Orang-orang Arab berkata: " Kami telah beriman". Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke Dalam hati kamu berkatalah sahaja: ` Kami telah Islam '. dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".
Al-Hujurat; 14
Al-Hujurat; 14
Saya Sudah Beriman!!
Saya Beriman Kepada Allah, Malaikat, Rasul, Kitab, Hari Akhirat dan juga Qada' Qadar. Tapi persoalannya, adakah pengucapan "Saya Sudah Beriman" itu sudah cukup membuktikan kita ini benar-benar seorang Mukmin? =)
Apa makna iman itu sendiri? Dari segi bahasanya, iman bermaksud Mengiktiraf, Mengakui dan Membenarkan sesuatu tanpa mendustakannya. Dari segi istilah pula iman bermaksud membenarkan dengan hati, mengikrarkan dengan lidah dan mengamalkan dengan anggota badan.
Komprehensif bukan maksud iman itu? Bermula dari sebutan dimulut, kemudian perjanjian dihati seterusnya dibuktikan dengan tingkah laku. Jadi, saya katakan disini masih belum cukuplah untuk kita mengatakan "saya sudah beriman" jika ia belum diserlahkan melalui akhlak kita. Saya mengatakan akhlak kita mencerminkan iman kita. Setuju? Mungkin penyataan ini masih boleh disangkal dari satu sudut, tapi dari satu sudut yang lain, iaitu jika dilihat dari sudut difinisi Iman itu sendiri, akhlak kita mencerminkan iman kita.
Menurut difinisi diatas, kayu ukur iman itu ada 3 tahap. Satu dengan pembenaran dengan hati kita yakni kita tidak ragu2 mempercayai adanya Allah, Malaikat, Rasul dan kewujudan Alam Ghaib itu, kemudian tahap yang kedua mengikrarkan dengan lidah yakni kita berkata bahawa, memang Allah itu wujud. Kita berdakwah kepada Orang lain atau bila orang bertanya kepada kita, dengan apakah kamu beriman, kta dengan yakin menjawab, "Aku beriman kepada Allah - Tuhan sekalian alam".
Tahapan yang terakhir ialah pembuktian iman kita melalui tingkah laku kita sendiri. Yakni dengan solatnya, membaca Al-Quran, membantu sahabat2, dan banyak lagi. Bila mulut mengatakan Aku beriman kepada Allah, tetapi anggota badan kita masih ligat melakukan maksiat kepada Allah, adakah pengucapan "aku beriman kepada Allah" itu jelas benar dan ikhlas? Sepatutnya, jika betul lidah kita mengatakan "aku beriman kepada Allah", perbuatan kita juga mesti ikut sama mencerminkannya. Maksud saya, perbuatan kita itu mestilah tidak melebihi batas2 Syariat. Sebagai contoh, tangan kita tidak digunakan untuk mencuri, mata kita tidak digunakan untuk melihat porno, kaki kita tidak digunakan untuk pergi kekelab2 malam dan sebagainya.
Hal ini kerana, pada diri kita telah tercantum ketiga tiga tahapan iman itu. Iaitu hati, lidah dan perlakuan sama2 beriman kepada Allah. Bila tangan nak mencuri, hati mengingatkan bahawa Allah Maha Melihat, bila kaki ingin melangkah ketempat maksiat, hati dah bagi alarm bahawa Allah melihat perbuatan itu dan dosa2 kita itu akan dihisab. Bila timbulnya peringatan2 seperti ini, Insyaallah selamatlah jiwa insan itu. =) Sabda nabi, iman itu ada naik turunnya. Jadi itulah sebabnya wujud sesi "muhasabah". Kita flashback balik akan dosa2 kita, kemudian dengan hati yang ikhlas kita mengucapkan kata2 permohonan maaf (Astargfirullahal Azim) kepada Allah. Allah juga ada berfirman dalam Surah Az-Zumar ayat 54:
"Katakanlah, Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas, terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya.”
Nabi juga ada bersabda bahawa semua anak adam ini dosa, kecuali mereka yang mensucikan diri mereka dengan bertaubat.
Jadi, normallah untuk kita sebagai manusia yang lemah jika kadang2 melakukan maksiat, cuma kita wajib memohon maaf kepada Allah dan berusaha untuk tidak mengulanginya. Itulah peringkat taubat yang tertinggi, iaitu taubat nasuha.
Hakikatnya, bukan mudah untuk kita beriman dengan 100% keimanan kepada Allah. Untuk menjadikan hati kita benar2 bersih dan mampu memberi peringatan bahawa perbuatan kita itu bercanggah dengan suruhan Allah - merupakan satu perkara yang sukar. Tetapi, sesukar mana pun, ia tetap possible. Kita perlu bermujahadah. Perlu kuat semangat dan istiqamah untuk berubah.
Insyaallah, jika hati ini ikhlas untuk berubah Kerana Allah Taala, Dia sedia memberi jalan kepada kita. Yakinlah bahawa Allah sentiasa dekat dengan mu! =) Sekian, Moga ia bermanfaat kepada saya dan sahabat sekalian.!
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang Yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul" Al-Baqarah, 186.
-anak.soleh-
No comments:
Post a Comment