Saturday, April 16, 2011

coretan..

Assalamualikum.

Berada di Masjid Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur International Airport.
Menggunakan WIFI KLIA.
Menghadiri Mukhayyam Dakhili 2011 (MUDAH'11).
Moga jasad ini akan 'gain' sesuatu yang bermanfaat didalam program ini, Ameen.

Allah ma'i wa ma'na, kata seorang sahabat dan teman saya. Ya, memang betul Allah sentiasa bersama saya dan anda semua.
Semoga Allah menetapkan jalan yang lurus kepada kita semua.
Tetapi di jalan yang lurus itu pasti ada juga durinya. Maka beruntunglah mereka yang mengutip duri itu dan melontarkannya ketepi dan meneruskan langkah kakinya.

Islam agama yang indah, dicantikkan lagi dengan akhlak para penganutnya. Pastilah kesannya sangat luarbiasa!

Islam indah dengan ajarannya + Akhlak yang baik para penganutnya = tip top!!

Analoginya mudah - Qayyum seorang jejaka yang kacak bernikah dengan Zulaikha yang cantik rupawan. kesannya? lihatlah nanti rupa baby yang dikandung zulaikha. Pasti Comel! =)



-anak.soleh-

Sunday, April 10, 2011

::Kelebihan Al-Quran dan Surah serta Ayatnya:: =)

"Sebaik-baik kamu adalah orang yang mahu mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain"
(Riwayat Al-Bukhari)


"Bacalah Al-Quran, kerana pada hari kiamat kelak dia akan datang memberikan syafaat kepada pembacanya"

(Riwayat Muslim)


"Mahukah aku beritahukan kepadamu satu surah Al-Quran yang nilainya paling agung sebelum engkau keluar dari masjid? Baginda lalu memegang tanganku. Ketika sudah hampir keluar, aku berkata; 'Ya Rasulullah, tadi engkau berkata bahawa engkau akan memberitahukan kepadaku surah Al-Quran yang nilainya paling agung' Baginda bersabda; 'Iaitu surah Al-Fatihah, dialah al-Sab'ul Matsaanii(tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang) dan al_qurannul Azim yang diberikan kepadaku"

(Riwayat Al-Bukhari)


"Sesiapa yang membaca dua ayat terakhir daripada surah Al-Baqarah pada malam hari maka sudah cukup baginya"

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

note: Sudah cukup baginya = ada pendapat yang mengatakan terjaga dari sebarang yang tidak disukai sepanjang malam, ada juga berpendapat seperti melakukan Qiyamulail.


"Ya Abu Munzir, tahukah engkau ayat manakah daripada Al-Quran yang telah engkau hafal seluruhnya yang nilainya paling agung? Aku menjawab; 'Ayat Kursi'. Baginda lalu menepuk dadaku lalu bersabda; 'semoga ilmu yang kau miliki membuatmu gembira, wahai Abu Munzir"
(Riwayat Muslim)


"Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: 'pada hari kiamat kelak, Al-Quran beserta mereka yang mengamalkannya didunia akan didatangkan sementara surah Al-Baqarah dan Ali-Imran berada dibarisan hadapan, keduanya saling berhujah(berkaitan masalah mereka yang mengamalkan kedua-duanya didunia"

(Riwayat Muslim)


* HADITH-HADITH INI DIPETIK DARI KITAB RIYADUS SOLIHIN, JADI SUMBERNYA INSYAALAH SAHIH. =)

moga kita sama-sama boleh mengamalkannya, insyaallah! =)


-anak.soleh-

Friday, April 08, 2011

Taubat - Hadith dan Ayat Quran

Assalamualaikum. Ingin berkongsi beberapa Hadith dan Ayat Quran berkaitan taubat..


"Sesungguhnya Allah sangat menyukai kepada taubat seorang hamba-Nya daripada sukanya seseorang yang menemukan kembali untanya setelah hilang di tengah padang sahara"
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


"Sesungguhnya Allah SWT membuka tangan-Nya di malam hari untuk menerima taubat orang yang melakukan dosa di siang hari dan membuka tangan-Nya di siang hari untuk menerima taubat orang yang melakukan dosa di malam hari. Hal ini berlaku sehinggalah matahari terbit disebelah barat"
(Riwayat Muslim)


"Dan mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya. Sesungguhnya Tuhanku Maha Mengasihani, lagi Maha Pengasih"
(Hud, 90)


"...dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya"
(An-Nur 31)


Moga Bermanfaat bagi mereka yang berfikir.


-anak.soleh-

Thursday, April 07, 2011

Bila Aku ditimpa kesusahan.. ='(

Bila Aku...

Ditimpa Masalah:

"Ya Allah susahnya macam ni. Asyik masalah je hidup aku. Tolonglah aku Tuhan, keluarkanlah aku dari masalah ni.."


Sedih:

"Adoi...sedihnya aku Ya Allah.. Bantulah aku tuhan. keluarkanlah aku dari kesedihan ini.


Gagal:

"ish2..=( sedihnya. Asyik2 gagal. Sekali lagi..Ya Allah kepada Mu lah aku memohon pertolongan. Tolonglah aku. Aku merayu sangat2.."


Dianiyai:

"Ya Allah!!! mereka dok aniya aku. Bantulah aku hambaMu yang lemah ni.."


Sakit Hati:

"Wahai Tuhan, yang Maha Mendengar, hatiku sakit Ya Allah.. lapangkanlah hatiku ni.."


Gelisah:

"Ya Allah, tenangkanlah hatiku, lapangkan lah dadaku. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku meminta"


Nak Exam:

"Ya Allah esok paper Criminal. Bantulah aku Ya Tuhan. Susah subjek tu Ya Allah. Permudahkanlah ya Tuhanku..."


Putus cinta:

"Allah hatiku yang dulunya berbunga kembang kini telah layu. Sakit hatiku ini ditinggalkan kekasih. Redakanlah keresahan ku ya Rabbi.."


Ditimpa Kesempitan dalam hidup:

"Ya Allah, hanya kau tempat ku meminta, bantulah aku. Permudahkanlah jalan hidupku ini.."


Dan pelbagai lagi jenis kesedihan dan keresahan dan bla2...:

"Ya Allah, Ya Allah dan Ya Allah.. Bantulah aku!!!!"


Tapi kalau aku dapat NIKMAT...:

YEay!!! Dapat A dalam exam! Yes!

Yahoo...Google!! Dapat kerja!!

Wau!! macam tak percaya je aku dapat hadiah RM 1000!!

Hilang dah perkataan 'Ya ALLAH' yang disebut sebut tadi..hmmm

'hati diketuk, iman ditanya
saya ketuk saya juga yang jawab'



Point to ponder:

'Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Tuhannya Dengan keadaan rujuk kembali bertaubat kepadanya; kemudian apabila Allah memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) daripadanya, lupalah ia akan Segala bahaya Yang menyebabkannya merayu kepada Allah sebelum itu dan ia pula menjadikan sekutu-sekutu bagi Allah, untuk menyesatkan dirinya (dan orang lain) dari jalan Allah. Katakanlah (kepadanya): "Bersenang-senanglah Engkau Dengan kekufuranmu itu bagi sementara, Sesungguhnya Engkau dari penduduk neraka'
(Az-Zumar, 8)


'Tidakkah kamu memerhatikan orang-orang yang telah menukarkan nikmat Allah dengna ingkar kepada Allah...'
(Ibrahim, 28)


'Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu ingkar kepadaKu'
(Al-baqarah, 152)


'Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan Demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar Sesungguhnya azabKu amatlah keras"'
(Ibrahim, 7)

'Maka Yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, Yang kamu hendak dustakan?'
(Ar-Rahman, 13)


Tak salah nak mengadu kepada Allah. Memang perlu tapi perlulah balance. Bila susah mengadu, bila senang pun ingat Allah dengan cara bersyukur.

'(Nabi Yaakub) menjawab: "Sesungguhnya Aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah dan Aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu) dari Allah, apa Yang kamu tidak mengetahuinya'
(Yusuf, 86)


Peace no War!! =)

-anak.soleh-

Monday, April 04, 2011

Muslim keatas muslim lainnya haram maruahnya...

Wahai orang-orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya Yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya Yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
Al-Hujurat: 12

Sabda Rasulullah:
"Jauhilah kamu berprasangka buruk kerna prasangka buruk itu merupakan perkataan yang paling dusta. Janganlah kamu saling selidik menyeidik, saling bersaing dalam keduniaan, saling benci membenci dan saling berpaling. Jadilah kamu para hamba Allah yang saling bersaudara sebagaimana telah Allah perintahkan. Seorang Muslim adalah saudara Muslim lainnya, dia tidak layak menzaliminya, merendahkannya dan menghinanya. Takwa itu ada disini. Lalu baginda menunjukkan ke dadanya. Cukuplah seseorang dikatakan melakukan dosa jika dia menghina saudaranya sesama Muslim. Setiap Muslim atas Muslim lainya Haram darahnya, Kehormatannya, dan hartanya. Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada bentuk tubuh dan rupa paras kamu, namun Dia melihat kepada hatimu"
Riwayat Muslim


Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.
Al-Hujurat 6


-anak.soleh-

kempen mengingati mati...

mari kita buat kempen 'jadikan gambar kubur sebagai wallpaper laptop' =)

Dari Abu Sa'id r.a katanya: (Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w masuk ke tempat sembahyangnya, lalu dilihatnya beberapa orang sedang gelak ketawa, Baginda s.a.w pun menegur mereka dengan bersabda: "Ketahuilah! Sesungguhnya kalau kamu banyak menyebut dan mengingati perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan tentulah peringatan mengenainya akan menghalang kamu daripada melakukan apa yang aku lihat ini, maka hendaklah kamu selalu mengingati dan menyebut perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan, iaitulah maut, kerana sesungguhnya pada tiap-tiap hari kubur menyeru, katanya: "Akulah rumah dagang, akulah rumah yang sunyi sepi, akulah rumah yang penuh dengan tanah, akulah rumah yang penuh dengan ulat". Maka apabila hamba Allah yang mukmin dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: "Dipersilakan dengan segala hormatnya! Ketahuilah sebenarnya adalah engkau - kepada ku - sekasih-kasih orang yang berjalan atas ku, oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepadaku pada hari ini, maka engkau akan melihat layananku kepadamu'; Kubur itu pun menjadi lapang baginya seluas mata memandang, serta dibukakan baginya sebuah pintu ke Syurga, (lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan udaranya, serta ia dapat mencium dari baunya yang semerbak harum dan merasa senang hati dari segala yang dilihatnya dalam Syurga itu). Dan sebaliknya apabila oarang yang berdosa atau orang kafir dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: "Tidak layak engkau disambut dan dipersilakan; ketahuilah sebenarnya engkau - kepada ku - adalah sebenci-benci orang yang berjalan atasku; oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepada aku pada hari ini, maka engkau akan melihat apa yang aku buat kepadamu". Nabi s.a.w bersabda lagi: "Kubur itupun mengepitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya". Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w , (sambil bersabda menerangkan yang demikian, lalu Baginda s.a.w) memasukkan jari-jari sebelah tangannya dicelah jari-jari yang sebelah lagi, kemudian Baginda s.a.w bersabda lagi: "Dan dilepaskan kepada orang itu tujuh puluh ekor ular besar yang kalaulah seekor di antaranya menghembuskan nafasnya di bumi nescaya tidak akan tumbuh sesuatu pun dari tumbuh-tumbuhan atau tanaman selagi dunia ini masih wujud, kemudian ular-ular itu akan mematuk-matuknya dan meluka-lukakannya sehingga ia dibawa untuk dihisab (dan menerima balasan)". Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w bersabda lagi: "Bahawa sesungguhnya kubur itu adalah sebuah taman dari taman-taman Syurga atau sebuah gaung-gaung Neraka".


Tiap-tiap Yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa Yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya.
Al-Imran: 185




” Sepintar-pintar manusia ialah orang yang sentiasa mengingati mati dan sentiasa bersiap sedia menghadapinya, mereka itulah orang yang bijaksana”




-anak.soleh-

Sunday, April 03, 2011

teruslah kau...terus

teruskan melangkah wahai jiwa-jiwa yang tenang!


Teruslah kau melangkah..terus..
Setapak kau coretkan, selangkah perubahan kau ukirkan..
Teruslah terus.. Kau pasti akan tahu kelainannya..
Jiwamu punya Siapa? Hatimu milik Siapa?
Siapa kau untuk menidakkan takdir?
Kau Tuhan atau DIA?
Jangan kau kecewa jangan kau duka,
Tuhan pasti tahu siapa kau dan tuju hidup kau,
Usah..usah kau gelisah,
Kerna kau sudah arif Tuhan itu wujud dan Kasihkan kau..
Teruslah kau terus.. Jangan kau mengalah,
Kerna hanya dirimu kenal dirimu,
Bukan dia, awak, kamu atau mereka...


Salam musim Peperiksaan! =)


-anak.soleh-

Friday, April 01, 2011

Cantik Perumpamaan Rasulullah.. =)

Assalamualaikum. Selamat Pagi Dunia! Jom jadi seperti seekor burung yang keluar mencari rezeki diawal pagi. =)

Saya ingin berkongsi satu hadith. Sangat cantik perumpamaan Nabi Muhammad SAW ini. Jom kita baca dan fikirkan.

Daripada Nu’man bin Bashir RA, Rasulullah saw telah bersabda,

“Perumpamaan orang yang mentaati hukum-ahkam ALLAH Subhanahu Wataala dan orang yang melanggarinya adalah seperti satu kaum yang telah mencabut undi untuk menentukan tempat di dalam sebuah kapal. Sebahagian daripada mereka telah mendapat tempat di bahagian atas dan sebahagian lagi di bahagian bawah. Apabila orang di bawah memerlukan air, mereka terpaksa pergi ke atas. Lalu sebahagian mereka merancang, “Jika kita lubangkan bahagian kita ini maka kita tidak perlu menyusahkan mereka yang di atas.” Sekiranya orang yang di atas membiarkan (kejahilan) mereka maka kesemua mereka akan karam. Sekiranya mereka memegang tangan-tangan (mencagah) orang di bawah maka mereka semua (sama ada yang di atas mahu pun yang di bawah) akan selamat.”

(Hadith riwayat Bukhari dan Tirmizi)


-anak.soleh-