam lagilah fesyen pakaian terkini.

Semua ini bolehlah saya katakan satu bentuk ujian yang berat untuk 'mata' orang-orang mukmin dan mukminat. Sebab itulah, Rasul Junjungan menyuruh kita merendahkan pandangan mata - "Lower your gaze". Kemana-mana kita pergi pun, cubalah yang terbaik untuk menjaga pandangan kita. Jika kita gagal menjaganya, pasti teruk kita nanti bila bertemu Allah Taala. Mata kita ini akan menjadi saksi didepan Allah taala.

'mata kita' akan berkata bahawa sipolan dan sipolan ini gagal menjaga matanya. Pantang saja nampak wanita seksi, pasti matanya akan tertarik sekali. Pantang nampak lelaki bertubuh sasa, pasti ekoran matanya tidak henti-henti mengikutinya.!!

Kesimpulannya, Allah taala telah mengurniakan anugerah mata kepada kita, jadi janganlah kita mensia-siakannya. Gunakanlah matamu untuk melihat kecantikan Alam ini, agar terbit rasa syukurmu terhadap Allah. marilah kita menggunakan nikmat mata ini untuk membaca buku-buku agama, mentadbur alam dan pelbagai lagi aktiviti yang mendatangkan pahala. Moga dengan itu, kita tergolong dalam golongan orang-orang bertaqwa.

Wa Adkhilna Jannata Ma'al Abrar...!! =)



-anak.soleh-

No comments: