"Dan (ingatlah) hari dihimpun musuh-musuh Allah untuk dibawa ke neraka, lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanannya masing-masing.
Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, (maka) pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan mereka menjadi saksi terhadap mereka, mengenai apa Yang mereka telah kerjakan.
Dan (setelah berlaku Yang demikian), berkatalah mereka kepada kulit-kulit badan mereka: "Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?" kulit-kulit badan mereka menjawab: "Allah Yang berkuasa menjadikan tiap-tiap sesuatu pandai berkata-kata - telah menjadikan Kami dapat berkata-kata; dan Dia lah Yang menciptakan kamu pada mulanya, dan kepadaNyalah kamu dikembalikan (untuk menerima balasan).
"Dan semasa kamu berselindung (ketika melakukan dosa di dunia dahulu) bukanlah kerana kamu bimbangkan pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan kamu menjadi saksi terhadap perbuatan-perbuatan kamu Yang berdosa itu, akan tetapi kerana kamu menyangka Bahawa Allah tidak mengetahui kebanyakan dosa Yang kamu lakukan (secara bersembunyi itu).
"Dan sangkaan kamu Yang demikian, Yang kamu sangka terhadap Tuhan kamu, itulah Yang telah membinasakan kamu; (dengan sangkaan kamu Yang salah itu) maka menjadilah kamu dari orang-orang Yang rugi!"
Bismillah. Dengan Nama-Mu Allah, Tuhan yang mencipta segala sesuatu dengan Kuasa-Nya yang Maha Hebat. AlhamdulillahiRabbilAlamin. Syukur Alhamdulillah atas segala nikmat, segala kasih sayang dan segala tunjuk ajar dari Tuhan ku dan Tuhan mu. Kerana kasih sayang-Nya yang maha luas dan ikhlas, kita masih lagi ditempatkan diatas jalan-jalan mereka yang terdahulu, iaitu Jalan yang Lurus dan satu2nya jalan yang menjamin kehidupan kita diakhirat nanti.
Anda pasti telah baca petikan Ayat Quran diatas kan? Sudah ketahuikah anda bahawa Allah sudah memasang camera CCTV serta alat perakam suara di setiap inci badan kita? Disetiap ceruk, lipatan dari kepala sampailah kekaki anda, semuanya terpasang camera dan alat perakam suara yang sangat canggih! Cuba anda perhatikan, camera dan alat perakam suara ini tidak boleh musnah sama sekali! Hatta jika ia terbakar sekalipun, pasti ia a
kan tumbuh semula seperti sebelumnya. Jika dituang air pun ia tidak rosak, jika dijatuhkan pun ia tetap menjalankan kerjanya. Subhanallah. Ketahuilah bahawa Camera dan Alat perakam suara yang canggih itu ialah KULIT anda. Kulit anda dan saya. Masyallah. Cuba anda perhatikan, dimana dibahagian badan anda yang tidak dilapiskan dengan kulit? ada? Memang ada tapi sedikit sekali, iaitu bahagian kuku anda.
Bayangkan jika didunia, ada orang yang tertangkap kerana Camera CCTV, ada juga yang terlepas kerana Camera CCTV tak dapat mengecam muka penjenayah itu. Tetapi tidak untuk Camera dibadan kita. Kerana setiap orang sudah ada camera masing2. Setiap langkah kaki kita, pergerakan tangan kita, hatta pandangan mata kita semuanya sudah dirakam oleh Camera Allah.Organ pendengaran kita juga akan memberi penyaksian didalam Mahkamah Allah. Alat penglihatan kita juga akan memberikan penyaksian mereka. Penyaksian mereka tidak akan ada keraguannya seperti saksi2 di Mahkamah Dunia kerana saksi2 di Mahkamah Allah ini sememangnya bercakap berdasarkan bukti2 yang kukuh!
Kemana kaki anda pergi, apa yang tangan anda buat, apa yang anda dengar, apa yang dilihat anda semuanya telah dirakam. Di hari akhirat nanti, kesemua mereka akan bercakap sendiri kepada Allah apa yang sekian-sekian makhluk ini buat. Kaki mereka kuat ke tempat2 hiburan tetapi lemah untuk kemasjid Allah, tangan mereka sangat aktif memegang tangan yang muhrim mereka, tetapi malas sekali untuk memegang Al-Quran. Mulut mereka sangat lancang mengutuk, mengeji, mengumpat orang tetapi sangat berat untuk berzikir dan membaca Al-Quran. Allahuakbar. Takutnya. Gerun rasanya. Segala perkara yang kita buat, walau sebesar zarah atau lebih mudah difahami sebesar Atom, semuanya akan dipersoalkan oleh Allah.
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
Jadi, tidakkah kita berasa Gerun? Percaya tak, jika ayat dari surah Fussilat dan Surah Al-Zalzalah ini kita imani dengan sebenar-benarnya, pasti kita akan rasa takut untuk melakukan maksiat dan akan berasa bersemangat melakukan kebaikan. Kehidupan dunia ini hanyalah sekadar cubaan untuk kita. Disamping itu, kehidupan dunia ini fungsinya untuk memberi kita peluang melakukan amal kebaikan sebagai bekal kita di Akhirat nanti. Agar nanti kulit kita akan berkata si fulan ini sangat rajin melakukan amal soleh. Allah ada berfirman di dalam surah Al-A'laa ayat 17:
"sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal"
Jika kita nak dibandingkan kehidupan dunia dan akhirat itu amatlah jauh bezanya. Allah berfirman didalam surah Al-Mukminun Ayat 112-114:
Allah bertanya lagi (kepada mereka Yang kafir itu): "Berapa tahun lamanya kamu tinggal di bumi?"
Mereka menjawab: "Kami tinggal (di dunia) selama sehari atau sebahagian dari sehari; maka Bertanyalah kepada golongan (malaikat) Yang menjaga urusan menghitung
Allah berfirman: "Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia).
Rasulullah pernah memberi analogi kehidupan dunia dn akhirat ini. Baginda pernah bersabda, Cuba masukkan tangan kita didalam laut, kemudian angkat. Lihat banyak mana air ditangan kita. Itulah dunia. Bayangkan banyak mana air ditangan kita dan banyak mana air di lautan yang luas itu! Subhanallah, kecil sangat perbandingan dunia ini.
Jadi, konklusinya, sedarlah bahawa kita perlu menjaga perbuatan kita dari melakukan perkara2 yang mendatangkan amarah Allah. Disetiap badan kita terdapat kulit kita yang mana suatu hari nanti ia akan menjadi saksi di dalam mahkamah Allah yang MAha Esa. Dan ketahuilah bahawa kehidupan didunia ini sangatlah kecil nilainya berbanding kehidupan diakhirat. Semoga tinta yang tidak seberapa ini boleh mendatangkan manfaat kepada kita semua, Insyallah.
Fastabikul Khairat - Berlumba-lumbalah melakukan kebaikan! =)
-anak.soleh-
No comments:
Post a Comment