Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati."
(Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)
Dimulakan Dengan Nama Allah - Yang Maha Menyentuh hati-hati Hamba-Nya. Segala Puji bagi Allah, InnalHamdulillah. Diatas limpah rahmatnya, masih mampu lagi diriku menulis - dengan harapan, ia mampu menjadi manfaat kepada diri yang serba kekurangan ini dan juga bermanfaat kepada semua saudara-saudaraku yang dikasihi sekalian.
Dikala ini, ada segelintir manusia yang terlantar kesakitan. Ada yang tidak sedarkan diri, ada yang hilang ingatan.Dikala ini, ada segelintir manusia yang terdesak, memerlukan duit bagi mencari sesuap nasi dan seteguk minuman, memerlukan wang untuk membayar sewa tempat tinggalnya, memerlukan harta untuk melangsaikan hutang bayaran keretanya.
Dikala ini ada segelintir manusia dikalangan kita yang tertekan dengan kerja-kerja dipejabat, kerja-kerja disekolah atau diuniversiti, tidak cukup tidur akibat berjaga untuk menyiapkan kerja-kerja yang tertangguh bertimbun-timbun.
Dikala ini, ada segelintir manusia dikalangan kita yang sedang melalui usia senjanya, termenung melihat gelagat anak2 muda yang masih kuat bekerja, menahan sakit2 ditulang kaki, lutut, tulang belakang DLL. Mungkin ada yang mula menyesali dengan diri sendiri kerana usia tuanya tidak seperti orang lain yang kelihatan lebih mewah dan selesa(kerana dulunya mereka rajin bekerja mencari wang simpanan untuk digunakan ketika usia tua mereka).
Dikala ini, ada segelintir manusia dikalangan kita yang terlantar dikatil hospital atau dirumah, menanti nyawanya ditarik oleh malaikat maut. Mungkin ada yang sedang takut membayangkan nasib mereka di alam baru yang bakal mereka tempuhi - cemas memikirkan dosa2 dahulu yang belum sempat ditebus, gusar mengingati memori silam yang penuh dengan kemaksiatan dan kelekaan.
Itulah dia tadi, 5 situasi yang tidak mustahil ada diantara kita sedang merasainya. Pernahkah kita terfikir situasi-situasi diatas? Pasti kita jua pernah mengalaminya sendiri. Cuba bayangkan jika hari ini masa kita banyak yang terluang. Tetapi kita tidak mengisinya dengan perkara2 kebajikan seperti membaca Al-Quran, Membaca buku, membantu ibubapa kita DLL. Kita hakikatnya sudah kerugian untuk merebut pahala2 yang terhidang dihadapan kita.
Cuba baca hadith nabi diatas, nabi bersabda - "REBUTLAH". Ya, Rebutlah! Apa yang dimaksudkan dengan rebut itu? Rebut merujuk kepada situasi mengambil sesuatu dengan cepat atau tergesa-gesa. Maknanya, secara bahasanya Nabi mengarahkan kita mengambil 5 perkara diatas dengan tergesa-gesa. Jangan difikirkan lagi, terus saja GRAB!
Bayangkan jika hari ini anda terlantar diatas katil kerana sakit yang kronik, peluang anda untuk membaca Al-Quran, membantu ibubapa, solat, DLL semuanya sudah hilang. Anda sudah tidak mampu merebut dengan lincah. Peluang itu sudah diambil oleh orang lain.
Bayangkan hari ini anda terlalu sibuk dengan urusan kerja, klien call, boss panggil buat OT, atau due date untuk hantar proposal sudah makin dekat, anda pun pulun buat kerja sampai masa anda habis pada kerja-kerja itu, sudah tentu anda tidak mampu untuk melakukan amal kebajikan yang lain. Bila balik kerja, badan sudah penat, fikiran ingat tidur je..
Bayangkan hari ini, duit anda dirompak atau terpaksa digunakan untuk membeli tayar kereta baru kerana tadi tayar anda terkena paku, pasti anda sudah kehilangan peluang untuk bersedekah dimasjid atau dirumah anak2 yatim. Semalam ketika poket anda penuh, anda tak terfikir untuk bersedekah, tapi bila poket kering, barulah tiba2 teringin nak bersedekah tapi duit takda..
Cuba anda bayangkan semua ini. Letakkan diri anda disituasi-situasi seperti ini, mungkin selepas itu, barulah kita boleh belajar menghargai waktu kita, masa muda kita, harta kita, nyawa kita dan kesihatan kita.
Akhir sekali, bayangkan anda berada diatas katil hospital, menunggu masa mati anda. Menunggu maut datang menjemput anda. ketika itu adakah anda sudah puas menangis memohon taubat kepada Allah SWT? Adakah anda merasakan hidup anda diAlam yang baru itu hidup yang selesa atau sebaliknya? Sama-samalah kita bermuhasabah ye.. ^__^
P/S- *ANDA dalam entry ini merujuk kepada diri saya dan saudara2 sekalian..=)
Sekian dahulu, moga entry ini bermanfaat kepada semua, insyaallah.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment