Wednesday, August 03, 2011

"..Dosa dan Pengampunan. Mana satu pilihan-mu? =)



"Dan sesiapa Yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Dan sesiapa Yang mengerjakan sesuatu dosa maka Sesungguhnya ia hanya mengerjakannya untuk (menjadi bala bencana yang) menimpa dirinya sendiri. dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana"

Surah An-Nisa' 110-111

Kita semua pasti pernah melakukan dosa. Kan? Setiap dari kita memang tidak boleh lari dari dosa. Sehinggakan Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda, "Setiap anak Adam melakukan kesilapan, sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan itu ialah orang yang sentiasa bertaubat kepada Allah."

Jadi, boleh dikatakan disini, setiap dari kita memang tak lari dari melakukan dosa. Tetapi, kita tidak boleh memilih untuk berdiam diri dan terus berada dalam keadaan dosa. Kita perlu mensucikan diri kita. Seperti firman Allah didalam surah Asy-Shams:

"Sesungguhnya berjayalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
Dan Sesungguhnya hampalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)"

Ash-Shams, 9-10


Nabi Muhammad, insan yang dilindungi oleh Allah dari dosa yang lalu dan akan datang juga tidak lupa untuk mengucapkan kata taubat setiap hari. Kata Aishah, Rasulullah SAW beristighfar sebnyak 70 kali setiap hari. Allah juga berfirman didalam Al-Quran:

"Wahai orang-orang Yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah Dengan " taubat Nasuha", Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai..."

Surah At-Tahrim, 8

Selain itu, didalam surah Az-Zumar, 53 Allah berfirman:

"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu Yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana Sesungguhnya Allah mengampunkan Segala dosa; Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"


Sebenarnya, banyak lagi ayat Al-Quran yang membicarakan mengenai topik dosa dan taubat. Allah SWT itu Maha Pengasih, Maha Pengampun. Memang fitrah manusia itu tidak boleh lari dari melakukan dosa, tetapi manusia juga dikurniakan kesempatan untuk bertaubat dan bermuhasabah. Sesungguhnya Allah sangat suka dengan hamba-Nya yang suka mensucikan diri dan bertaubat. Bila kita bertaubat, menyesali akan dosa-dosa kita, ia melambangkan 'hubungan antara Hamba dan Tuhannya'. Ia melambangkan rasa perhambaan dan rendah diri hamba itu dihadapan Tuhannya. Didalam satu hadith Qudsi, Allah berfirman:

"Aku cintakan tiga jenis manusia, tetapi Aku jauh lebih cinta kepada tiga jenis manusia lainnya, iaitu:
Aku cintakan orang yang bersifat pemurah, tetapi Aku lebih cinta lagi orang miskin yang pemurah.
Aku cintakan orang yang rendah hati/diri, tetapi Aku lebih cinta orang kaya yang rendah hati.
Aku cintakan orang yang bertaubat, tetapi Aku lebih cinta lagi orang muda yang bertaubat.

Selain itu, ddalam surah Al-Baqarah, 222 Allah sndiri mengakui bahawa Dia sangat suka orang yang bertaubat:

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang Yang sentiasa mensucikan diri"

Dalam satu hadith nabi, Baginda bersabda:

"Sungguh ALLAH itu lebih gembira untuk menerima taubat hambaNYA, melebihi dari kegembiraan seseorang di antara kamu sekalian yang menemukan kembali untanya yang telah hilang di tengah-tengah padang gurun."
(HR Bukhari & Muslim)

Jadi, kita dapat lihat sendiri, betapa pentingnya kita melakukan taubat. Lagi-lagi didalam bulan yang amat mulia ini, Ramadhan Kareem. Di dalam sebuah hadith riwayat Imam Ahmad, ada diceritakan tentang perbuatan Rasulullah SAW yang sedang menaiki mimbar, lalu Baginda SAW menyebut “amin” sebanyak 3 kali. Selesai memberi khutbah, para sahabat bertanya kenapa tadi disebut “amin” sebanyak 3 kali? Rasulullah SAW menjawab bahawa Jibril datang ketika itu dan berdo’a bahawa sangat kecewa dan rugilah bagi orang yang apabila disebut nama Muhammmad, tidak dibaca selawat ke atasnya, orang yang sempat hidup bersama orang tuanya, tetapi tidak dapat masuk syurga, dan orang yang sempat hidup di dalam bulan Ramadhan, tetapi tidak terampun dosa-dosanya.


Jadi, kesimpulannya, marilah kita mencuba sedaya upaya untuk mensucikan diri kita kerana Sesungguhnya Allah SWT sangat suka orang2 yang bertaubat dan mensucikan diri. Lagi2 didalam bulan Ramadhan ini, marilah kita berusaha keras untuk melakukan ibadah agar bila berakhirnya Ramadhan ini nanti, jiwa kita menjadi suci, sesuci embun pagi, insyaallah. Semoga rahmat Allah sentiasa berada bersama kita. Wassalam.



Ramadhan Kareem!! ^__^

-anak.soleh-

No comments: