Friday, April 01, 2011

Cantik Perumpamaan Rasulullah.. =)

Assalamualaikum. Selamat Pagi Dunia! Jom jadi seperti seekor burung yang keluar mencari rezeki diawal pagi. =)

Saya ingin berkongsi satu hadith. Sangat cantik perumpamaan Nabi Muhammad SAW ini. Jom kita baca dan fikirkan.

Daripada Nu’man bin Bashir RA, Rasulullah saw telah bersabda,

“Perumpamaan orang yang mentaati hukum-ahkam ALLAH Subhanahu Wataala dan orang yang melanggarinya adalah seperti satu kaum yang telah mencabut undi untuk menentukan tempat di dalam sebuah kapal. Sebahagian daripada mereka telah mendapat tempat di bahagian atas dan sebahagian lagi di bahagian bawah. Apabila orang di bawah memerlukan air, mereka terpaksa pergi ke atas. Lalu sebahagian mereka merancang, “Jika kita lubangkan bahagian kita ini maka kita tidak perlu menyusahkan mereka yang di atas.” Sekiranya orang yang di atas membiarkan (kejahilan) mereka maka kesemua mereka akan karam. Sekiranya mereka memegang tangan-tangan (mencagah) orang di bawah maka mereka semua (sama ada yang di atas mahu pun yang di bawah) akan selamat.”

(Hadith riwayat Bukhari dan Tirmizi)


-anak.soleh-

No comments: